Monday, March 16, 2009

Sukan 2009

Saturday March 14 Hari ni kak yan sangat gembira sebab awal subuh abang misai tiba dari Penang....sepatutnya dia tiba Isnin pagi tapi kak yan request dia minta cuti awal sikit sebab beberapa urusan yang kak yan nak dia tolong uruskan...kalau kak yan buat sorang memang tak terdaya ....thanks abang kerana memahami . Pagi-pagi lagi kak yan dan anak-anak dah ke sekolah ... hari ni sukan tahunan ... seperti biasa kak yan ditugaskan mengambil gambar .... sure sakit kaki ni coz kena berdiri sepanjang event . Abang misai masih tido lagi masa kami keluar...

Hiasan rumah sukan ...rumah merah & rumah hijau

Meen dalam acara sukaneka

kak una ambik medal untuk acara lompat tinggi

Ni rupa kaki photographer...punya la becak..macam bendang

kak Una got a few medals . Johan dalam acara relay 4 x 200m , naib johan 4 x 100m dan tempat kedua lompat tinggi kelas 2 . Meen pulak dapat tempat ke 3 dalam acara 60meter pecut kelas 3 dan juga naib johan acara sukaneka tahun 1 . Nisha pula ...he..he dapat penat je la...dia cuma masuk acara perbarisan je...

Acara perbarisan

kak una beraksi dalam acara relay 4 x 200 meter

alhamdulillah rumah merah dapat juara perbarisan dan hiasan rumah terbaik walaupun kami tak menjadi johan keseluruhan....janji bukan kedudukan tercorot ...tahniah buat rumah Utarid ( biru ) ..juara keseluruhan tahun 2009 .

pembawa sepanduk rumah merah


Sukan selesai jam 12.30 tghari...kak yan rushing back home ... salin pakaian , then terus ke maktab .... ada tutorial hari ni ...sempat hadir 1 kelas je ...sempat masuk kelas kejap je untuk hantar assignment . Lagi 2 assignment kak yan kena hantar next week la.. Balik dari kelas ...badan dah letih sangat...lepas solat zohor kak yan tido kejap...tapi tak berapa nak lena ... malamnya kami tak ke mana-mana ...semua dah letih...just spend time with abang misai...we miss him a lot...

for more picture ...lawatlah
http://skpt2.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails