Wednesday, June 10, 2020

Rutin PKP yang akan dirindui



Hikmah di sebalik musibah . Kami akan merindui rutin PKP ini . Sepanjang terkurung di rumah , banyak aktiviti keluarga yang kami buat . Aktiviti memasak dan makan-makan . Bercucuk tanam walaupun takdak laman . Yang paling akan dirindui adalah solat berjemaah lengkap sekeluarga diimamkan oleh ayah . Berterawih bersama dan bertadarus setiap malam dan selepas solat subuh . 


Bertadarus sekeluarga sepanjang Ramadan yang tak mungkin dapat dilakukan jika tiada pkp . Selama ni ayah dan anak lelaki akan bertadarus di masjid or surau . Tahun ni semua aktiviti Ramadan dilakukan  di rumah as a family . 


Kami masih lagi solat berjemaah sehingga hari ni sebab emak dan anak masih belum ke sekolah . Hanya ayah sahaja keluar bekerja . Emak WFH dan anak-anak hanya ada kelas online . 


Emak tetap teruskan belajar mengaji dengan ayah setiap hari selepas solat subuh . Bacaan emak masih banyak yang perlu diperbetulkan . Kami sama - sama belajar . Ayah masih sama , bangun seawal 4 lebih untuk bertahajud ... emak ikut serta tapi lewat sikit la . Ini ketenangan dan bahagia yang sebenarnya emak cari ....sebab emak tahu emak terlalu sikit bekalan dan terlalu banyak dosa . Ayah adalah pemimpin keluarga yg terbaik .... walaupun sedikit garang . 


* Best menulis di sini semula .... bebas untuk meluahkan tanpa takut apa tanggapan orang . 



3 comments:

ch@ said...

setuju sangat, ada hikmah pkp ni. kita pun rasa slow down sikit banding sebelum ni. asben je yg kerja, rutin harian masih sama. tapi alhamdulillah, anak-anak ada membantu.

Kakmim said...

mmg masih teringat² masa pkp dulu... terawih pun tamat sebulan x tinggal... bln posa semua masak sendiri

tegararlansah said...

Interesting Article.
Next Visit Our Website

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails