Rasa seronok je bila hari-hari yang dilalui aman dan damai ... ditambah pulak dengan mood bercuti panjang . Walaupun ada lagi kerja sekolah yang belum selesai tapi jiwa tak semak sebab tak penat macam selalu . Tak perlu masuk kelas , mengadap anak orang yang macam-macam perangai ... hanya perlu mengadap anak-anak je di rumah . Alhamdulillah diaorang pun tak banyak kerenah .. boleh ikut rentak mak depa ni .
Hidup berumahtangga pun aman dan damai je ... sukanya bila dalam hati ada taman , takde selisih faham ... terasa diri dihargai dan disayangi . Tentu suka kan kalau hari - hari yang dilalui terasa macam zaman bercinta dulu ? ... Tapi jangan terlampau selesa sebab hidup ini akan ada pasang surutnya . Tak selalu harum wangi bak bunga , kadang-kadang tu bau jugak bunga taik . Bohong la kalau kita cakap tak pernah selisih faham .. walaupun dah 16 tahun bersama , kekadang tu 'ter' ..... jugak .. macam-macam ter-ada , termarah , termerajuk dan termasam muka ... jangan terMENGANDUNG sudah . Harap sangat dapat lalui fasa honeymoon semula sebab kami tak pernah pergi honeymoon selepas kawin dulu ... selama ni sibuk membesarkan anak-anak .. skrg dah senang sikit .. anak-anak dara dah besar , dah banyak menolong . Masa untuk emak dan ayah bercinta semula .. aci tak ? ... ni pengaruh tengok Adam dan Hawa la ni .
Moga dengan tibanya tahun baru Hijrah ni menjanjikan hidup yang lebih baik , menjadi hambanya yang lebih baik ... semoga sentiasa dalam lindunganNYA.
Moga dengan tibanya tahun baru Hijrah ni menjanjikan hidup yang lebih baik , menjadi hambanya yang lebih baik ... semoga sentiasa dalam lindunganNYA.
2 comments:
Tahniah utk akak. Doakan kita pulak, kita ramai hero ni...baru tiga dh haru biru. Tumpang seronok.
Thanks Cha .. akak dulu pun macam tu jugak . Bersusah2 dulu , bersenang2 kemudian .
Post a Comment