Sunday, June 15, 2008

NISHA SAKIT LEHER







Dari 9 June sehingga hari ini 15 june Nisha masih berumah di wad KK2 Institut Padiatrik HKL..pada malam Isnin lalu kami bawa Nisha ke hospital , ayahnya bawa dia ke hospital sebab Nisha demam panas..dan paling merisaukan kami lehernya tak boleh dipusing. Pada awalnya kami sangkakan ianya mungkin disebabkan oleh salah tidur or orang tua2 kata salah bantal..tapi dah 2 hari tak baik2 ..risau jugak kami dibuatnya.

Doctor sudah buat ultra sound , x-ray pun sudah tapi tak dapat detect apa-apa. Mungkin hanya salah urat..sekarang Nisha diminta exercise pusingkan leher dia perlahan-lahan..mungkin dalam sehari dua boleh la balik rumah..kami dah penat berulang alik dari rumah ke hospital.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails