Wednesday, December 26, 2012

Jom kembali ke sekolah

photo from google search .. TQ


Assalamualaikum ,

Alhamdulillah badan dah semakin sihat ... cuma tinggal batuk je lagi . Dah tak muntah dan loya sejak pagi tadi .... sangat takut kalau akak termengandung .... bukan apa ..seperti yang akak bagitau sebelum ni .. akak tak bersedia , akak dah nak masuk 4 series dan kalau boleh sekarang ni nak bela anak bagi besar je , bukan nak beranak kecik lagi .... tapi kalau DIA nak bagi , siapalah kami untuk menolak ... terima dengan penuh syukur .. kita tunggu dan lihat .. Cik P datang ke tak minggu depan .. suspen sungguh .

Hari ni dah start ke sekolah ... meeting dari 8.00 pagi sampai pukul 1.30 .... kebas punggung duduk dalam bilik mesyuarat yang sejuk tu . Alhamdulillah tugas2/jawatan bagi tahun ni tidak la seberat tahun lepas .... dah tak pegang kelas ... banyak buat kerja as Guru Data . Kena ngajar BI tahun 2, 5 dan 6 dan juga PSV Tahun 2 .

Moga tahun 2013 lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya ... Azam tahun 2013 .
* tak nak lengahkan solat ... begitu juga bab kerja
* tak nak banyak merungut ... kalau tak puas hati pun diam je la .
* tak nak terlampau banyak gelak ... ni sambungan azam tahun lps yg tak berapa nak berjaya .
* tak nak busuk hati dengan orang / tak nak bersangka buruk pada kawan-kawan .

Cukup la 4 .... boleh ke buat ni ? ... tentu boleh kan kalau betul-betul nak berubah ke arah yang lebih baik .

3 comments:

ch@ said...

Kita dah jadi surirumah ni hanya hanya berazam utk meningkatkan skill masak. Eheks! Kadang2 tak ingat tarikh hari-hari.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak yanti..semoga azam akak yg baik itu tertunai ditahun 2013 ni.Aminn

yantisa said...

akak ni Cha masa cuti sebulan lebih pun tak ingat hari dan tarikh .

Atie .. aminnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails