Friday, May 3, 2013

Tak sabar nak memangkah ....


Assalamualaikum semua , dah sampai ke penghujung hari bekerja ... bestnya bila sampai hari Jumaat . Nak-nak pulak esok boleh bercuti 2 hari . Ramai yang pakat balik kampung hari ni untuk mengundi ... akak tak balik sebab akak mengundi di KL je . Tak sabar dah ni ... sapa yang akak pangkah ? rahsialah . Itu pilihan masing-masing kan?

Lepas solat Jumaat ayah budak-budak ni akan bergerak ke utara ... dia akan duty di sana . Nasib baik la tak jadi pegi Rabu lepas ... tak pasti la pulak bila baliknya . Moga dia sentiasa dalam lindunganNYA . 


Pagi ni akak pulun siapkan satu je lagi set soalan periksa ... tinggal sikit je lagi . Nasib baik la exam start next week ... sempat la akak menanda kertas sebelum terbang ke sana . Tak sabar ni .. dok menghitung hari je ... tapi at the same time , risau nak tinggal anak-anak , si kecik tu la ... asyik cakap 
" nanti Atim nanyih mak takde " ... so sebak mak . 


Ada kawan yang tanya .. dah start packing ke ? lambat lagi , ada la buat persediaan sikit-sikit , beli barang keperluan yang betul-betul perlu je , tak nak membazir , kalau boleh nak guna yang mana ada je .... sekarang tengah study mana-mana yang patut dari buku dan youtube juga . Minggu depan baru nak pi kursus . 




2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak yatie...Nak g umrah ke?Seronoknya...atie doakn semoga dipermudahkn urusan ketika masih di Malaysia lg...hinggalah sampai ke Mekah nanti.Aamiin

yantisa said...

atie,
ya ... akak akan ke sana dengan abang misai cuti sekolah nanti. Kami dapat tajaan dari adik akak dan juga adik ipar . Syukur atas peluang tak ternilai ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails