Saturday, November 10, 2012

Ku seru mood berblogging

gambar ulang tayang

Dah banyak hari tak masuk entry kat sini ... bukan apa sibuk sikit lately .. tu pun kerja-kerja sekolah masih ada yg berbaki belum selesai . Ada lagi seminggu untuk dibereskan ... senang sikit tak payah pikir tentang students ... harap-harap penyakit M tak mai dok menempek sudah la .

Anak-anak pun dah mula la buat projek dok depan tv , mengadap laptop dan mengadu lapaq memanjang ... dah la musim sejuk ni , perut depa tu akan berkeroncong selalu la jawabnya . Tapi anak-anak dara tu dah pandai buat makan sendiri .... semalam depa bakar muffin .

Selepas Subuh tadi , seperti biasa akak merempit ke Chow Kit dengan abang misai .... sebelum tu kami  breakfast berdua di Kampung Baru ....menu hari ni ikan bakar ...akak beli kerang untuk bakar jugak ... semalam kawan bang misai bagi cincaluk 2 botol ... anak-anak dah request nak cicah ikan bakar dengan cincaluk ... akak beli ikan talapia jugak ... nak buat pekasam ... tak dapat bayang bila dah jadi pekasam nanti , maunya makan bertambah .

Abang misai keja pagi ni so aktiviti swimming minggu ni terpaksa ditunda ... anak-anak dah monyok muka . Tak pa , kita ada banyak masa ... cuti kan masih panjang .

Ok .. stop sini dulu , nak pi dapur ... banyak keja menunggu .


2 comments:

ch@ said...

Bestyaaa. Akak xsibuk nk berblogging tapi akak sibuk dgn ahli keluarga.itu lbh baik.kena tiru smngt akk ni.

Sukala tgk header blog akak wajah2 kekasih hati akk.

yantisa said...

betul tu Cha ... family comes 1st .. cuma hobby berblogging ni pun tak boleh tinggal . kenangan di masa akan datang .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails