Saturday, May 1, 2010
Ibu Kaulah sumber inspirasiku
Ibu Kaulah sumber inspirasiku ....
Emaklah ibu ..emaklah ayah kami .... arwah abah meninggalkan kami 7 beradik dan seorang adik dalam kandungan ketika usianya 38 tahun ... di saat itu emak bagaikan putus harapan .... namun mak bangun juga ... demi kami adik beradik ...... pemergian arwah abah mengeratkan hubungan kita ... semenjak itu emaklah yang mengambil alih tugas menjaga kami berlapan ... tidak ternilai dan tak terbalas pengorbanan emak kepada kami ... seorang surirumah yang sanggup melakukan bermacam - macam kerja untuk membesarkan kami . Dari kami kecil hinggalah kami dewasa , kami hanya ada emak . Kami sangat manja dengan mak ... malah hingga kini , bila balik kampung kami akan tidur dengan emak .
Kini pengorbanan mak sudah membuahkan hasil ... kalau dulu orang hanya pandang kami sebelah mata ... kini semua mengagumi kemampuan emak dan kami adik beradik . Anak-anak mak sudah berjaya dalam hidup berkat doa mak .... mak sudah pergi ke merata tempat .. emak sudah mampu hidup senang ... Selagi diri ini bernafas akan aku berbakti kepada mak . Ya Allah panjangkanlah umur mak supaya aku dapat terus membalas jasa-jasanya . Love you forever .
Labels:
contest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu...
ya betul ... selalulah buat baik pada ibu ,insyaallah hidup kita mendapat berkat
salam perkenalan..
nice story, nice entry, nice blog,..suka sgt i dgn layout blog ni..
nak tumpang tanya boleh ker..
i ni tak pandai sgt psl layout blog..mcm mana yer cara nak buat blog layout jd mcm ni..2 parts tp luas/besar? kalau sudi sila tunjuk ajar.. my email : suzie284@yahoo.com
tq in advance
have a nice weekend!
terima kasih kak yan....n good luck
mama zharfan,
check e-mail..
kak yan cuba bantu setakat yg boleh..akak pun bukannya pandai sgt ..good luck
zaidah ..TQ sudi terima penyertaan akak
Post a Comment