Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Rindu bertandang lagi


Assalamualaikum , sekarang dah tiba musim haji . Tahun ni takde keluarga terdekat kami yang menunaikan haji . Cuma Ustaz yang mengajar anak-anak mengaji akan ke Mekah bersama isterinya minggu depan . Semoga segala urusan mereka berdua dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur .

Sebut pasal haji teringat kota Mekah dan Madinah ... akak terlalu rindukan dua2 tempat tu . Terasa macam memanggil-manggil je untuk bertandang ke sana lagi . Tempat yang meninggal kesan yang cukup besar pada akak dan abang misai . Harap sangat rezeki untuk kami menunaikan haji tidaklah terlalu lama . 


nikmat air zamzam ... tak sama rasanya bila dah balik sini 


Masa pergi umrah dulu , abang misai sampai naik hairan akak beli macam-macam untuk adik-adik & keluarga akak . Balik sini baru akak cerita ke dia yang duit 2K yang dia bagi ke adik akak untuk umrah dipulangkan balik tanpa pengetahuan dia ... melalui akak la ... depa suruh buat belanja di sana . Kalau bagi ke abang misai , dia mati-mati tak akan terima . Bulan lepas baru akak pecah rahsia ....


Kami terlalu bertuah diberikan peluang ini ... dengan percuma oleh adik-adik yang begitu sayangkan kami . Besar pahala yang depa berdua dapat ... umrah ni terlalu indah bagi akak , menginsafkan akak betapa kerdilnya akak , betapa banyak dosa-dosa yang telah dilakukan ... banyak meninggalkan kesan sehingga akak bertekad untuk berubah sedikit demi sedikit . 


Rezeki yang Allah berikan kepada kami ni akan dikenang sampai bila-bila . Semoga apa yang mereka laburkan ini akan dilimpahkan pahala berlipat kali ganda dariNYA . Di sana akak tak putus-putus doakan mereka , ditempat-tempat yang mustajab , betapa banyak air mata ini tumpah di sana atas kesyukuran rezeki yang diberi .... dan DIA maha kaya .. ada doa-doa yang telah DIA makbulkan . Terima kasih ya Allah .. syukur Alhamdulillah .


Hotel tempat kami menginap tu agak jauh .. lebih kurang 700m ... memang agak memenatkan berjalan tapi lagi jauh lagi besar pahalanya kan ? 


"Jemputlah aku ke sana ya Allah .. walaupun dengan apa cara sekalipun "... itu doa akak dulu sebelum mendapat jemputan yang cukup istimewa itu ... sekarang akak berdoa agar kami dijemput lagi ... dan kali ini akak harap dapat pergi dengan duit sendiri .  


Selamat menunaikan ibadah haji buat ustaz dan isteri , juga buat GB kami yang juga mendapat jemputannya kali ini . Semoga mendapat haji yang mabrur. Insha Allah .

Monday, July 22, 2013

Kerinduan melanda


Petang - petang sementara menunggu waktu berbuka , akak join abang misai layan jejak rasul ... beberapa hari ni tengok diari Ramadhan di tanah suci . Hati begitu tersentuh , betapa rindunya nak berada di sana lagi ... bila kita berada di sana , fokus kita hanya untukNYA . Lupa sekejap hal duniawi , lupa sekejap anak-anak .


Masih terbayang kaabah di depan mata ketika bersolat . Kali pertama melihat kaabah masa menunaikan umrah bulan lepas ... hati belum tersentuh sebab time tu sibuk nak fokus ke mutawif ... akak takde pengalaman umrah , so amat berpandukan kepada mutawif dan buku kecik yang akak pegang ... mata banyak ke buku dan ikut apa yang dibaca oleh mutawif ketika tawaf pertama tu ... bila buat umrah kali kedua , akak dah faham sikit dan dah boleh betul-betul menghayati tawaf dan perasaan ketika itu hanya DIA yang tahu .. air mata menitis tanpa disedari . 

Gambar2 di atas abang misai yang ambil .. mata akak nampak macam lukisan . Plan nak ke sana lagi bila ada peluang ... kalau adik lelaki akak diberi peluang ke sana kelak , akak nak ikut sama ... dia boleh jadi mahram akak ... so lepas ni kena start menabung ... abang misai suruh cukupkan simpanan untuk haji dulu ... kalau cepat naik gaji nanti , boleh la menabung untuk haji dan umrah .. Yang penting niat mesti ada .. Insha Allah DIA akan permudahkannya . Kalau pergi lain kali taknak la disponser lagi ... biarlah peluang untuk adik-adik lain pula merasa untuk menjadi tetamunya . Akak akan kumpul duit sendiri . Anak-anak siap pesan , kalau mak or ayah nak pergi lagi , jangan la pergi berdua sebab depa sedih sangat kalau mak dan ayah takde ... so selagi depa tak besar , kami berdua tak boleh pergi bersama . 



Maybe pergi lain kali dah takde permandangan yang macam ni .. tengok live kat tv pun laluan bertingkat tu pun dah siap . 


Moga niat untuk menjadi tetamuNYA lagi diperkenankan . Jemput la aku lagi ya Allah menjadi tetamumu .

Wednesday, July 17, 2013

Ziarah Egypt Part 5 : Hari terakhir di Cairo



( 30 Mei 2013 ) Sebelum semuanya makin pudar dari ingatan akak akan teruskan mencatatkan diari ziarah kami ke Mesir . Tentu semua tahu kan keadaan yang bergolak di Mesir sekarang . Syukur Alhamdulillah semasa kami di sana keadaan masih lagi aman walaupun di sesetengah tempat yang kami lawati , bas kami diescort oleh kereta polis . 


Hari ni akak nak menulis serba sedikit tentang lawatan kami di hari terakhir di Cairo ... kami dibawa melawat ke Masjid Muhammad Ali Pasha .. masjid yang cukup cantik ini berunsurkan seni bina Ottoman dan dibina semasa pemerintahan Muhammad Ali Pasha untuk memperingati anak sulungnya Tusun Pasha . 


Masjid yang terletak di dalam Citadel ini dikelilingi oleh kubu Salahuddin Al-Ayyubi mempunyai taman yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara .

   pokok yang ditrim membentuk kalimah Allah .

luas jugak kawasan ni .... puas juga la menapak .





 terpesona dengan seni bina masjid ni .

 abang misai sibuk ambik gambar .. terpaksa la ambik gambar sendiri ... muka menahan panas 











 Naik ke kawasan yang lebih tinggi ... boleh tengok permandangan Cairo ... dari sini boleh nampak piramid cuma keadaan cuaca hari tu tak mengizinkan kami untuk melihat piramid dari sini .



 semua pakat cari tempat berteduh.




Bersama tourist guide kami ... Aiman 

Tuesday, July 2, 2013

Madinah Part 2 : Rawdah

sempadan rawdah berkarpet hijau .

Entry kali ni akak nak share sikit pengalaman di Rawdah ... sebelum ni dok dengar dari mulut orang je tentang pengalaman mereka bersolat di sini ... sepanjang 5 hari di Madinah akak sempat bersolat 6 kali di dalam kawasan rawdah dalam tiga kali cubaan masuk ke situ . Kali pertama sehari selepas kami tiba di Madinah .. untuk pengalaman pertama ni kami dibimbing oleh mutawwif perempuan ... ustazah beri penerangan sedikit tentang cara-cara nak solat di rawdah , bagaimana , di mana dan lain-lain lagi ... tak nampak jelas lagi sebab belum masuk , bila dah masuk baru la faham .


Sebelum masuk jemaah dikumpulkan di beberapa ruangan dalam masjid untuk melancar pergerakan ... kumpulan jemaah melayu Malaysia dan Indonesia dikumpulkan sekali .. jemaah arab diasingkan juga , ada arab mesir , arab turki dll . Jemaah Melayulah yang paling tertib dan beradab semasa menunggu ... mak-mak arab tu nak masuk rawdah punya la berebut ... kalau masuk sekali dengan orang kita , maunya dipijaknya kita . Bila depa dah masuk , lambat pulak bergerak keluar , masa giliran jemaah melayu kita masuk , ada diantara mereka yang masih belum keluar , semakin sesak la jadinya .

menunggu giliran dengan penuh sabar .

Bila dah diarah masuk , jangan la kita pun ikut berebut ... relax je , nanti akan ada peluang kita untuk bersolat di situ .. itu pesan adik-adik sebelum akak berangkat menunaikan umrah . Alhamdulillah cubaan masuk ke rawdah kali pertama akak dapat buat 3 kali solat ... macam mana boleh sampai 3 kali ? ... mula - mula akak masuk melalui kawasan paling kiri , bila jejak je kaki ke ruangan carpet hijau ( kawasan rawdah ) akak dah mula solat sunat taubat ... then akak masuk ke depan lagi .. bila ada peluang dan ruang untuk solat , akak buat pula solat sunat hajat ... kali ke 3 samasa akak nak bergerak keluar , akak dapat ruang untuk solat sekali lagi , kali ni akak buat solat dhuha memandangkan waktu tu antara 9.30-10.00 pagi . Semasa dalam kawasan rawdah tu mulut tak henti-henti berselawat , menyampaikan salam-salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w . Jiwa rasa sebak sangat ... juga tak putus berdoa .


Hari berikutnya , akak tunggu di masjid selepas solat subuh , lama jugak menunggu sampai boleh terlelap . Sepatutnya kami balik breakfast dulu , then datang semula . Kali kedua ni akak dapat solat 2 kali di dalam rawdah .. kali pertama dalam keadaan bersesak-sesak dan tak surelah tak selesa , nak sujud pun susah ... then akak gerak ke dapan sikit ... tiba-tiba ada satu tangan sua pada akak ... dia bawa akak ke depan dia dan buat kepungan supaya akak dapat solat dengan selesa ... MasyaAllah ... betapa Allah memudahkan niat akak , diutuskan bidadari untuk memudahkan urusan akak .. kali ni akak buat solat hajat . Mau rasanya akak peluk remaja Arab yang cukup jelita tu sebab dia bantu akak untuk bersolat dalam ruang yang selesa dalam keadaan yang sesak pagi tu . Tapi akak hanya sempat cakap "Thank you ". 

Hari ke 3 akak masuk ke sini adalah semasa ziarah selamat tinggal ... masa tu memang sebak sangat , entah bila lagi dapat ke sini .. akak solat taubat di dalam rawdah buat kali terakhir .. sekali je kali ni tapi kali ni dapat peluang solat dengan ruang yang selesa dan berdoa lebih lama . Selalunya dalam rawdah kita tak boleh bersolat lama-lama sebab kena la bagi peluang untuk orang lain .. kalau kita lama sikit je , polis wanita yang berpurdah kat dalam tu akak suruh kita keluar , sebab tu lah akak solat ditempat yang berbeza - beza sebelum ni tapi still dalam kawasan rawdah ... itu tips yang diberi oleh ustazah .


Gambar yang sempat diambil oleh abang misai . Kawasan rawdah bagi jemaah wanita sentiasa penuh dan padat bila dibuka untuk jemaah masuk  .

Ok akak stop sini dulu ... nanti kalau akak dapat recall lagi pengalaman di Madinah akak akan terus share dengan korang ... ini macam iklan tau , moga rakan-rakan semua dapat ke sana juga ... dan bagi yang dah pergi macam akak ni , moga kita dapat peluang ke sana lagi . Insha Allah. Kena pasang niat dari sekarang , dengan harapan nanti satu hari DIA akan jemput kita juga , antara lambat dan cepat je.

Wednesday, June 26, 2013

Ziarah Egypt Part 4 : Cotton house & Papyrus Institute


Pada hari ke 2 kami di Mesir ( 28 Mei 2013 ) kami dibawa melawat ke beberapa tempat . Antaranya ke Cotton house .. kedai yang menjual barangan berasaskan cotton ... langut atas sana sini dalam kedai ni ada label 'sale' tapi bila belek ke tag harga , masih mahal .. so akak dan abg misai tak beli apa-apapun kat sini . Tak nak la membazir , rasanya kat Malaysia pun ada pakaian2 macam ni dengan harga yg jauh lebih murah cuma yang ada tulis Egypt tak dapat la di tempat kita .

Tak berapa tergoda nak membeli .. bila tengok ke harga terus terbantut niat akak ... bukan apa .. akak kalau nak beli bukan boleh sehelai dua sebab rakyatnya ramai .

tengok je la ya bang ... 


Kami juga dibawa melawat ke Papyrus Institute dimana di sini kami ditunjukkan cara menghasilkan kertas menggunakan batang papyrus .. 


Jurucakap ni namanya Wafa .. dia terangkan everything about papyrus .




Lukisan yang dihasilkan atas kertas papyrus . Ada jugak kita dapat lihat penjual lukisn yg hampir sama dengan harga yang lebih murah tapi lukisan tu bukan atas kertas papyrus tapi kertas yang diperbuat daripada batang pisang sebenarnya ... yang jenis tu tak tahan lama . Nanti ia boleh mereput .

asyik abangku itu .. tengok demo ke tengok si Wafa tu ?


Kat dalam ni tak dibenarkan ambik gambar cuma masa dia buat demo je boleh .. so tak banyak la gambar yang dapat akak snap .. yang ada ni pun akak ambik di kawasan yang berdekatan je.  Kami beli jugak 3 keping lukisan berunsurkan ayat Quran di sini ... nanti nak pi cari frame yang sesuai ... akak ni suka frame simple dari ikea ... tak suka yg jenis sarat berkerawang tu . 

* Banyak lagi yang nak diceritakan cuma masa amat mencemburui akak .

Madinah : Part 1

Sebelum segalanya semakin pudar diingatan , lebih baik akak terus coretkan kenangan umrah kami di sini ... kita hanya manusia biasa .. walaupun di mulut kita berkata , segalanya masih segar di minda , tetapi hakikatnya kita tak mampu ingat semuanya secara detail .


Sepanjang 5 hari di Madinah , kami tinggal di Hotel Al Fayroz . Terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi . Kemudahan yang selesa . Kami ditempatkan 4 orang sebilik .. itulah pakej yang kami tempah dulu .. so tak boleh la nak demand ruang yg lebih selesa . Kami sampai di sini dalam pukul 8 malam .. sementara menunggu nak check in .. dah terlepas la nak bersolat di masjid . 


Waktu subuh di sini adalah seawal 4.02 a.m.. Akak tak nak berebut ke bilik air , so akak bangun paling awal .. 2.45 tapi tak dapat juga nak ke masjid lebih awal sebab kena tunggu yang lain . Dalam kumpulan kami ada seorang kakak yang tak sihat ... so akak dan makteh merebut peluang untuk tolong pimpinkan dia ke masjid setiap kali masuk waktu solat . Walaupun pergerakkan kami agak lambat , tapi akak dan makteh tak kisah semua tu . 


Selepas solat subuh kami kembali semula ke hotel , kemudian dalam pukul 9.00 pagi , kami berkumpul semula untuk ziarah ke masjid Nabawi diketuai oleh mutawif kami , Ustaz Ilyas . Sebaik sampai di masjid , kami berpecah dua , jemaah lelaki mengikut ustaz , manakala jemaah wanita mengikut seorang ustazah yg bertugas . Kami diberi sedikit penerangan tentang bagaimana nak masuk ke raudah .. buat yang pertama kali ke situ , akak perlu sangat tau , di mana letaknya rawdah dan bila dan bagaimana nak bersolat di sana. 

Untuk kali pertama masuk ke rawdah , akak dapat solat 3 kali di sana .. solat sunat taubat , solat hajat dan solat dhuha ... rasa sangat-sangat bersyukur kerana urusan akak dipermudahkanNYA . Akak banyak berdoa .. doa untuk keluarga , adik-adik dan tak lupa untuk kawan-kawan terutama doa buat mereka yang mengirimkan pesanan dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w  


Inilah antara laluan kami setiap hari sepanjang di Madinah ... sepanjang laluan ada penjaja .. macam-macam ada dijual , dari pakaian , minyak wangi juga makanan . Sepanjang di Madinah akak banyak juga memborong sebab byk orang cakap lebih baik membeli di sini . Selain harganya lebih murah dan banyak pilihan .. lagipun bila tiba di Mekah nanti , niat dihati nak kurangkan aktiviti membeli ni dan nak banyakkan beribadat . 



Waktu pergi , kosong lagi laluan ni , tunggu la masa pulang dari masjid ... penuh dengan manusia .


Gambar kawasan rawdah yang diambil oleh abang misai ... rindu sangat nak ke sana lagi . Moga DIA murahkan rezeki kami agar kami berpeluang lagi ke sana ... kali ni nak kumpul duit sendiri . Terima kasih buat adik yang bagi kami peluang merasa pengalaman yang cukup berharga ini . Akak tak putus-putus doakan untuk adik akak yang sorang ni dan Alhamdulillah salah satu doa akak untuk dia dah termakbul ... moga doa - doa lain pun akan termakbul juga nanti .. kebahagiaan adik-adik adalah kebahagiaan akak juga . 

* akak akan terus menulis ... akak ni memang jenis yang suka bercerita . Maybe ada yang suka dan maybe ada yang tak suka . Itu hak masing-masing . Kalau rasa tak suka or tak selesa dengan entry-entry akak , tak payah la masuk sini . Memang susah nak memuaskan hati semua .. akak redha je . Kadang-kadang tu akak sangat mudah terasa bila ditegur sebab akak ni jenis orang yg sensitif , tapi bila difikirkan balik .. sampai bila nak ikut kata orang je . Selagi akak rasa perkara yg akak buat tu betul .. pandangan orang lain yg mengganggu akak tu , akak tolak tepi je .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails