Sepanjang cuti sekolah satu minggu ni , keja yang paling popular kami buat kat rumah adalah makan dan tidur ... alamatnya bakal menambah kilo lah lepas ni . Budak-budak dalam rumah ni pun asyik lapaq saja ... semua benda depa bedal ... peti ais kami tu pantang ada makanan ... sedap tak sedap habis depa belasah . Lagi satu semua makan mengadap tv dan laptop ... aktiviti yang sungguh tak sihat . Tak keluaq peluh langsung . Kot la nak pi jogging pagi , huhhhhh hampeh ... lepas subuh ada yang tido balik ... mak depa pun sekali sekala join sekali tapi bukan hari-hari ... kalau mak sambung zzzzzzz , anak-anak breakfast merangkap lunch la jadinya .
Semalam mak masak nasi ayam ... kebetulan adik abg misai mai sini dengan family dia ... menu yang ringkas dan senang nak masak . Petang pulak mak masak puding ... dah hampir habis pun dah .


No comments:
Post a Comment