Wednesday, January 30, 2013

Weak Wednesday ...

picture from google search .. TQ

Hari Rabu adalah hari pancit bagi akak dan anak-anak ... pegi sekolah jam 8 pagi dan sampai rumah hampir pukul 7.00 malam . Aktiviti koko dari pukul 8.30 dan habis pukul 12.00 tgh dan pukul 1.00 dah mula masuk ke kelas .

Hari ni takde bagi latihan yang perlukan students berfikir banyak sebab diaorang pun penat sangat ... cuma bagi exercise yang mudah-mudah je ... masuk petang sikit masing-masing dah muka ngantuk dan over exhausted .... termasuklah cikgu ni .

Rasanya sekolah orang lain takde la aktiviti koko dari pagi sampai pukul 12.00 tengahari ... nak merungut pun tak guna , nanti kami yang kena smash balik .. so buat la selagi termampu . 

Akak ni dah la kelas banyak on Wednesday ... sangat-sangat la terasa lenguh sana sini .... nak menapak naik tangga punya la sakit lutut ni ... ( itu tandanya dah over weight )  nak bercakap banyak pun dah takde tenaga . Time macam ni jugak la cikgu mudah naik angin ... so better be careful .

* ok .. stop sini dulu ... nak pi study kejap sebelum mata terlelap .. esok ada exam penting .. wish me luck . 



WW : Dia dan dunianya

Kadang kala nak tergelak dengar dia bermonolog sendiri .






Tuesday, January 29, 2013

Tak sabarnya nak balik kampung



Tak sabar menunggu cuti CNY.... rindu yang teramat dekat Tok Som ... lately kerap call dan sembang lama-lama dengan mak ... last balik cuti sekolah yang lepas tu pun hanya 12 days je . Balik kali ni meriah sikit ... adik-adik akak balik jugak rasanya . My BIL is a Chinese man ... so adik akak sekeluarga akan balik kampung lawat family in-law dia . Cuma maklang Pdah tak balik , dia akan bercuti ke Istambul ... jelesnya I.

Abang misai rasanya tak boleh bersama kami di kampung ... maybe dia akan hantar dan jemput kami balik je ... dalam keadaan sekarang , susah la sikit dia nak dapat cuti . Dua hero tu la yang paling happy bila sebut nak balik kampung ... Akim selalu tanya .. "Mak .. balik kampung boleh tak ?"

Nak balik tengok anak buah baru ... dah habis pantang pun SIL akak tu .... entah sempat ke tak ? katanya nak balik ke Langkawi next week .

* apapun ... tak sabarnya nak balik Tebuk Haji Musa dan Kampung Alma .

Monday, January 28, 2013

Jam baru ... Cikgu wajib pakai jam



Bonus baru dapat kan .... selain disimpan untuk kemudian hari ... sedikit diguna untuk beli benda yang akak teringin .... dapat la beli baju dua pasang .. belanja family makan-makan dan kelmarin beli jam baru ... jam lama budak Akim rosakkan... masih berfungsi cuma cover belakang tu dah tak boleh nak pasang semula ... dah berapa minggu asyik tengok jam di handphone je . Nanti anak murid cakap teacher dok ber-sms la pulak . 


Jam yang hampir sama dengan jam sebelum ni cuma brand je lain ... 2 kali ganda harga jam yang lama . Akak ni tak pernah beli jam mahal-mahal dan abang misai pun tak pernah hadiahkan jam yang mahal utk akak . Akak tau kemampuan kami .. ukur baju di badan sendiri ... macam tu jugak la dengan hp . Akak akan pakai hp selagi boleh digunakan ... tengok member-member dok guna hp cangih-cangih , telan ayaq liyoq je la . 


Berkenan sangat dengan yang warna pink cuma saiz muka jam dia agak besaq ... so pilih punya pilih yang simple ni jugak yg dipakai balik . Akak tak boleh pakai tali steel .. tak tahan berpeluh mesti gatal-gatal . 

* p/s ... pasal jam murah pun nak cerita ... saja nak penuhkan entry time cuti ... terlebih rajin 


Laki bini sibuk ...

Hari yang pack .. walaupun bercuti tapi macam tak berapa nak cuti . Pagi-pagi seperti biasa buat kerja rumah dulu dan masak  ...then , pukul 11.30 pi makan kenduri kawin anak GB sekolah akak , hanya Meen dan Akim je yg ikut sama , yang lain tak nak ikut ... tak boleh berlama di situ , abang misai pun pi kenduri pakai uniform polis , cuma sarung kemeja je kat luar . Lepas hantar akak balik dia terus ke Kompeni semula . Punya la sibuk lakiku itu ... dan semestinya dia akan sibuk sepanjang 9 bulan ni .

Kerana abang misai sangat busy  , maka akak kena ambik alih tugas hantar Kak Una ke asrama ... kak una siap pesan ... mak kalau nak membuta , zzzzzz la awal sikit , nanti pukul 3.30 kakak kejut . Ok settle dengan urusan tu ... uniform anak-anak pun dah selesai di-iron . Malam ni nak buat kerja sekolah sikit .

Esok kelas tak banyak , relax la sikit ... harap-harap takde la cikgu yang keluar or MC . Rabu seharian di sekolah dari pagi sampai petang ... Khamis kelas banyak ... nasib baik jumaat cuti lagi .

Bila abang misai sibuk ni rasanya akak la jugak yang kena hantar & ambik anak dari sekolah agama ... apa nak buat , pasrah je la ... kalau ada meeting la kalut sikit , selalunya hari yang ada meeting kawan akak akan tumpangkan budak-budak ni time balik dari sekolah agama .. so takde la akak terkejar ke sana sini . Pertolongan Kak Su sangat dihargai .. thank you so much .

kesian Akim .. ayah tak sempat nak gomol dia hari ni


ok stop sini dulu ... dok tertunggu - tunggu bila la Tok lakiku itu nak balik .. sampai nak bersembang pun tak sempat . 

Tunaikan saja bila mereka meminta perkara yang baik

Tunaikan apa ?


Dua hari lepas kak Una minta belikan blouse dan tudung baru sempena birthday dia yang ke 15 .... permintaan yang tak keterlaluan .. lagipun mak ayah baru dapat bonus ... so akak bawak la dia ke Jalan TAR ... kebetulan pulak pasar malam hari tu , so lagi la meriah dan banyak pilihan.

Kak Una nak blouse yang labuh ... dapat cari yang harga mampu beli ... bukan satu tapi 2 mak hadiahkan ... then , kami pi cari tudung bawal .. kakak nak yang bidang besar ... mak dia kan dah biasa pi survey tudung untuk butik online adik , so dah tau la tempat yang sepatutnya dituju untuk cari tudung bawal ni ... beli sehelai harganya RM18 ... tapi kalau borong jauh lebih murah ... so mak borong 10 helai ... kalau tak habis pakai jual je dengan harga modal dekat kawan-kawan di asrama ... tak sampai pun RM15 ... mesti ramai yang nak ... mak pun rembat sehelai dua .. dah lama tak pakai tudung bawal , muka nampak lain .

Waktu nak patah balik , kak una terbekenan satu beg ni ... dia beli jugak .. tapi kali ni dengan duit yang dia simpan dia sendiri ... murah je. Bersyukur sangat anak-anak tak minta beli benda-benda yang mengarut , tak minta beli baju yang singkat dan ketat ... tak minta tudung yang jarang dan pendek ... Alhamdulillah anak-anak dara kami dah tau kenapa perlu tutup aurat ... kalau orang datang rumah , berlari depa cari tudung ... sejuk perut mak .

* emaknya pun kena la labuhkan tudung ,  .. selaras dengan meningkatnya umur tapi pelan - pelan ya , mak pun sedang berusaha untuk berubah juga ... jangan pula bila meningkat umur tudungnya pun semakin singkat ....  harap-harap mak takde la keinginan ke arah tu .

Menaruh Harapan ... moga dia permudahkan niat kami

Assalamualaikum ,



Satu hari lagi kami dapat berehat di rumah ... orang KL cuti lagi hari ni sempena Thaipusam semalam . Jumaat ni cuti lagi sempena hari Wilayah . Memang sangat ditunggu -tunggu cuti ni sebab kalau hari kerja memang akak selalu pancit .

Dalam seronok bercuti tu hati ni masih tak berapa nak seronok ... kenapa ? nanti akak storykan ....

Hari ni abang misai dah mula sibuk semula ... pagi ni rekrut baru mendaftar .. kalau tak silap akak 600 orang .... so akak kena terima kenyataan la yang masa abang misai untuk kami akan berkurang dari sebelum ni ... dia akan dapat anak-anak baru yang perlu dijaga selama 9 bulan .

Apa yang akak bimbangkan ... abang misai belum bagi keputusan tentang umrah kami ... dah puas akak bagitau dia yang ini adalah jemputan istimewa dari Allah untuk kami ... kami dihadiahkan untuk pergi ke sana dengan percuma ... kalau kami tak terima jemputan ini entah bila la kami dapat merasa untuk ke sana . Yang jadi masalahnya abang misai tak sanggup nak tanya orang atasan boleh ke dia dapat pelepasan untuk tunaikan umrah dengan akak cuti sekolah bulan 5 nanti . Dalam keadaan yang busy sekarang ni lagi la dia takkan buka mulut ... tunggu keadaan tenang sikit ...tapi tak boleh tunggu lama-lama sangat , by March dah kena confirmkan ...

Hari-hari akak doa agar urusan kami ini dipermudahkanNYA ... kalau dia tak boleh pergi , akak pun tak boleh pergi .... mau nangis akak bila memikirkan hal ni ... In Sha Allah , kalau niat kita baik , DIA akan memberi laluan ... doa-doakan kami ya kawan-kawan .

Dah sedap-sedap landing tu kemas la balik ...


 Ini katil hero kami ... hero yang besar punya .. hero kecik masih tido dengan kakak ... nama je ada bilik sendiri tapi dia jarang tido sini . Selalunya dia tido atas sofabed di ruang tamu je . Cadar & sarung bantal ni akak jahit masa cuti sekolah tempohari ... jahit bodo-bodo je . Kain ni bidang besar .. kat kampung akak selalu borong kain cotton sebab coraknya yang menarik .. RM12 semeter .


Budak bertuah sorang ni tak pernah kemas katil dia sendiri ... tilam bilik Haikal ni sangat empuk .. ramai yang suka lepak sini termasuk abang misai , cuma masalahnya bila dah landing tak reti-reti nak kemas balik ... ni yang buat mak naik angin .

* Ingat ya ... mak kamu bukan bibik !

Count Adam's Books Giveaway



oleh Mama Liza 

Jom pakat join & support GA kawan kita . Mana tau ada rezeki dapat tupperware free .

Click gambar untuk join  GA






Sunday, January 27, 2013

Dengan anak-anak .... Janji harus ditepati.


Semalam ( Sabtu ) , hari yang agak memenatkan bagi akak ... sebelah pagi penuh dengan aktiviti mengemas dan membasuh dengan dibantu oleh anak-anak dara . Selepas Zohor pegi rumah jiran di tingkat bawah rumah kami utk hadiri majlis anak dara dia bertunang , then akak dan kak Una ke Jalan TAR ... dia nak beli blouse dan tudung , kami sampai rumah dalam pukul 4.30 petang ... time ni memang dah letih dan mengantuk.


Yang menunggu di rumah ni bukannya faham mak depa dah penat ... merengek-rengek ajak pi Tasik Titiwangsa . Ayah pulak tak boleh hantar sebab ada kerja .... so nak tak nak mak la kena drive ke sana . Mak risau takde parking je sebab hujung minggu ramai orang di TT ... memang betul tekaan mak , kami parking punya la jauh dari tempat yang nak dituju . 
  

Budak-budak ni teringin nak berkasut roda ... kat sini ada perkhidmatan sewa kasut roda . RM5.00 untuk setengah jam .... Haikal ok lagi , cepat dapat dan sempat jugak dia pusing beberapa kali .... tapi jatuh jugak ... first time la katakan .


si Meen pulak asyik gedebuk jatuh ... sakit sampai tak berani nak naik atas jalan tar ... dia dok practice atas rumput je . Dari awal sampai habis masa kat situ la dia .


kat sini la kami sewa kasut roda untuk anak-anak ... rasanya aktiviti swimming lebih sesuai dengan kami ... tapi rasanya susah sikit la nak pi swimming selalu lepas ni sebab esok ( Isnin ) abang misai dah kena ambik rekrut baru ... so habis la masa senggang dia ... takpe , at least dia masih di depan mata ... tak sanggup lagi ditinggalkan lama-lama macam dia ke Pusasda dulu .






Agak serabut ... bukan minda tapi tempat kerja


Bila banyak kerja nak buat macam ni la keadaan my work station . Ada kalanya lebih serabut dari ni .... tapi Alhamdulillah tahun ni takde la stress sangat ... maybe sebab dah tak pegang kelas kot .


serabut pun takpe , janji kerja jalan ... meja je serabut tapi jangan tuannya sama serabut sudah la .

Saturday, January 26, 2013

Header baru ... sesuai sangat .


Salam hujung minggu ,

Semalam adik akak UmmiSaffiyah emailkan akak header baru untuk blog kami in the house . Sangat sesuai dengan tema blog kami ... Si ibu /Cikgu beranak 5 .

Terima kasih banyak ya makcik ... nanti balik kpg kak ti belanja makcik makan-makan ya.

Friday, January 25, 2013

Pagi yang selalunya sunyi menjadi bingit

kakak dok pulun belajar recoder via youtube 

Salam hari Jumaat ... sekolah satu hari lagi then , bercuti semula sampai hari Isnin ... bestnya . Esok dan lusa ok lagi .. boleh la plan keluar jalan-jalan .. Isnin abang misai dah mula busy .. ada rekrut baru mendaftar . Nak pi mana ya ? maybe swimming kot .

tertidur pulak si manja ni ..

Pagi ni budak bertuah dua orang tu tak ke sekolah agama , masih cuti katanya ... bila ada kat rumah bingit la jadinya .. Si Haikal suka sangat mengusik adik .. pagi-pagi la budak kecik tu dah melalak diusik abang ... dan dapat la hadiah dari mak ... dah la kita banyak kerja , dia pula cari pasal ... memang cari penyakit la jawabnya .

Petang nanti ada sambutan Maulidur Rasul di sekolah . Petang ni jugak Kak Una balik dari asrama . Mana ya nak bawak dia keluar makan sempena birthday dia yang ke 14 Rabu lepas ?

Wednesday, January 23, 2013

Blog header baru ... Terima kasih makcik

Bakal dapat blog header baru ...



Dah berkurun rasanya pakai blog header yang sedia ada ni .. tak dak masa dan idea nak buat yang baru ... lagipun akak dah tak macam dulu rajin tukar blog header .. cuma sekali sekala tu ada la akak salin kulit blog ... ikut mood jugak .

Blog header yang baru ni akak minta adik akak tolong buatkan . Kalau nak tengok macam mana dia design jemput la ke blog Ummi Safiyyah . Akak ada dua adik yang pandai melukis dan bab - bab grafik ni . Dulu rajin jugak belajar dari depa tapi sekarang dah duduk jauh .. susah la sikit .

Tuesday, January 22, 2013

Baju Baru untuk Buku Rekod



Tahun ni akak order baju baru untuk buku rekod mengajar ... kalau tahun lepas warna kelabu dan hitam , tahun ni pula akak pilih warna merah ... biar meriah sikit untuk mood yang lebih ceria . Akak beli dengan cikgu sekolah sebelah dengan harga yang memang berbaloi ... akak sebenarnya boleh jahit dan pernah pun jahit sendiri tapi tak berapa kemas la . Beli lagi puas hati .


Yang akak nak hadiahkan untuk adik ipar . Dia dah dapat bertukar ke Langkawi setelah berkhidmat 1 tahun di Miri . Sekarang dia masih dalam pantang .

Tak berpuashati ... ambik sendiri pun lagi cantik


Ni gambar studio yang diambil bulan lepas .... asalnya akak ajak abg misai dan anak-anak ambik gambar dalam rumah je , tapi my laling ajak jugak pi kedai .... dalam banyak-banyak yang orang tu ambik , yg ni la yang ok skit ... tapi tengok la rupa akak tu ... macam takut-takut je . 

* akim la yang paling comei dalam gambar ni . Dia dah tak malu depan orang kalau bergambar .

Monday, January 21, 2013

Besarnya ... Bila nak habis ni ?




Ini antara barang dapuq yang abang misai bawak balik semalam ... barang kering dan basah banyak yang takde , abang misai still prefer akak masak walaupun akak ni selalu busy sejak sekolah bukak ni . Antara yang wajib ada adalah kicap dan sos tiram ... akak ni hantu kicap , sejak kecik diajaq makan mesti taruk kicap ... tapi adik-adik akak ada yang boleh buang tabiat tu , cuma a few yang masih setia makan nasik mesti ada kicap .


dek kerana selalu sangat merungut takde sos tiram ... nak ambik kau ! sebotol besaq abang misai beli ... perli nampak .



Selalunya abang misai akan beli 3 or 4 botol untuk stok 1 bulan ... dan pilihan akak semesti kicap Adabi ... tak nak yang lain . Abang misai pun dah faham benar taste akak ni .

Sunday, January 20, 2013

Alahai anak emak .... Jangan la macam tu



Petang tadi kami pegi melawat kak Una di asrama ... sebelum pergi abang misai siap masakkan maggie goreng untuk anak dara dia ... sungguh sedap , sebijik macam kat kedai mamak ... dah yang masaknya pun mamak . Sampai je kat sekolah tu , kak Una turun masuk keta ... muka kelat , masam , mata dah nak berair ... bila tanya dia cakap kawan asrama dia ( Form 3 ) semua pegi bengkel score A di UM .. yang tinggal cuma 2 orang ... sebelum ni dia ada minta izin pada kami untuk join bengkel tu ... tapi atas sebab2 tertentu yg boleh diterima akal .. abang misai tak izinkan kak Una join ... bukan sebab takde duit ye.

Biasa la kan .. anak remaja , kalau boleh semua nak join ... tapi akhirnya selepas dengar penjelasan mak dan ayah dia kembali senyum masa kami nak balik ... mak dan ayah bukan tak bagi kakak ... cuma kami lebih arif dan sebab yang kami bagi tu kakak pun boleh fikir sendiri logik atau tak . Pesan pada dia , nanti kakak buktikan pada kawan-kawan yang pergi tu yang kakak boleh lebih berjaya walaupun tak pergi Bengkel Score A tu ... make sure kakak dapat lebih banyak A dari depa tu ... masa tu nanti kakak akan dapat lebih dari apa yang depa dapat .

Harap sangat kak Una akan score 9A dalam PMR nanti ... periksa akhir tahun lepas dia hanya dapat 5A je .. tapi masih berada dalam group pelajar harapan sekolah . Rabu ni birthday kak Una .. minggu depan dia balik rumah ... nanti kita celebrate sama-sama . Walaupun apapun yang ayah dan mak ambil , semuanya untuk kebaikan kakak jugak . Jangan asyik semua nak ikut kawan .

* kecik hati mak bila kakak bagitau yang kawan-kawan dia kata mak dan ayah ni kedekut ...

Impian bakal menjadi kenyataan ... terima kasih kepada yang memberi


Semoga dipermudahkan segala urusan ... doa-doakanlah hasrat kami untuk ke sana tercapai . Kalau nak kumpul duit sendiri entah bila tahun agaknya kami nak merasa . Terima kasih tak terhingga buat dua insan yang sudi sponser kami berdua menjadi tetamu Allah ... doa tak putus-putus agar insan - insan ini sentiasa dimurahkan rezeki .  Juga terima kasih buat insan yang sudi volunteer untuk jaga nak-anak sepanjang kami di sana nanti ... memang lama lagi kami nak pergi tapi persediaan awal dah mula dibuat dengan membaca buku di atas .


Potty Training ... lewat sebab anggap dia masih baby



Kalau anak-anak yang lain , masuk je umur 2 tahun kami dah start train tak pakai diapers .... tapi untuk anak bongsu ni agak lewat la kami mulakan potty training dia ... dah masuk 3 tahun baru nak mula . Kalau ikut tahun , 2014 dia dah boleh ke pra sekolah ... so memang la kena ajar dia basuh sendiri .

Salah kami jugak sebab masih treat dia macam baby ... mana taknya dah la badan dia kecik , berat pun hanya 13 kilo sekarang ... dan memang rezeki dia jadi anak bongsu semua orang dalam rumah ni layan dia macam baby . Itulah untungnya jadi Akim .

anak manja mak dan ayah yang selalu buat abang jeles .

Dalam manja - manja dia masih suka berdikari ... sekarang ni dah senang mak nak buat kerja depan PC sebab Akim dah jarang mengacau . Dia buat hal dia sendiri ... tengok upin dan ipin di youtube or tengok tv ... tapi masih dalam pengawasan mak sebab dari meja kerja ni mak masih boleh pantau apa yang anak-anak buat .

Kena work smart ... boleh buat banyak kerja dalam satu masa ... walaupun tak duduk sekali dengan anak-anak tapi still boleh bersembang dengan depa sebab akak pilih untuk buat kerja di depan mata anak-anak dan suami .... dan abang misai tak pernah marah akak duduk lama-lama buat kerja depan PC sebab dia tau bini dialah yang settlekan hampir semua kerja dalam rumah ni ... akak juga selalu ingat kata-kata Tok Som .. " kak ti ni memang buat kerja cepat "... pembakar semangat tu untuk cargas selalu .... bak kata pepatah buat la apa yang patut "asalkan yang dikejar dapat dan yang dikendong tak keciciran " ... ada ke pepatah macam tu ?

* jangan la pulak meluat baca statement berunsur riak di pagi Ahad ni ... saja terlebih rajin nak menulis pagi ni . 

Nak penyapu baru .... " Tunggu Bonus "


Salam hujung minggu ... kalau semalam hari bermalas - malasan , hari ni pulak kena jadikan ia hari pulun sakan ... pulun apa ? pulun buat kerja rumah la ... tapi rasanya petang nanti still boleh bermalas - malasan sebab rasanya dah tak banyak sangat kerja nak dibuat .. kain baju dah habis basuh .. dapur dah kemas .. tinggal nak menyapu dan mengemop ... then , nak berus bilik mandi ... biasa la kan .. orang-orang lain dalam rumah ni mana mau buat kerja-kerja kotor tu . Maid ni jugak la yang kena buat nanti .

A few days ago ada budak terbabas dan terkucil di atas karpet ... nasib baik la abang misaiku itu sudi tolong basuh ... berhari-hari jugak la nak kering dalam cuaca yang tak menentu ni . Kalau budak yang baru belajar ke toilet tu tak kencing , maka entah bila tahun kami nak basuh karpet ni ... maybe ada rahmat disebalik apa yang berlaku .


Ni lagi satu perkara yang buat akak angin dengan abang misai ... tengok la rupa penyapu kami ni ... dah macam misai orang itu je ... bila akak suruh beli baru .. dengan slamber je dia boleh jawab ... " tunggu bonus" ... errrrrrrrrrrrrrhhhhh .. nak beli penyapu pun nak kena tunggu bonus ka abang sayang oi ... penyapu jenis apa la yang abang nak beli nanti ya ? Bila akak buat senyap dia pun buat-buat lupa .. lenguh la akak menyapu seluruh rumah dengan penyapu yang dah tak serupa penyapu ni . Kalau ada orang orang merungut kenapa tak sapu sampah ... nanti akak jawab la " tunggu bonus " .... kalau banyak cakap lagi ... sapu la sendiri sementara nak tunggu bonus  .. amik kau . :)

* hati je geram tapi realitinya sanggup ke tengok rumah tak bersapu .

Saturday, January 19, 2013

Sabtu yang tak happening ... pening terlebih tido

Salam malam minggu ,

Hari Sabtu dimulakan dengan aktiviti di sekolah ... ada majlis perjumpaan ibubapa murid Tahun 6 bersama guru - guru subjek teras . Akak kena bagi penerangan tentang kertas BI UPSR , kelemahan murid dan usaha2 yang kami buat untuk meningkatkan prestasi subjek yg diajar . Walaupun tiap-tiap tahun berucap di depan parents , perasaan gementar tu masih tak boleh dibuang . Dulu masa mula-mula mengajar stage fright lagi la teruk . Mengeletar kaki kalau kena berucap di khalayak ramai .... tapi bila dah buat selalu , maka dah confident la sikit sekarang ni .

Majlis selesai dalam pukul 11.00 , parents yang datang pun tak ramai . Sampai rumah dalam pukul 12 .00 tgh ... mata punya la mengantuk , tak sempat abang misai bawak balik lauk , akak dah terlelap .... nyenyaknya tido petang atdi ... letih sangat dalam minggu ni . Pukul 3.30 baru akak terjaga ... ikutkan hati nak bermalas - malas atas katil lagi sebab mereka-mereka yang lain pun dah terbongkang di depan tv .... tapi kena bangun jugak sebab solat pun belum . 

Petang akak buat keja update data sikit-sikit ... nanti last minute takde la stress . Lagipun ada satu lagi tugas mengupdate data sedang menunggu . Minggu depan akak nak mula dengan data tu pulak ... dah jadi guru data macam ni la ... nasib baik sekolah kecik , guru dan murid pun sikit .. so takde la tension sgt . 

Malam ... aktiviti bermalas-malasan ... lepak depan laptop .. sebelum tu kami anak beranak ke laman santai ... cari makan sambil lepak kat situ ... duduk tak sampai sejam , siap makan minum kami balik ... anak-anak dan abang misai dok tengok cerita Tron ... akak apa lagi lepak depan laptop la ... malam ni tak nak mengadapkerja sekolah ... nak rehatkan minda layan drama .. Korea or Melayu ? apapun boleh asalkan best ....

Emak Sibuk ... Kesian budak-budak dan Pak Budak juga


Salam semua ,

Agak sibuk lately , sampai tak menyempat nak masuk menulis di sini ... ada jugak blogwalking tapi tak de mood nak tinggalkan komen ... sejak bukak sekolah ni , keja berderet-deret menunggu ... habis satu , yang lain pulak datang ... meeting dan meeting dan meeting dan lagi dan lagi ... boleh kata hari Jumaat je merasa pergi sekolah lewat sikit ... sekali sekala tu rasa meluat nak buat kerja-kerja kerani ni .. kalau boleh nak jadi cikgu sepenuh masa tapi apakan daya , aku yang menurut perintah .

Kesian dengan anak-anak ... terutamanya budak kecik tu la .... tak sabar nak tunggu cuti . Hari ni pun mak kena pi sekolah .


Wednesday, January 16, 2013

Adoi mak ..... penatnyaaaaaaaaaaaaa

Assalamualaikum semua ,

picture from google search .. tq

Kalau ikutkan hati , mau menjerit je rasanya ... penat giler ... nasib baik la tak gila . Hari ni keluar dari pukul 8 pagi .. pukul 7 malam baru sampai rumah . Aktiviti koko dari pukul 8.30 sampai pukul 12 tgh ...then, masuk kelas pulak ... dah la kelas banyak hari ni , terasa nak pengsan bila sampai rumah ... terasa je , tapi belum pun pengsannya ... masih ada semangat nak sambung buat kerja depan PC walaupun kalau ikut kederat , maunya cari bantal dan tilam je .

Esok kena pi sekolah awal lagi ... meeting lagi dari pukul 11.30 .... esok pun kelas banyak jugak ... adoyaiiiiiiiiiiii .... nak buat macam mana , dah tugas ... demi mencari rezeki yang halal ... tapi kadang-kadang tu akak kalah jugak ... kawan-kawan pun sama ... bila dah terlalu stress , emosi pun boleh terganggu .

Yang senasib tu akan faham ... yang tak faham tu , baca je la dan buat-buat faham . Cikgu memang banyak cuti , tapi cikgu jugak kerja macam nak mati bila waktu sekolah .

Tuesday, January 15, 2013

Penat ... banyaknya kerja sampai tak sempat nak update blog


Penatnya sehari dua ni .... banyak kerja ... kelas pun banyak juga ... balik rumah dah pancit . Kalau akak menyepi sekejap tu , maknanya akak tak sempat nak menulis di sini . 

Kalau di rumah mengadap 5 orang anak sendiri , bila pi sekolah kena berdepan dengan perangai anak-anak orang yang macam-macam kerenah . Ada harinya depa ok ... ada harinya migrain cikgu Yanti .

Semalam ambik gambar murid-murid Tahun 6 .. ni je calon UPSR kami tahun ni ... harap pencapaian tahun lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya .

Monday, January 14, 2013

Pembantu rumah .... perlu sangat ke ?

Assalamualaikum ,

picture from google search .. TQ

Hari yang ceria .. cuaca baik - baik saja ... tapi hari ni kena pi sekolah awal .. meeting start pukul 11.00 , so pukul 10.45 dah kena bergerak , nasib baik la jarak rumah ke sekolah hanya ambik masa tak sampai 5 minit , jalan kaki pun sampai . Dah masak siap-siap semalam sebab kalau tak , tentu terkejar-kejar nak buat itu ini ... kain baju pun dah hampir selesai basuh ... mesin yang basuhkan .

Sambil duduk depan PC buat kerja sikit .. telinga terdengar perbincangan tentang kos pembantu rumah yang meningkat di MHI . Sejak kawin sampai dah anak 5 ni akak tak pernah merasa ada pembantu rumah ... tapi syukur Alhamdulillah kat rumah kami sekarang tetap ada pembantu tak berbayar .. semua buat kerja sorang sikit ... kalau yang culas tu memang akan kena leter .. biasa la kan .. anak-anak ni kalau tak ketuk maka tak bergerak la depa tu . 

Susah ke takde pembantu rumah ni ? .... susah la jugak sebab semua benda nak kena buat sendiri .... tapi alah bisa tegal biasa . Dulu rumah kecik , kalau ada pembantu nak letak mana .. sekarang rumah dah besar pun , still tak nak maid sebab akak nakkan privacy . Tak best la ada orang luar di rumah kita . 

Adik akak pun sama .. dia ada 5 orang anak juga dan gaji dia lebih dari cukup untuk ambik pembantu rumah tapi dia laki bini still pilih untuk buat kerja rumah sendiri . Bukan kedekut tapi ada depa ada sebab sendiri kenapa tak perlu ada maid . Apa yang penting berkerja bersama ... bukan setakat KERJASAMA . 

Abang misai selalu jugak tolong akak di rumah ... tapi tak semua kerja dia mau buat ... seperti kerja2 mencuci bilik air .. toilet bowl ... tak pernah dia buat , geram jugak akak ... kerja kotor semua bagi ke akak ... apa nak buat , kalau akak tak buat , sapa lagi nak buat . Anak-anak ? ... sama la macam ayah depa . 

Bab-bab buat makan pulak , akak sangat suka masak untuk family , hati lagi senang bila tengok lauk licin tinggal periuk je . Kalau abang misai suruh masak itu ini , maknanya dia nak makan masakan air tangan bini dia la ... so masaklah dengan penuh kasih sayang , resepi yang tak sedap pun boleh jadi sedap di tekak suami dan anak-anak . Percayalah .....

Apapun akak buat semua kerja rumah dengan rela hati .. merungut bukan bereti tak redha .. cuma bila penat tu , mulut pun mulalah main peranan . ok .. stop membebel dulu ... maid nak pi sambung buat kerja.

Sunday, January 13, 2013

Ketandusan idea ... dan ketandusan ongkos juga.


 

Ni projek malam semalam ... nak guna untuk deco bilik seni ... ketandusan idea .... balik-balik asyik bunga . Akak cuba buat bulat - bulat la pulak ... harap2 sesuai la .


Bunga lagi ... dan lagi .. dan lagi .

Terlebih rajin .. nasik daging + ayaq asam PB



Semalam akak masak nasi ayam , anak-anak suka la sebab dah lama tak makan nasi ayam . Hari ni masak menu special jugak sebab ada tetamu mai rumah . Habis licin seperiuk . Malam ni kita makan menu dari pasar malam je la .


Hari ni abang misai request akak masak nasi daging cicah dengan ayaq asam Pt.Buntaq style untuk dijamu kepada tetamu , bekas anak murid abang misai mai rumah dengan 2 orang rakan dia .


ayaq asam Pt.Buntaq ... habis semangkuk besaq ... terpaksa buat lagi sekali .


Kebetulan adik jugak mai rumah dengan family dia ... akak takut daging tak cukup , so akak masak ketam  bercili ... licin jugak akhirnya . Alhamdulillah .


.......  Kudapan ...... 


Projek Keras Tangan ... jom ceriakan bilik seni !

Asal hujung minggu je mesti ambik peluang tido petang ... bila lagi kan ? sejak sekolah petang memang tak merasa la kalau hari kerja . Nak pulak tak boleh pi mana-mana tadi sebab abg misai kena standby dekat sini ... dia balik rumah pun dah lewat petang .

Bangun dari membuta , seperti biasa kepala akan ting tong sikit ... kena mandi dan basuh rambut baru la rasa segar sikit . Malam ni nak buat apa ya ? sambung buat kerja sekolah la ... tinggal kerja-kerja yang tak berapa penting .


Dok memikir macam mana nak deco bilik seni supaya lebih ceria ... nak google cari idea lah . Seronok tengok kawan-kawan dah mula masuk situ time subjek seni ... guna je semua BBM yang ada ... tapi keja berjimat cermat jugak .

Banyak lagi kekurangan ... kalau kawan-kawan ada idea macam mana nak cantikkan lagi board ni silalah share dengan akak .


Cikgu Yanti dan kertas warna tak boleh dipisahkan .. sentiasa ada stok kat rumah . Kadang-kadang akak beli dalam kauntiti yang sikit dan sekali sekala akak beli dalam bungkus yang banyak terus . Esok akak tepek projek keras tangan yang akak dah buat tadi . Malas nak copy gambar dari cik Nikon malam-malam buta ni . 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails