Monday, October 8, 2012

Bila dapur emak berasap


Bila ayah balik rumah hujung minggu mak akan lebih bersemangat untuk ke dapur ... kalau hari-hari biasa , mak hanya masak sejenis lauk yang simple untuk mengalas perut kita , tapi hujung minggu menu kita agak sedap sikit la . 


Tiap-tiap hujung minggu , mak dan ayah akan ke market untuk penuhkan peti ais kita dengan barang basah untuk seminggu .. selepas Subuh mak dan ayah keluar merempit ke Chow Kit , balik dari memborong , mak dan ayah akan singgah mana-mana kedai makan untuk breakfast berdua sebelum balik ke rumah ... breakfast untuk anak-anak , kami tapau je . 


Ikan cencaru sumbat ... ada lebihan sambal belacan ... mak masukkan bawang .. senang kerja . 


Hujung minggu juga , mak siap2 potong bawang untuk bekalan seminggu ... Turbo Chopper ni dah sebulan kami beli dan sangat berguna ... suka la mak dapat menumis dengan bawang yang dah dipotong halus ni .... naik aroma bawang satu rumah .


Selain guna untuk chop bawang , turbo chopper ni juga boleh guna untuk chop sayur-sayuran  ... masuk dalam bubur dan sebagainya  .





4 comments:

-iLLa- said...

kak mana akk beli turbo choper tuh?

yantisa said...

tupperware Illa ... agak mahal sikit tapi berbaloi .

NHML said...

ermm paling tak reti nk belah belakang ikan cencaru tu,bila tanya mak cmfm mak jawab "tu lah dulu bab2 siang ikan tak mau semua mak buat,ang nk masak ja,sekarang rasakan" kekkkekek.....last2 buat sumbat ikut depan

ch@ said...

oh best ek turbo chopper tu. nk beli jgkla. boleh guna tuk bubur bby sok. hahaaa... tq kak yanti share pndpt.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails