Hari Sabtu dimulakan dengan aktiviti di sekolah ... ada majlis perjumpaan ibubapa murid Tahun 6 bersama guru - guru subjek teras . Akak kena bagi penerangan tentang kertas BI UPSR , kelemahan murid dan usaha2 yang kami buat untuk meningkatkan prestasi subjek yg diajar . Walaupun tiap-tiap tahun berucap di depan parents , perasaan gementar tu masih tak boleh dibuang . Dulu masa mula-mula mengajar stage fright lagi la teruk . Mengeletar kaki kalau kena berucap di khalayak ramai .... tapi bila dah buat selalu , maka dah confident la sikit sekarang ni .
Majlis selesai dalam pukul 11.00 , parents yang datang pun tak ramai . Sampai rumah dalam pukul 12 .00 tgh ... mata punya la mengantuk , tak sempat abang misai bawak balik lauk , akak dah terlelap .... nyenyaknya tido petang atdi ... letih sangat dalam minggu ni . Pukul 3.30 baru akak terjaga ... ikutkan hati nak bermalas - malas atas katil lagi sebab mereka-mereka yang lain pun dah terbongkang di depan tv .... tapi kena bangun jugak sebab solat pun belum .
Petang akak buat keja update data sikit-sikit ... nanti last minute takde la stress . Lagipun ada satu lagi tugas mengupdate data sedang menunggu . Minggu depan akak nak mula dengan data tu pulak ... dah jadi guru data macam ni la ... nasib baik sekolah kecik , guru dan murid pun sikit .. so takde la tension sgt .
Malam ... aktiviti bermalas-malasan ... lepak depan laptop .. sebelum tu kami anak beranak ke laman santai ... cari makan sambil lepak kat situ ... duduk tak sampai sejam , siap makan minum kami balik ... anak-anak dan abang misai dok tengok cerita Tron ... akak apa lagi lepak depan laptop la ... malam ni tak nak mengadapkerja sekolah ... nak rehatkan minda layan drama .. Korea or Melayu ? apapun boleh asalkan best ....
3 comments:
Bestnya ada waktu cuti bermalas malasan...bee kalo cuti hujung minggu selalu lagi sibuk dari hari keje...huhuhu
Salam kenal...^^
Bee , sebelum bermalas - malasan akak siapkan kerja rumah dulu .. hari minggu la baru ada peluang nak rehat sikit .
Post a Comment