Tuesday, February 26, 2013

Bukan malas tapi tak sempat

tengok la betapa sepahnya rumah dikerjakan budak kecik ni...sabar je lah

Seperti biasa , di hari sekolah , susah sikit akak nak berblog walking or menulis entry di sini ... MASA macam tak cukup je . Penat ... malas nak merungut , cuma buat mana yang terlarat . 

Pagi ni hantar anak-anak dara ke sekolah , ada latihan bola jaring ... sebelum tu pi hantaq Haikal ke sekolah agama dulu ... pukul 10.30 pegi jemput dia balik pulak ... pagi-pagi dah penat jadi driver . Dengan kerja rumah lagi ... tup-tup dah pukul 11.00 . Hari ni kena keluar awal skit , ada kelas tambahan Tahun 6 ... nasib baik kelas tak banyak today ... itupun sure penat jugak .

Esok aktiviti koko.. petangnya nak kena pi sekolah lain , ada majlis sambutan Hari Pengasas Pengakap ... akak akan bawak 4 orang Pengakap kanak-kanak(PKK) dari sekolah kami . So kalau akak menyepi sekejap tu faham-faham la , mesti dah pancit punya . 

* Hidup ini penuh cabaran ... selagi tak pencen macam ni la rutinnya.

4 comments:

eynda said...

Paham sis.... eynda yg tak keje ni pun weekdays hari sekolah memang brape jam je duduk kat rumah huhu.... malam2 cam ni tumbang terus hehehe...

yantisa said...

TQ Eynda sudi singgah sini , hari sekolah kita memang busy , superwoman pun boleh pancit.

Nastyna said...

berlarian berkejaran dengan pengakap2 semua la yer kak. hehehe takpa, at least ada aktiviti nak buat, takder la melopong kat umah mati kutu rayau hahah

yantisa said...

Nastyna,

Akak aktif semula berpengakap setelah tua .sekali sekala keluar sekolah best jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails