Monday, March 19, 2012

Assignment terakhir selamat dihantar


Baru ada peluang nak masuk sini buat entry baru .... cuti sekolah lepas sibuk dengan assignment ... then sambung marking kertas ujian budak2 . Syukur Alhamdulillah assignment terakhir akak telah selamat sampai ke tangan tutor . Syukur jugak selama 3 tahun akak berjaya menyiapkan kesemua assignment on time . Terima kasih buat orang sekeliling akak especially cik abg sayang dan anak-anak yang amat memahami . Selama belajar ni mak korang selalu stress & meroyan menyiapkan assignment & exam ... akhirnya dah sampai ke penghujung ... sikit je lagi untuk sampai ke garisan penamat . 7 April nanti final exam ... 1 paper je . Lepas tu merdeka la . Tak sabar nak bergelar guru siswazah .

...... kami rindu ayah .....


* Rindu sangat pada orang itu .


Saturday, March 17, 2012

Semangatku dibawa lari ke Penang


Sekali lagi semangatku dibawa lari ke Pulau Pinang . Berat hati melepaskan dia pergi tapi demi tugas terpaksa relakan juga ... jiwang karat pulak petang2 ni . Abang misai hanya balik bercuti 2 hari je . Dia kena bertugas di sana untuk seminggu lagi .


Hari ni busy menyiapkan assignment .... tinggal sikit je lagi ... lepas tu nak pulun menanda kertas ujian budak ... ini la akibatnya buat keja last minutes ... sepatutnya kertas ujian tu ditanda awal2 cuti lagi .... ni tak .. tunggu jugak akhir cuti . Kan dah stress tak cukup tangan . Sendiri cari penyakit . Sendiri tanggung la kan . Dugaan sungguh nak siapkan assignment kali ni ... time orang busy ni la PC buat hal ... terus gelap . Hari tu dah ok .. tup-tup mai pulak penyakit semput dia . So terpaksa la guna laptop yang lama terperok dalam bilik . Laptop ni baterinya dah kong ... kena charge 24jam . Ada lappy lagi 1 cuma yang tu screennya kecik sangat .. tak puas nak buat keja . Nasib baik akak save a copy assignment akak tu dalam laptop dan tumbdrive jugak . So takde masalah la nak buat kat mana pun .

Esok ada tutorial ... sedihnya takde driver nak tolong hantar dan ambik . Kena berdikari lagi seminggu . Harap orang-orang di sekeliling faham yang akak akan double penat menguruskan semuanya sorang diri . Harap-harap takdak la ada bebanan kerja tambahan di sekolah minggu depan .

* Semoga semua urusan kami sekeluarga dipermudahkan olehnya .

Thursday, March 15, 2012

Si comei yang kena tinggal .

Kesian budak kecik yang montel dan debab ni kena ditinggalkan ibu dan ayah for 2 weeks . Ibu dan ayah pegi umrah bersama tok som . Sangat geram dengan budak debab ni ... he's so cute . Dia tak meragam ... senang maklang nak jaga . Baby Hud ni ada 3 orang abang dan sorang kakak . Kami 3 beradik tolong tengokkan budak2 ni semasa ketiadaan ibu ayah depa . Tabik spring dengan maklang Pdah yang sanggup jadi ibu dan ayah budak2 berlima ni selama 2 minggu .

Siapa yang tak geram kan kalau tengok pipi anak Cina ni ?

Ibu kat tanah suci jangan la risau ... anak-anak ibu baik dalam jagaan maklang dan maksu ... maklong pun ada pi jenguk ... tolong jadi tukang masak depa .

Tinggal lagi 2 hari ... sempat ke ? fighting ! fighting!

Meja serabut ... macam tu jugak la kepala otak ni

2 hari kami di BB Bangi ... petang tadi kami balik ke Pulapol semula . Memang agak penat berulang alik dengan bawak kanak-kanak Ribena yang tak tau duduk diam dalam kereta . Akak dah berani drive sendiri ke sana ... dengan keta auto ni akak confident sikit . Lepas ni kalau ada kuliah sure abg misai suruh pegi sendiri . Takpe ... cuma tinggal 2 kali je lagi ... lepas tu dah tak payah pegi tutorial lagi , unless akak sambung buat master pulak ....ermmmmm mungkin tidak dalam masa yang terdekat . Abang misai pun macam tak bagi green light je untuk akak further study ni .

Mood skrg ni agak happy sebab dalam 2 jam lagi si jantung hati akan sampai ke rumah . Dia balik bercuti 2 hari dari Penang . Sabtu dia kena balik sana semula dan dia kena duty di penang utk lagi 1 minggu . Puas la nana ku itu makan nasi kandaq hari-hari .

Malam ni plannya nak sambung siapkan assignment . Sikit lagi nak siap .. punya la malas kali ni . Printer warna akak pulak buat hal ... tension . Ahad pagi nak kena submit ke tutor . Nampak gayanya nak kena pulun siapkan esok . Sementara abg misai ada di sini boleh la ajak dia pi kedai untuk print pages yang berwarna .

Fighting! .. fighting! ... pegi jauh - jauh wahai penyakit M.

Tuesday, March 13, 2012

Cuti yang tak serupa cuti

Minggu ni mood ber-blogging agak merudum . Walaupun cuti panjang tapi macam-macam berkecamuk di minda ... hati ni tak seceria selalu sebab si jantung hati masih lagi outstation . Minggu ni dia duty di Penang pulak . Rindu sangat .....

Anak-anak pun nampak dah mula boring sebab mak tak bawak depa pi mana- mana . Nanti kita pi lepak kat rumah makngah lagi . Boleh la depa main dengan cousin2 depa . Semalam akak balik sini semula sebab ada kelas tambahan tapi rasa kecewa bila ke kelas students yang datang tu tak behave ... banyak main dari nak belajarnya . Baik tak payah datang kalau setakat mai sekolah nak berborak-borak . Sangat frust jugak dengan keputusan ujian diaorang ... They keep repeating the same mistakes .... macam tak pernah belajar sebelum ni .

Assignment pun masih separuh jalan ... stress jugak la tapi tak la sampai tahap gaban sebab hanya tinggal 1 paper je lagi .... selepas exam 7 April nanti maka berakhir la penyiksaan student tua sejak Sept 2008 . Alhamdulillah walaupun tak cemerlang , akak dah berjaya lepasi semuanya dan tak perlu nak repeat mana2 paper pun .






Sunday, March 11, 2012

Semoga segalanya dipermudahkan buat semua


Dua hari ni akak lepak2 di rumah adik .... pagi tadi dia dah selamat berangkat ke Mekah menunaikan umrah bersama suami & tok som . Moga segalanya dipermudahkan olehnya buat semua ... yang di sana dan yang di sini juga . InsyaAllah kak ti akan tolong maklang tengok2kan sama anak-anak korang .

Friday, March 9, 2012

orang tua yang masih berjiwa muda

Takde benda spesel berlaku on my 39th birthday .... akak tak kisah sangat . Janji ada orang ingat akan hari tu ... dari minggu lepas dah terima birthday wishes in advance .... dari anak sedara dan ex-lecturer akak masa di maktab dulu ... sungguh akak terharu .

Semalam lagi banyak la wishes masuk di fb akak ... tak putus2 dari tengah malam kemarin sampailah tengah malam semalam .... terima kasih atas ingatan semua . Dari family members , bekas2 guru akak , friends dan anak-anak murid akak . Best kan bila ramai yang ingat dan make wishes on our birthday . Ada juga dapat cards and a few presents ... mekasih korang .

Dan yang paling buat akak happy is bila abg misai ada di sini on my birthday . Dia balik Khamis malam dari Perlis . Takde hadiah spesel dari dia ... tak pa la , akak faham ... keadaan kami ni tak mengizinkan kami utk berbelanja melebihi kemampuan . Petang nanti dia akan naik bas ke Perlis semula ... next week belum tentu dia balik sini .... hai cepat la masa berlalu . Tak sabar nak tunggu 26hb . Tak sanggup berjauhan lama-lama .

39 tahun ... sangat bersyukur sampai ke angka ni . Sangat2 bersyukur di usia yg dah hampir ke angka 4 ni banyak nikmat yang Allah kurniakan pada diri ini . Ada suami yg penyayang , anak-anak penghibur hati , ibu yang dikasihi , adik2 yg ambil berat , ada sanak- saudara tempat utk berkongsi susah senang , ada kemudahan utk bergerak , ada tempat untuk berteduh . Hidup ini sgt indah utk dikongsi bersama insan2 tersayang sekeliling akak walaupun kadang2 diuji dengan perkara2 yang kita tak suka .

Impian yang sentiasa kekal ... ingin menjadi hambanya yg terbaik . Masih banyak kekurangan dalam diri .


Nak tau kami buat apa cuti sekolah ni ? ... tunggu next entry .


Thursday, March 8, 2012

Not just a year older, but a year better


Syukur atas segala nikmat yang diberi .
berpeluang melaluinya sekali lagi
tahun depan bakal melangkah ke angka 4....

here's to another year of experience ...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails