Saturday, May 4, 2013

DSV Tahun 2 : Tembikar



Hari Kamis lepas aktiviti DSV kami adalah membuat tembikar daripada tanah liat ... menggunakan teknik lingkaran . Alhamdulillah objektif PnP hari tu tercapai bila semua murid tahun 2 dapat hasilkan tembikar dengan teknik yang diajar . 

Akak ambik gambar sorang-sorang sebagai bukti ... nanti akak nak print bersekali dengan aktiviti2 membentuk dan membuat binaan yang lain dan masukkan dalam fail evidens diaorang . Kalau boleh akak tak nak simpan hasil kerja diaorang ni .. bagi diaorang bawak balik , lagipun plastesin tu diaorang beli guna duit sendiri . Akak hanya bekalkan sorang sikit warna lain supaya tembikar diaorang colourful sikit .

boys ni kalau boleh semua nak cepat siap ... bukannya tak kreatif tapi malas nak buat dengan teliti .


ni yang dihasilkan oleh murid perempuan ... ok la kan bagi murid 8 tahun , lagipun diaorang ni kurang expose pada aktiviti2 macam ni .


Minggu depan kami akan buat gasing pulak .... maka selesailah 11 aktiviti yang diaorang patut belajar bagi tahun 2 ... so lepas ni boleh ulang teknik yang sama dengan aktiviti dan tajuk yang lain . 

* gambar diambil dengan hp je , so kualiti pun biasa-biasa je

2 comments:

Unknown said...

Salam. Anak pun tahun dua. Tapi assignmentnya lain sikit. Kena buat pasu bunga dari botol air mineral. Kena bawa plastisin dan straw. Tak tahulah hasilnya macam mana. Kalau cikgunya ada blog macam ni, bagus juga.

yantisa said...

Nurul ,
Maybe cikgu DSV dia dah ajar dia teknik lingkaran tu ..then sambung dengan aktiviti yg lebih mencabar . Akak ikut dokumen standard dulu , habiskan semua aktivti dalam module..lepas ni mmg nak buat aktiviti yg mencabar juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails