Ini cerita tentang family adik akak ... anak kedua Tok Som . Kisah bagaimana suaminya memeluk Islam 20 tahun yang lalu . Akak dan abang misai pun tak tau cerita yang detail sebelum ni .. so abang misai beli majalah Midi ni . Mereka berdua inilah yang telah menghadiahkan pakej umrah percuma kepada akak dan abang misai . Betapa bersyukurnya kami bila mendapat jemputan Allah dengan cara yang cukup istimewa ini . Kami adalah antara insan terpilih untuk anugerah yang tak ternilai ini . Bukan senang kita nak dapat peluang seperti apa yang telah kami berdua dapat 3 bulan yang lalu . DIA yang menentukan segalanya ... DIA juga yang menggerakkan hati mereka berdua untuk memberi kami peluang kami merasa apa yang mereka telah alami 2 tahun yang lalu . Sejak adik akak balik umrah 2 tahun lepas dia ada bagitau akak yang one day dia akan hantar akak pergi umrah ... tak sangka pulak adik ipar akak pun bagi peluang yang sama kepada birasnya . Itu kuasa Allah .... moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah kepada mereka .
Tak lupa juga buat maklang pdah yang telah uruskan segalanya - galanya dengan Andalusia . Kami hanya pergi kursus je , yang lain semua depa bertiga yang uruskan . Sebab tu selepas balik umrah , akak dan abang misai selalu kenangkan kebaikan yang insan-insan ini lakukan kepada kami berdua . Terima kasih korang .
Adik ipar akak rahsiakan tentang pengislaman dia daripada keluarga sehingga anak ke 4 ... hanya parents dan beberapa adik beradik dia yang tahu yang dia dah convert . Akak pun tak berani nak mention tentang dia sebelum ni dalam blog ... letak gambar pun tak berani , takut terbocor rahsia dia ... akhirnya dia beberapa tahun lepas dia diberi kekuatan untuk berterus terang dengan semua adik beradik dia ... dia anak bongsu ( kembar seiras ) dan takut dengan penerimaan abang2 dan kakaknya yang seramai 8 orang tu . Itu yang akak dapat tau daripada adik akak .
Moga adik ipar akak ( Muhammad Nur Iman Beng ) akan terus mendapat cahaya keimanan daripadaNYA .
No comments:
Post a Comment