Sunday, February 28, 2010

waaaa..otak dah jam


Memang nak waaaaaaaaaaa pun...banyaknya keja..dengan keja sekolah..keja rumah ...dengan assignment yang masih separuh jalan....aduhhhh...sakit kepala ni. Di sekolah tak sempat pun nak tengok assignment ... balik rumah dah penat sangat ... otak dah jam... tak kuasa nak memikir lagi.


Sebelah pagi ... selesai solat subuh..uruskan anak2 nak ke sekolah agama... subuh2 lagi dah keluarkan ikan dari fridge ... masak siap2...sambil2 tu basuh kain baju ... takde rehat langsung ... tup-tup dah pukul 11...siap nak ke sekolah pulak...itu kalau takde meeting ... kalau ada meeting lagi awal la keluar rumah...kesian Hakin & Haikal ...tak sempat nak bermanja - manja dengan emak .

Buku latihan budak... bawak balik sikit-sikit ... itu pun kekadang tak sempat nak ditanda ..... tahun 6 , banyak bagi karangan ... puas la nak menanda ... dah banyak grammar mistakes ..waaaaaaaaaaa...nangis lagi..

Tak dapat menulis panjang-panjang...memang otak dah jam.

Saturday, February 27, 2010

live journal

Mamat 2 orang ni singgah rumah mak kak yan di kampung together with their friend from Japan. Dapat juga diaorang rasa pengalaman 2 hari di kampung . Kebetulan mak kak yan buat kenduri kesyukuran terima 3 cucu baru-baru ini .

To read more ...

Friday, February 26, 2010

Busy bangat

6.30a.m abang misai woke me up ... bila dah bangun ni takde chance la nak zzzzzzzzz semula...banyak betul keja menanti. Letih semalam pun tak hilang lagi . Pdah spent a night kat sini . Last night dia balanja makan chinese food ...yummy... thanks a lot maklang . Next time kami pulak belanja maklag ya .

Last night I tried to continue doing my assignment tapi larat separuh jalan je...mata betul2 mengantuk dan kepala pun dah berdenyut ... badan letih sangat sejak kembali ke sekolah . Terlalu banyak keja sampai tak terbuat .

Abang misai balik dari pasar dengan ikan semilang and requested for gulai ikan sembilang ala2 Kuala Kurau ... bila balik kampung , kami selalu cari gulai sembilang di KK ...sodap

After Asar we went to K4 to buy presents for Sarah & Allister . Sarah anak kawan abg misai dan Allister adik bongsu kawan kak una. Esok anak-anak akan ke birthday party Allister dulu then to Sarah's pulak...siap perut je.

Malam ni kak yan pulun buat power point presentation for one of my assignments . Ketiga2 assignment nakkan ppp...mampus nak siapkan.... dengan keja sekolah lagi..pendaftaran ptk lagi...waaaaaaaaaaaaaaaa ... rasa nak jerit je.....alhamdulillah so far still managed to handle my stress ...

Hidup mesti ceria .

Wednesday, February 24, 2010

Sukantara 2010

Wednesday Feb 24

Gambar - gambar yang kak yan snap semasa sukantara petang tadi...cuasa panas terik..memang bagus utk ambik gambar tapi tak bagus untuk mata...untuk tekak


Kak yan guru rumah merah...so jangan marah kalau banyak gambar rumah merah di sini.




Kak Una & gang rumah merah

Sunday, February 21, 2010

Hari Kantin skpt2


Alhamdulillah Hari Kantin SKPT2 telah berjalan lancar . Walaupun serba sederhana tapi agak meriah juga....harap2 tercapailah target sekolah . Sekarang ni banyak peruntukan untuk sekolah2 dah takde lagi , so sekolah kena la cari duit sendiri .


My ex-students Hidayah & Hasmida .. dah sama besar dengan cikgu.


sorang lagi ex-student , Fatira Sadek..kepada yang tchr tak ingat nama..I'm so sorry...korang la yg sepatutnya datang kenalkan diri..kalau tchr cakap tak kenal..nanti korang kecik hati pulak..dalam ratusan ex-students macam mana la nak ingat semua..

Cikgu Rahman...tokey rumah hantu yang paling mendapat sambutan...sampai semput semua hantu dibuatnya .

Sempat jugak kak yan posing dalam rumah hantu time hantu rehat..

Ex-students yang dah anak2 dara semuanya .

Friday, February 19, 2010

New look ..new mood

Wednesday Feb 17

Rupa baru meja keja kak yan bagi tahun 2010...penuh dengan bunga2 la pulak.....nasib baik cikgu pompuan ... kalau tak sure kena gelar " Mat bunga ".... hari pertama kembali ke sekolah setelah bercuti hampir 3 bulan... macam-macam rasa ada...excited nak mengajar ...sedih nak tinggalkan Hakim...penat sangat sebab minggu ni kak yan and the gang on duty...hari pertama juga kelas penuh...letih bercakap sampai sakit tekak .

Meja yang masih kemas lagi buat masa ni... harap2 kekal kemas sampai hujung tahun....barang memang banyak ...cuma kena pandai susun dan sorok sana sini.


Bunga lagi....guna semula ...dah 2 tahun menyerikan meja kak yan.

Monday, February 15, 2010

Jom beramai-ramai

Kepada rakan-rakan yang tinggal di Lembah Klang or bertandang ke KL...jemputlah beramai - ramai memeriahkan Hari Kantin sekolah tempat Kak Yan mengajar , SK Padang Tembak 2....apa lagi .... bawalah anak-anak , adik2 , mak bapak , nenek , kawan - kawan anda ke SKPT2 Sabtu nanti ...

Sunday, February 14, 2010

Lepak di TT

Saturday Feb 13

Hari yang sangat panas today .... semua gelisah je duduk dalam rumah...maklumlah rumah ni takde air -cond. Kipas dah berpusing semaksimumnya . Hakim pun dah togel...tinggal pampers je..sebelah petang , bila dah tak berapa panas , kami keluar ambik angin ... tempat lepak kami kali ni ialah di Tasik Titiwangsa ... ramai jugak orang kat sana walaupun time ni ramai yg dah pulang ke kpg sempena CNY . Adik-adik kak yan semua dah ada di kampung ... kami je tak balik....ada sebabnya .. kami akan balik lain kali .. kak yan perlu berjimat cermat starting from now kerana rumah idaman . Tak nak nanti bila memerlukan RM ... terpaksa korek sana - sini , hutang sana - sini .


Duduk di rumah dengan anak-anak kekadang...bukan kekadang tapi selalunya akan memeningkan kepala ... dah la panas .. hati lagi la cepat panas . Dengan perangai sorang - sorang .. nak hayunkan buai adik pun boleh bergaduh ... last2 semua kena ...adik yang tidur lena pun boleh jaga .


Tak banyak sangat ambik gambar coz ramai orang... anak-anak malu nak berposing .. lain kali kami pegi lagi , time orang tak ramai .. baru ada privacy nak bergambar .

Betapa montelnya kak yan... makan tak ingat ... tak susah sangat berat kak yan nak turun .. kurangkan makan je.




Haikal first visit to TT tapi sampai2 je dia dah zzzzzzzzzzzz.... macam mana nak ambik gambar outdoor .


Budak yang paling suka bergambar ..meen gedizzzz

Saturday, February 13, 2010

Kenapa aku tak suka ....?


Jangan pulak ada yang terasa bila akak cakap macam ni... Memang kak yan dan suami tak suka dengan MLM ni ...... rimas dengan MLM ni...ni tak bermakna kami tak pernah terkena ... tapi tak le sampai rugi ribu riban ... and we learnt from the mistake .. kak yan dan abg misai sekarang dah berani say " No. Thank you .. saya tak berminat "..full stop..

selalu jugak egen2 ni call nak offer itu ini..bila tengok unsave no displayed on the screen , rasa malas nak angkat..tak angkat .. takut sanak - saudara or panggilan penting. Bila dah angkat tu tepaksa la jawab .. sakitnya hati bila dengar egen MLM yg bercakap. Mengacau sungguh .. offer itu ini.. cakap lembut nak mampus... cerita hat baik2 je...


Tak pernah nampak kawan2ku yang kaya raya dengan MLM ni....kalau ada pun ... kesenangan yang sementara je... ape kome rasa? ... berkat ke keuntungan yang dapat tu?... prinsip kami .. takde benda yg mudah dalam dunia ni ... kalau nak dapat duit kena kerja ... dan kalau kita kaya pun .... dek kerana menyusahkan orang lain .. tak guna jugak.. sesetengah produk tu harganya berkali ganda daripada harga yg sepatutnya .... tak ke menginaya orang namanya ? .. tak ke korang rasa bersalah menginaya orang lain..lepas diaorng beli ... rasa menyesal ...... kekadang tu keberkesanannya tak seberapa pun. Kalau produk yang dibeli tak berapa mahal .... takpe la .... kalau terkena ribu - riban ..maunya tak tepuk dahi ..

Tengok gambar MLM ni...betul macam dikata ... memijak kepala orang lain . Dalam berkawan ni ada jugak yg berkawan tak ikhlas .... ada udang di sebalik mee... yang dah lama tak jumpa...tiba2 contact kita.... ramah semacam ... lepas tu .... nak jumpa la...bila dah jumpa lain pulak ceritanya . Ramai kawan kak yan yang dah terkena dan menyesal sangat ... termakan dek pujuk rayu kawan-kawan... kesian dengan kawan .. tak sampai hati nak menolak .... tak pandai nak kata " tidak " ... tak pandai nak menolak...last-last diri sendiri yg merana nak membayar .



Abang misai dan kak yan pun dah terkena trick macam ni.. tapi kami bukan mudah terpedaya nak beli product2 or join diaorang ni ..... kalau kami teringin nak beli jugak , kami yg cari diaorang .... bukan semua MLM tu teruk ..ada yang ok ... tapi malangnya banyak yang KO..

Apa-apa pun , kpd rakan-rakan yg berniaga berunsurkan MLM ni ... kak yan tak berani nak kata ape ..." no comment " ... friendship is precious ... lu fikirlah sendiri Nabil...ops bukan Nabil...tapi sapa-sapalah..

Tuesday, February 9, 2010

Hakim oh..Hakim

Tak nak dia berbaring je...asyik nak berpegang...duduk lama2 pun dia dah rimas...nak berdokong & nak berdiri ..macam la kaki tu kuat sangat .... kecik je hero ni tapi kuat...senang nak jaga dia .. tak banyak meragam ... MIL cakap mcm ayah dia masa keik...yer la tu..yang baik semua dari abang misai ... kita punya usaha dia tak tau ... sejak dari dalam perut lagi kak yan dah .....?????...dari anak sulung ... semua sama .... senang nak jaga .


Suka sangat buat buih...kena prepare kain all the time .


Dah boleh gelak sekarang...so cute ... dah mula rasa sedih nak tinggalkan dia di rumah pengasuh next week...I'm sure gonna miss him..

Sunday, February 7, 2010

Sekali sekala


Kenapa sekarang dah takde sms romantik macam dulu ?... masa kena tinggal 3 bulan tahun lepas ... hari - hari received sms " miss u " .." love u "... and so on ... masuk ke hp kak yan ...sekarang yang ada hanyalah "me 2 "..dua perkataan je? ...mana aci macam ni ..

Sms yg lepas2 tu semua masih ada dalam inbox....pengubat hati ketika marah...sebab I know that he loves me so much...

Bila tanya kat dia..dia gelak je... "dah ada depan mata ... nak sms apa lagi..hari2 jumpa " ... baik punya jawapan ... kalau nak lebih erat kena la sms romantika d' amour sekali sekala ... jangan nak tunggu bila berjauhan je...

betul tak Datuk Fazilah Kamsah ?

Monday, February 1, 2010

Serupa tapi tak sama

Mana satu Hakim .... Mana satu abang Haikal ? They look alike .....maklumlah satu acuan...dua2 klon abang misai.

baby Haikal & ayah

baby Haikal

baby Hakim

baby Haikal

baby Hakim...

Haikalmaru

Hakimaru

Can you spot the differences?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails