Monday, December 17, 2012

Menjahit Sampai Lebam



Inilah 3 mesin jahit yang ada di rumah Tok Som ... kalau balik kampung dalam tempoh yang agak lama , akak mesti tak lepaskan peluang guna sepenuhnya kemudahan yang ada ni . Akak suka menjahit cuma masa tu selalu takde .. time cuti sekolah la peluang tu ada .

Masa arwah abah meninggal tahun 1988 .. kami dapat bantuan kebajikan masyarakat ... nak tau apa yang mak request ? mesin jahit la .. sebab kalau dapat duit , mesti habis punya .. bila dapat mesin jahit , mak boleh ambik upah menjahit .... so mak ada juga income untuk menyara kami 8 beradik ... dan dapat la emak sebuah mesin jahit dan sebuah mesin jahit tepi , brand Singer ... sampai sekarang mak setia dengan Singer ... beli baru pun brand yang sama .

Masa cuti di kampung 2 minggu lepas , akak puas menjahit set cadar untuk bilik sendiri ... juga set cadar bilik anak-anak dara , untuk bilik Haikal juga ... puas dapat jahit sendiri ni .. walau tak sekemas jahitan tukang jahit ... at least dapat berjimat banyak ... 3 bulan lepas akak ada beli set cadar ... hampir RM400 .. tapi kualiti kain amat mendukacitakan ..selepas sekali basuh dah nampak pudar . Kain yang akak baru beli ni akak dapat dengan harga RM12 semeter . InsyaAllah tak pudar cepat sebab Tok Som dah banyak kali beli kain jenis ni ... nanti kalau sempat akak snap gambar set cadar yg akak jahit .


Akak juga berjaya jahit a few seluar tidur or kami panggil seluar boyan . Untuk diri sendiri , anak-anak .. adik dan anak saudara. Bestnya kalau abang misai bagi izin akak beli mesin jahit industri tu ... laju sungguh dan lancar je ... mesin jahit tepi juga akak nak tapi mana nak letak ... nanti crowded rumah la pulak .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails