Thursday, October 18, 2012

Lewat juga tidur malam ni ... keja mesti didahulukan .



Kata tadi nak tido awal tapi tak boleh jugak sebab banyak kerja yang perlu dibereskan malam ni ... baru je selesai masuk data PBS tahun 1 .. selesai satu bab , esok nak siapkan DSV tahun 2 pulak . Lepas tu buat minit mesyuarat JPMS pulak ... settle . Esok meeting terakhir JPMS bagi tahun ni . Esok ada 2 meeting so anak-anak kena naik basikal , takut nanti tak sempat ke sekolah agama .

Tadi abang misai call bagitau yang dia tamat bertugas di sana on 27th Oct ... hati berbunga riang . Dah bole tido lena sekarang . Boleh la plan untuk bercuti dengan anak-anak nanti . Mana nak pergi ya ? .... dalam hati teringin nak ke KK lagi sekali so anak-anak dapat peluang naik belon .... doa-doakan la abang misai setuju ... dia tu susah sikit .

Ok .. dah lewat sangat ni .. budak kecik tu dah ajak masuk tido .... bantal pun dah memanggil-manggil .. terima kasih sudi singgah ke blog KITH .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails