Minggu ni mood ber-blogging agak merudum . Walaupun cuti panjang tapi macam-macam berkecamuk di minda ... hati ni tak seceria selalu sebab si jantung hati masih lagi outstation . Minggu ni dia duty di Penang pulak . Rindu sangat .....
Anak-anak pun nampak dah mula boring sebab mak tak bawak depa pi mana- mana . Nanti kita pi lepak kat rumah makngah lagi . Boleh la depa main dengan cousin2 depa . Semalam akak balik sini semula sebab ada kelas tambahan tapi rasa kecewa bila ke kelas students yang datang tu tak behave ... banyak main dari nak belajarnya . Baik tak payah datang kalau setakat mai sekolah nak berborak-borak . Sangat frust jugak dengan keputusan ujian diaorang ... They keep repeating the same mistakes .... macam tak pernah belajar sebelum ni .
Assignment pun masih separuh jalan ... stress jugak la tapi tak la sampai tahap gaban sebab hanya tinggal 1 paper je lagi .... selepas exam 7 April nanti maka berakhir la penyiksaan student tua sejak Sept 2008 . Alhamdulillah walaupun tak cemerlang , akak dah berjaya lepasi semuanya dan tak perlu nak repeat mana2 paper pun .
4 comments:
ada beberapa hari je lagi ni..
kena rehatlah sebelum berdepan dengan macam² lagi next week..hehe
cuti kali ni dok rumah melayan anak2 je la jawabnya
Assalamu'alaikum... salam kenal :)
Hai Riri .. salam kenal juga
Post a Comment