Monday, June 30, 2008

Bila malam menjelma


Dengan Spideman sorang ni...tak serik-serik


Ini la keadaan rumah sekarang...kusyen pun dah lunyai...siang siang kemas la...malam je dah jadi macam tongkang pecah. Dengan kusyen dijadikan bantal. Anak-anak ni semua suka tido depan TV..

Wednesday, June 25, 2008

Penyakit M melanda

Dah banyak hari tak masuk menulis di sini...bukan apa dah takde idea apa nak ditaip...senang-senang paste gambar je la...dah lama berhenti buat karangan. Otak pun dah berkarat..ditambah pula dengan penyakit 'M' . Nasib baik penyakit M ni hanya di sini...bukan melanda masa di sekolah..kalau tak parah jadinya..

Rumahku Syurgaku


View dari depan rumah

Monday, June 23, 2008

Anak Sedara



Akak ada 10 orang anak sedara..tapi yang 4 ni yang paling rapat sebab kami selalu jumpa ..

DUNIAKu



Roti Jala Kak Wik

* Untuk hidangan sekeluarga

1 Kilo tepung gandum
2 biji telur
Majerin 2 sudu besar
Garam 2 susu besar ( ikut rasa )
Air 7 /8 cawan
Sedikit perawna kuning

Blender semua…masukkan air dulu …tepung letak bahagian atas supaya tak melekat sangat kat blender tu…

Selamat mencuba

2+1

Monday, June 16, 2008

Nisha is getting better

Petang tadi kami pegi melawat Nisha lagi..dah 3 malam ayah dia temankan dia..kak yan cuma temankan dia dari pukul 11.30 pagi hingga magrib je..kak yan tak boleh tido ler di wad..lampu terang sangat..
Dengan kakak dan adik-adik petang tadi..sibuk dok buat colouring.

Sunday, June 15, 2008

NISHA SAKIT LEHER







Dari 9 June sehingga hari ini 15 june Nisha masih berumah di wad KK2 Institut Padiatrik HKL..pada malam Isnin lalu kami bawa Nisha ke hospital , ayahnya bawa dia ke hospital sebab Nisha demam panas..dan paling merisaukan kami lehernya tak boleh dipusing. Pada awalnya kami sangkakan ianya mungkin disebabkan oleh salah tidur or orang tua2 kata salah bantal..tapi dah 2 hari tak baik2 ..risau jugak kami dibuatnya.

Doctor sudah buat ultra sound , x-ray pun sudah tapi tak dapat detect apa-apa. Mungkin hanya salah urat..sekarang Nisha diminta exercise pusingkan leher dia perlahan-lahan..mungkin dalam sehari dua boleh la balik rumah..kami dah penat berulang alik dari rumah ke hospital.

Saturday, June 7, 2008

Model kanak-kanak

Haikal Ali , our naughty hero...
Yasmeen & Nurulhusna
Khairunnisa @ Nisha

Meen & Haikal

Inilah keja kami bila abang misai out station...bila boring kami buat la sesi fotografi sendiri..semua pakat perasan macam model ..he..he..

permata hati















4 askar kesayangan kami. Sekejap rasanya masa berlalu. Mereka dah semakin besar. macam-macam kerenah diaorang ni..apapun merekalah racun , mereka juga madu dalam hidup kami berdua.















Kakak sudah boleh diharap. Boleh bantu di dapur..basuh pinggan , pegi kedai..Nisa malas sikit..banyak alasan kalau disuruh. Yasmeen , mulut dia boleh tahan...Haikal , hero kami yang paling nakal...uhhh..penat nak melayan dia sorang.

Dia bapaku yang tercinta

by : Nurulhusna jamal Ali

Ayah dilahirkan pada 28 April 1970 . Jasa ayah amat banyak.Dia ialah pendorong untuk kami semua. Ayah seorang yang tegas tapi pada masa yang sama ayah juga seorang yang amat penyayang. Ayah begitu mengambil berat tentang kami sekeluarga. Kalau bab sembahyang ayah tak boleh berkompromi. Wajib kata ayah..Ayah kami sangat suka bermain badminton. Dalam seminggu hampir 3 kali ayah ada game badminton dengan kawan-kawanya. Mak selalu marah sebab ayah selalu keluar dengan racquet badmintonnya.

Ayah penyuntik semangat . Ayah seorang yang peramah. Dia selalu berbual dengan kami dan rakan-rakannya.Dorongan ayahlah yang menyebabkan kami gemilang dalam pelajaran dan terbilang didalam bidang sukan .Dia selalu bercerita dengan kami dengan suaranya yang nyaring . " Ayah ! ini bukan padang kawad la ".

Dia seorang yang tegas apabila waktu bekerja.Dia seorang yang suka menolong orang apabila mengalami masalah.Dia suka membuat kami ceria.''Bukan Astro Ceria''.Dia memberikan kami kasih sayang yang tiada tandingan ...sama seperti emak..Dialah ayah kesayangan kami.Jamal Ali. Happy father's day...we love you ayah.

Seharian di Genting

Last Sunday , kami naik Genting Highland..bertolak jam 10.00 pagi selepas siap masak nasi lemak untuk bekal..dah tau dah harge makanan kat atas sana 2 kali ganda , so kena la bawak bekal untuk save budget.


Anak-anak la yang paling seronok..tiap2 tahun naik Genting tapi jarang masuk Outdoor games..selalunya ronda - ronda kat indoor je. Kaki kak yan sakit sangat tertamanya tumit ni..dah berdenyut sakan..Kak yan kalau boleh nak cuba semua games..tapi oarang ramai sangat..tak kuasa la nak beratur panjang. Kami cuma layan anak - anak je la..Kak yan & Nurul naik jugal roller coaster..menjerit sakan kami..rasa nak muntah pun ada..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails