Wednesday, July 10, 2013

TAHNIAH BUAT PEMENANG 'GA' KAMI .

Ramadhan dah bermula dan baru tadi kita sama - sama berbuka puasa untuk hari yang pertama .. mesti lauk pauk atas meja best-best punya ... juadah kami ala kadar je ... akak belum puasa .. semalam cik P datang , minggu depan baru mula berpuasa :( .

Dengan ini akak mengumumkan GA kami tamat di sini ... penyertaan selepas ini tidak akan dikira lagi ...  kami dah pun buat cabutan tadi ... kalau boleh akak tak nak tangguh-tangguhkan benda yang baik ini .. mesti ada yang tertunggu - tunggu nak tau sapalah yang bernasib baik kali ini .

Seperti yang dijanjikan ada lapan orang pemenang semuanya . Ada yang dapat FM , ada yang dapat FM beserta keychain , dompet kecil dan hadiah misteri untuk seorang pengunjung setia blog 'Kami in the house ' . Selepas membuat cabutan , inilah nombor-nombor yang bertauhnya ..

1.  Fiza Rahman

4.  Adams Ayens

16. Hafiza AizZawa

3.  azatie sayang

20. Sheila Salim

6.  Zue Damia

8.  Suki Man

13. Mas Zull

Kepada yang menang TAHNIAH diucapkan .... sila emailkan nama , alamat dan kalau boleh no telefon sekali ya ... emailkan ke yantiskpt2@yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah . Kepada yang kurang bernasib baik , sila cuba lagi . Jangan serik nak datang dan tinggalkan jejak di sini ya ... in future akak plan nak bagi souviner lagi buat pengunjung-pengunjung setia blog kami .


Hadiah pun dah diasingkan siap-siap .. takut keliru nanti .. tinggal nak print kad raya je lagi ... insha Allah by next week semua pemenang akan terima hadiah mereka .... tungggggguuuuu.

Jutaan terima kasih buat semua terutamanya buat kawan-kawan yang join GA kali ini ... kalah menang dah menjadi adat ... tapi ada 2 orang lagi yang bakal menang FM from South Africa ... akak akan cabut dari baki peserta GA yang tinggal .... yang tu akan menyusul lewat sikit ya sebab lusa baru adik akak akan ke sana ... so jangan bersedih maybe ada lagi rezeki mereka yang tak menang kali ni .

TERIMA KASIH  buat semua ... sudi-sudi la singgah lagi ke sini .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails