Friday, March 30, 2012

Stressnya nenekkkkkkkkkk


Tika dan saat ini akak sangat stress ... kenapa ? stress dengan tanggungjawab baru yang akak kena tempuhi minggu depan . Dalam entry sebelum ni akak ada bagitau 3 orang cikgu sekolah akak kena tukar ke sekolah lain atas sebab lebihan koata . I wish I am one of them . Akak lebih rela kena pindah .

bila dah sorang cikgu BI keluar ... yang tinggal hanya 2 orang , memang beban keja kami akan bertambah . beban keja bertambah tu adat la ... rasanya boleh handle lagi ... yang tak bestnya akak kena mengajar tahun 1 . Akak tak pernah attend kursus KSSR ... nak kena study dari awal . Selama 15 tahun ni akak hanya mengajar tahun 5 & 6 ... sebab tu tersentap kejap ..... memang mencabar betul la . dalam masa yang sama masih mengajar tahun 5 dan kelas A tahun 6 . Jawabnya terpaksa jadi transformer la tiap-tiap hari bila masuk mengajar tahun 6 ... then masuk tahun 1 pulak .

kalau kena ajar tahun 3 pun akak rela ... jangan tahun 1 & 2 ... KSSR ..banyaknya keja menanti. Ditambah pulak dengan perasaan yang tak sama seperti dulu membuatkan akak rasa nak isi je eg-tukar .


Thursday, March 29, 2012

Dapur baru kami

Rumah kami di kampung sana dalam proses renovation ... sedih sebab tak dapat balik tengok ... tak boleh nak pilih tiles sendiri ... semuanya serah pada kontraktor . Abang misai pun busy jugak tapi dia sempat la balik memantau masa dia outstation di Penang sepanjang 2 minggu lepas . kami tambah wet kitchen sikit di bahagian belakang . Tak boleh nak tambah besar sangat belakang tu sebab tanah tak luas sangat .

Di sebelah tepi ni kami nak buat ruang tamu sebenaqnya tapi buat masa ni cuma ada tiang dan bumbung je dulu .. kira macam porch la . Bila ada rezeki nanti baru turunkan dinding . Lagipun kami lambat lagi nak balik duduk sini . Abg misai masih tak puas jadi orang KL .... tak lah ... cuma dia lebih suka keja di sini . Mana tau kan , nanti rumah dah siap renovate , mungkin dia pun tergoda nak balik duduk sana . Akak ok je ... teringin nak berubah angin .

Wednesday, March 28, 2012

Seronok dapat keluar dari rutin yg biasa .


Banyak idea sebenarnya nak bercerita tapi bila fikir2 balik tak payah la ... tambah2 lagi bila melibatkan orang lain ... bukan cerita anak2. Bukan apa , takut mengaibkan orang lain ... tak molek rasanya dok asyik nampak salah orang lain je kan . Diri sendiri apa kurangnya .

Even rasa tak puas hati .. rasa marah , rasa geram ... rasanya lebih baik akak diamkan je selagi termampu . 3 hari ni akak tak ke sekolah ... best la sekali sekala keluar berkursus ni . Hilang kejap stress kat sekolah tu . Yang tak bestnya minggu ni direct penuh dgn aktiviti ... Sabtu ada LDP .. Ahad kena attend last tutorial la pulak ....

bila la makcik boleh rehat ?


Tuesday, March 27, 2012

Bapaku pulang dari kota ...


Lately agak ketandusan idea nak menulis di sini ... ditambah pulak dengan mood yang agak merudum ni .. U know why la kan ? tapi pagi ni mood dah mula naik balik ... dia dah nak bertolak balik sini dari Penang , maybe sampai rumah petang kot . Dah 10 hari tak jumpa , semua dah rindu sangat dengan ayah .

Lepas ni ayah masih lagi busy dengan tugas luar ... cuma kali ni ayah duty dalam KL .. so malam2 memang ayah ada kat rumah . Tak kisah la ayah busy pun ... mak rela berkorban lagi buat semua routine macam biasa ... as long as ayah ada dengan kita .


Barang2 basah dalam fridge semua dah takde ... semalam kami makan nasi berlaukkan sardin je . Lunch kita hari ni pun mak rasa mak nak buat telur masak cabai je , lagipun hari ni mak kena pegi awal ke sekolah sebab ada meeting ... malam ni kita ajak ayah makan kat luar .

Esok pulak kena pi kursus for 3 days ... susah jugak bila pi kursus ni ... anak2 kena uruskan diri sendiri . Tapi mak hampa ni suka jugak kalau dapat keluar dari sekolah sekali sekala ... dulu mak tak suka kursus tapi skrg ni terbalik dah . Suasana di sekolah sekarang dah tak macam dulu .... dah tak berapa happening ... tapi dalam tak best pun mak tak pernah cuti lagi tahun ni .. azam mak nak cuba dapatkan kehadiran penuh tahun ni ... tapi kita hanya merancang , tuhan yang menentukan .

Semalam 3 orang cikgu dapat surat kena transfer ke sekolah lain ... masih dalam zon yang sama . Kesian depa tapi nak buat macam mana , nak tak nak kena la jugak ikut arahan .... one day akan sampai giliran yang lain termasuk akak untuk keluar dari situ .. sapa tau kan ? bila bilangan murid menyusut , cikgu2 pun terpaksa disusutkan jugak . Doa akak moga depa bertiga akan lebih seronok berkerja di tempat baru ... maybe ada hikmah di sebalik perpisahan kita .

Sunday, March 25, 2012

Sebelum ............ fikirkan ..............


INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI :

Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya
.
Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul
.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan
.
Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.


* Wahai Cikgu Yanti ... berhentilah mengeluh .. kalau tak boleh pun ..kurangkanlah .

Saturday, March 24, 2012

It's hard to please everybody


Memang susah kan nak puaskan hati semua orang? ... dalam apa jua hal tak semua perkara semua orang suka . Macam kita yang jadi blogger ni la kan ... ada orang suka cerita-cerita kita walaupun kadang2 entah apa-apa yang kita tulis dan ada juga sebaliknya . Bagi akak , ini blog akak , ikut suka akak la apa nak diceritakan di sini ... kalau suka , korang bacalah .. kalau menyampah or tak suka tak payah la masuk sini .

Maybe ada yang tak suka akak tulis cerita yg berunsur jiwang2 , rindu-rinduan etc ... maybe ada yang kata ... dah tua2 pun nak jiwang karat . Biar la kan ... akak tak ganggu sapa2 kan ? biar la akak angau sorang2 . Ada aku kesah ?

Dalam apa hal sekali pun , buat la cara yang kita prefer ... tak perlu jadi orang lain . Asalkan kita bahagia dan tak ganggu or menyusahkan orang lain . Pedulikan apa orang nak kata . Betul tak ?

Cuma akak takut satu je dalam berblogging ni ... takut jadi riak ... akak rasa kadang2 ada jugak entry yg berbau riak tanpa sengaja ... niat cuma nak bercerita tapi lain pulak jadinya dan maybe lain jugak penerimaan orang yang masuk baca entry2 di blog kami ni .

Apapun segala yang tercatat di blog kami adalah part of our diary .. berbalik pada niat asal blog ni diwujudkan .. satu hari nanti , bila kita dah takde lagi , orang yang ditinggalkan boleh baca segala kenangan yang tercatat di sini . Itupun kalau blog ni masih wujud .

Thursday, March 22, 2012

Merungut bukan bermakna tak suka .

Pergi ke kedai membeli bahulu
bahulu di beli bersama Abang Lan
Niat di hati nak update blog selalu
Apakan dayaku selalu pancit di tengah jalan

gambar arkib kami

Minggu ni akak memang pancit tahap gaban ... pukul 9 malam dah pengsan . Kalau hampa tengok akak dok online di fb tu , memang akak online tapi laptop yang mengadap akak . Keja banyak la ... bukan setakat keja sekolah ... keja rumah pun sama naik ... bukit kat dalam bilik tu dah sampai ke tahap Everest dah ... pagi tadi sebelum pi sekolah , anak2 siap cakap " Makkk ...sepahnya rumah kita " ... dengan slambernya akak reply " lantak la .. balik nanti mak kemas " ... kalau balik sekolah petang nanti mak pancit jugak ... jawabnya esok saja la mak hampa buat spring cleaning . Tak ada orang nak berleter kat mak .. itu satu2nya kelebihan laki out station . Rumah macam tongkang pecah pun tak pa .

Tentu korang tertanya2 ... apa la yang buat cikgu Yanti busy mengalahkan wakil rakyat . Korang rasa korang boleh tak buat duty di bawah ni sorang-sorang . Ini rutin hari berkerja ... hari cuti lain pulak aktiviti kami .

PAGI
Pi hantaq anak2 ke sekolah agama
Pi buang sampah ... kena naik keta tau
Masak .. kenapa ... tak percaye ?
bagi makan Akim
Basuh kain baju
Kemas rumah
Buat keja sekolah yg di bawak balik
Pi ambik anak balik dari sekolah agama

TENGAHARI - PETANG
Hantar Akim ke baby sitter ( Meen selalu tolong)
Pi sekolah pukul 12tgh .. itupun kalau takde meeting
Masuk kelas ...
Settlekan keja2 kat sekolah
balik sampai rumah pukul 7

MALAM
Uruskan makan anak-anak
Basuh kain lagi ... at least 1 round
Kemas rumah lagi ? ... dapur mesti clear sebelum tidoq
lepas Isyak ... makcik pengsan .

Minggu ni je ada 2 kali meeting .. so dua hari dah kena pegi sekolah awal . Rabu ada aktiviti koko .. pegi sekolah dari 8 pagi ... hari Jumaat je makcik rasa lapang dada sebab boleh pi lambat skit dan jadual pun tak padat . Bila dah selalu penat ni , kekadang terlupa si dia di sana . Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi .

* soalan : selalu nampak akak online ? .. kata busy
jawapan : nampak je online ... korang tak nampak apa aktiviti di sebaliknya .

* soalan : banyak kali kemas rumah ... tapi kenapa asyik kata rumah macam tongkang pecah ?
jawapan : hampa tak tau dalam rumah ni ada 3 makluk perosak ... + satu rasaksa yang suka buat sepah .

***** bukan merungut .. cuma luahan perasaan seorang cikgu yang ditinggalkan suami. Ada tak sapa-sapa yang sukarela nak lend me a hand ?







Wednesday, March 21, 2012

Kelebihan IBU DUIT ... memang boleh dipercayai .


Sehabis saja SPM akak dah keja untuk bantu mak menyara adik-adik . Akak dah mula bagi duit belanja dekat mak start akak keja kilang . Kami orang susah ... result akak tak berapa bagus , so akak tak dapat la offer masuk U . Kalau akak naik Form 6 mungkin ada rezeki akak , tapi time tu keadaan memang tak mengizinkan akak sambung belajar unless la kami dapat bantuan .... so akak pun keja la kilang 2 tahun ... melompat dari satu kilang ke satu kilang ... dalam 2 tahun tu akak merasa keja di 3 buah kilang elektronik ... mula2 sebagai operator pengeluaran ... then jadi QA ... dan last post was as QA leader .

Alhamdulillah selepas 2 kali apply masuk maktab , akak pun berjaya . Seronoknya bukan main lagi ... sebab memang angan2 nak jadi cikgu . Mak pun happy jugak . Masuk maktab akak stop kejap menyumbang utk emak tiap2 bulan . Start je mengajar .. start je gaji pertama , memang ada bahagian untuk emak ... ITULAH IBU DUIT AKAK ... dah 22 tahun akak simpan ibu duit ni . Tiap-tiap bulan ada elaun untuk tok som ... tak penah kurang ... bila dapat bonus , elaun ibu duit pun akak up-kan sikit .

Allah itu maha pengasih ... satu-satu anak yatim ni masuk U ... masa akak masih di maktab , adik pertama akak dapat masuk U ... then , adik ke 2 pulak ... pastu masa akak baru posting , adik lelaki akak pulak dapat masuk maktab juga . Adik ke 7 akak pun dapat masuk U dan skrang adik bongsu akak masih di U . Cuma 2 orang tak masuk U .. sorang tu memang adik istimewa kami .. sekolah setakat darjah 6 je dan sorang lagi tak minat belajar walaupun result dia was not bad .

Berbalik kepada cerita ibu duit . IBU DUIT ni banyak magicnya dalam hidup akak ... Alhamdulillah kami tak penah putus duit .. even ada ketikanya kami kesempitan duit but in the end .. ada je jalan penyelesaian . Makin lama makin murah rezeki kami .... tetap bersyukur walaupun tak mewah , kami cukup makan pakai . Bila dah buat IBU DUIT ni jangan sesekali merungut ... beri dengan ikhlas ... agihan pertama yang akak settlekan bila dapat gaji bulan2 ialah ibu duit ini lah ... abang misai tolong masukkan tiap2 bulan ke akaun mak ... dan akak pasti dia pun ada buat ibu duit jugak tapi akak tak ambik tau dan tak tanya pun dia bagi berapa ke mak dia . Walaupun dia bagi lebih dari elaun yang dia bagi ke akak tiap2 bulan ... akak tak kisah . Itu IBU DUIT dia .

Berkat doa ibu duit ini jugak la gaji akak makin naik ... lulus 2 kali PTK .. so gaji pun naik jugak la . Bila habis blajar nanti gaji pun akan naik lagi . Hujung bulan ni gaji naik lagi 13% .... syukur walaupun tak sebanyak gaji adik2 tapi mencukupi buat kami sekeluarga . InsyaAllah elaun untuk IBU DUIT juga akan dinaikkan bila gaji dah naik nanti .

Jangan la nak ajak kami join MLM ke .. or apa2 skim lain pun ... kami laki bini memang tak berminat ... kami dah ada IBU DUIT ... dengan anak-anak pun akak selalu pesan , nanti bila dah keja jangan lupa sua pada mak dan ayah walaupun kami ada pencen masa tu . Buat ibu duit macam mana mak dan ayah buat . InsyaAllah rezeki akan lebih berkat .

Takde niat pun untuk akak riak bila buat entry ni ya kawan2 ... cuma nak share dan ajak korang semua join SKIM IBU DUIT ni ... kepada yang dah join ... memang kita dah buat investment yang terbaik . Dunia dan akhirat . Ada rezeki sikit , kita bagi sikit .. ada banyak kita melabur la banyak2 . Dijamin tidak rugi punya . Mungkin kesannya kita tak nampak di mata kasar tapi percayalah .... SKIM IBU DUIT memang berkesan . Jom la pakat join ramai-ramai .

* apapun rezeki di tangan tuhan .



Tuesday, March 20, 2012

Assignment terakhir selamat dihantar


Baru ada peluang nak masuk sini buat entry baru .... cuti sekolah lepas sibuk dengan assignment ... then sambung marking kertas ujian budak2 . Syukur Alhamdulillah assignment terakhir akak telah selamat sampai ke tangan tutor . Syukur jugak selama 3 tahun akak berjaya menyiapkan kesemua assignment on time . Terima kasih buat orang sekeliling akak especially cik abg sayang dan anak-anak yang amat memahami . Selama belajar ni mak korang selalu stress & meroyan menyiapkan assignment & exam ... akhirnya dah sampai ke penghujung ... sikit je lagi untuk sampai ke garisan penamat . 7 April nanti final exam ... 1 paper je . Lepas tu merdeka la . Tak sabar nak bergelar guru siswazah .

...... kami rindu ayah .....


* Rindu sangat pada orang itu .


Saturday, March 17, 2012

Semangatku dibawa lari ke Penang


Sekali lagi semangatku dibawa lari ke Pulau Pinang . Berat hati melepaskan dia pergi tapi demi tugas terpaksa relakan juga ... jiwang karat pulak petang2 ni . Abang misai hanya balik bercuti 2 hari je . Dia kena bertugas di sana untuk seminggu lagi .


Hari ni busy menyiapkan assignment .... tinggal sikit je lagi ... lepas tu nak pulun menanda kertas ujian budak ... ini la akibatnya buat keja last minutes ... sepatutnya kertas ujian tu ditanda awal2 cuti lagi .... ni tak .. tunggu jugak akhir cuti . Kan dah stress tak cukup tangan . Sendiri cari penyakit . Sendiri tanggung la kan . Dugaan sungguh nak siapkan assignment kali ni ... time orang busy ni la PC buat hal ... terus gelap . Hari tu dah ok .. tup-tup mai pulak penyakit semput dia . So terpaksa la guna laptop yang lama terperok dalam bilik . Laptop ni baterinya dah kong ... kena charge 24jam . Ada lappy lagi 1 cuma yang tu screennya kecik sangat .. tak puas nak buat keja . Nasib baik akak save a copy assignment akak tu dalam laptop dan tumbdrive jugak . So takde masalah la nak buat kat mana pun .

Esok ada tutorial ... sedihnya takde driver nak tolong hantar dan ambik . Kena berdikari lagi seminggu . Harap orang-orang di sekeliling faham yang akak akan double penat menguruskan semuanya sorang diri . Harap-harap takdak la ada bebanan kerja tambahan di sekolah minggu depan .

* Semoga semua urusan kami sekeluarga dipermudahkan olehnya .

Thursday, March 15, 2012

Si comei yang kena tinggal .

Kesian budak kecik yang montel dan debab ni kena ditinggalkan ibu dan ayah for 2 weeks . Ibu dan ayah pegi umrah bersama tok som . Sangat geram dengan budak debab ni ... he's so cute . Dia tak meragam ... senang maklang nak jaga . Baby Hud ni ada 3 orang abang dan sorang kakak . Kami 3 beradik tolong tengokkan budak2 ni semasa ketiadaan ibu ayah depa . Tabik spring dengan maklang Pdah yang sanggup jadi ibu dan ayah budak2 berlima ni selama 2 minggu .

Siapa yang tak geram kan kalau tengok pipi anak Cina ni ?

Ibu kat tanah suci jangan la risau ... anak-anak ibu baik dalam jagaan maklang dan maksu ... maklong pun ada pi jenguk ... tolong jadi tukang masak depa .

Tinggal lagi 2 hari ... sempat ke ? fighting ! fighting!

Meja serabut ... macam tu jugak la kepala otak ni

2 hari kami di BB Bangi ... petang tadi kami balik ke Pulapol semula . Memang agak penat berulang alik dengan bawak kanak-kanak Ribena yang tak tau duduk diam dalam kereta . Akak dah berani drive sendiri ke sana ... dengan keta auto ni akak confident sikit . Lepas ni kalau ada kuliah sure abg misai suruh pegi sendiri . Takpe ... cuma tinggal 2 kali je lagi ... lepas tu dah tak payah pegi tutorial lagi , unless akak sambung buat master pulak ....ermmmmm mungkin tidak dalam masa yang terdekat . Abang misai pun macam tak bagi green light je untuk akak further study ni .

Mood skrg ni agak happy sebab dalam 2 jam lagi si jantung hati akan sampai ke rumah . Dia balik bercuti 2 hari dari Penang . Sabtu dia kena balik sana semula dan dia kena duty di penang utk lagi 1 minggu . Puas la nana ku itu makan nasi kandaq hari-hari .

Malam ni plannya nak sambung siapkan assignment . Sikit lagi nak siap .. punya la malas kali ni . Printer warna akak pulak buat hal ... tension . Ahad pagi nak kena submit ke tutor . Nampak gayanya nak kena pulun siapkan esok . Sementara abg misai ada di sini boleh la ajak dia pi kedai untuk print pages yang berwarna .

Fighting! .. fighting! ... pegi jauh - jauh wahai penyakit M.

Wednesday, March 14, 2012

Cuti yang tak serupa cuti

Minggu ni mood ber-blogging agak merudum . Walaupun cuti panjang tapi macam-macam berkecamuk di minda ... hati ni tak seceria selalu sebab si jantung hati masih lagi outstation . Minggu ni dia duty di Penang pulak . Rindu sangat .....

Anak-anak pun nampak dah mula boring sebab mak tak bawak depa pi mana- mana . Nanti kita pi lepak kat rumah makngah lagi . Boleh la depa main dengan cousin2 depa . Semalam akak balik sini semula sebab ada kelas tambahan tapi rasa kecewa bila ke kelas students yang datang tu tak behave ... banyak main dari nak belajarnya . Baik tak payah datang kalau setakat mai sekolah nak berborak-borak . Sangat frust jugak dengan keputusan ujian diaorang ... They keep repeating the same mistakes .... macam tak pernah belajar sebelum ni .

Assignment pun masih separuh jalan ... stress jugak la tapi tak la sampai tahap gaban sebab hanya tinggal 1 paper je lagi .... selepas exam 7 April nanti maka berakhir la penyiksaan student tua sejak Sept 2008 . Alhamdulillah walaupun tak cemerlang , akak dah berjaya lepasi semuanya dan tak perlu nak repeat mana2 paper pun .






Monday, March 12, 2012

Semoga segalanya dipermudahkan buat semua


Dua hari ni akak lepak2 di rumah adik .... pagi tadi dia dah selamat berangkat ke Mekah menunaikan umrah bersama suami & tok som . Moga segalanya dipermudahkan olehnya buat semua ... yang di sana dan yang di sini juga . InsyaAllah kak ti akan tolong maklang tengok2kan sama anak-anak korang .

Saturday, March 10, 2012

orang tua yang masih berjiwa muda

Takde benda spesel berlaku on my 39th birthday .... akak tak kisah sangat . Janji ada orang ingat akan hari tu ... dari minggu lepas dah terima birthday wishes in advance .... dari anak sedara dan ex-lecturer akak masa di maktab dulu ... sungguh akak terharu .

Semalam lagi banyak la wishes masuk di fb akak ... tak putus2 dari tengah malam kemarin sampailah tengah malam semalam .... terima kasih atas ingatan semua . Dari family members , bekas2 guru akak , friends dan anak-anak murid akak . Best kan bila ramai yang ingat dan make wishes on our birthday . Ada juga dapat cards and a few presents ... mekasih korang .

Dan yang paling buat akak happy is bila abg misai ada di sini on my birthday . Dia balik Khamis malam dari Perlis . Takde hadiah spesel dari dia ... tak pa la , akak faham ... keadaan kami ni tak mengizinkan kami utk berbelanja melebihi kemampuan . Petang nanti dia akan naik bas ke Perlis semula ... next week belum tentu dia balik sini .... hai cepat la masa berlalu . Tak sabar nak tunggu 26hb . Tak sanggup berjauhan lama-lama .

39 tahun ... sangat bersyukur sampai ke angka ni . Sangat2 bersyukur di usia yg dah hampir ke angka 4 ni banyak nikmat yang Allah kurniakan pada diri ini . Ada suami yg penyayang , anak-anak penghibur hati , ibu yang dikasihi , adik2 yg ambil berat , ada sanak- saudara tempat utk berkongsi susah senang , ada kemudahan utk bergerak , ada tempat untuk berteduh . Hidup ini sgt indah utk dikongsi bersama insan2 tersayang sekeliling akak walaupun kadang2 diuji dengan perkara2 yang kita tak suka .

Impian yang sentiasa kekal ... ingin menjadi hambanya yg terbaik . Masih banyak kekurangan dalam diri .


Nak tau kami buat apa cuti sekolah ni ? ... tunggu next entry .


Friday, March 9, 2012

Not just a year older, but a year better


Syukur atas segala nikmat yang diberi .
berpeluang melaluinya sekali lagi
tahun depan bakal melangkah ke angka 4....

here's to another year of experience ...



Thursday, March 8, 2012

4 hari as a single mother sangat memenatkan

Sebelum ni kental je hati uruskan semua perkara sorang diri , tapi semalam turun jugak ayaq mata ... penat tau jadi single mother for 4 days ... letih sebab banyak keja , sunyi takde teman mengadu walaupun kat rumah ni bingit dengan suara budak2 . Sejuk sebab hujan lebat semalam ... alangkah bestnya kalau bantal peluk ada di sebelah ... ( silalah muntah hijo ). Orang di sana pun khabarnya banyak keja sampai tak sempat nak call or sms . Jangan la macam tu ... I need your support to get through all this alone .

Keja sekolah dah makin kurang ... tapi keja rumah makin banyak ... niat di hati nak start packing barang sikit2 dulu tapi masih tak berjalan pun ... storage box pun dah beli . Pagi ni pun dah pi buang 2 bag plastik besar barang2 yg dah tak nak pakai ... sementara abg misai tak dak ni lebih baik pi buang siap2 .. kalau ikutkan dia semuanya sayang ... dah macam stor dah rumah ni .

Last assignment pun setia menunggu .

Wednesday, March 7, 2012

Saya sangat suka mengacau mak saya

Sejak ayah pegi recruiting ni , budak kecik ini sangat suka menempek dengan mak dia ... sampai susah mak nak buat keja . Mak duduk dekat pc , dia mesti mai nak duduk atas riba . Mak banyak keja la dik .... tolong beri kerjasama .

Dia dah mula tanya "ayah mane?" .... sabar la dik ...esok malam ayah balik . Ayah hari2 call sembang dengan anak-anak . Nampak macam dia lebih rindu ke anak-anak dari akak . Mak depa hanya dapat sms ... masa duduk jauh ni la ada can nak dapat sms2 yg romantik skit .


Conteng kertas takpe dik , jangan ko conteng dinding , jangan warnakan lantai , jangan mekapkan muka .

tak dan habis warna satu kertas , mintak yang lain pulak ...

Tuesday, March 6, 2012

.................. miss him


Takde mood nak update blog ... takde idea nak menulis ... mood dah dibawa lari ke Perlis sana . Selamat menjalankan tugas buat si dia . Semoga semuanya berjalan lancar di urusan dipermudahkan olehnya .

Sunday, March 4, 2012

Penat bila pembantu tetap takde

gambar dari arkib kami ..

Exhausted

Baru boleh mengadap PC .. dari petang tadi buat keja tak berhenti . Petang tadi bawak cik putih pi mandi dekat car wash . Nasib baik dekat je dengan rumah kami ... balik dari situ , singgah mini market .. beli ikan skit untuk masak esok . Pagi tadi dah pi K4 , tapi orang punya la ramai , so akak cancel nak memborong barang dapur . Tak kuasa nak beratur panjang2 ... dengan Akim ni pulak yang tak tau duduk diam ... stress nenek .

Lepas Magrib , akak terus sibukkan diri kat dapoq ... dah lama teringin nak makan laksa cuma penyakit M selalu jadi batu penghalang ... malam ni dah nekad , mesti buat jugak . Tapi kuah tu masih belum cukup sifat .... takdak daun kesum or bunga kantan .. esok kena turun bawah pi cari dekat amoi . Lepas tu melaksa la kite . Yang tak bestnya kuah kali ni pedas sikit.. kami kalau buat laksa selalunya tak pedas , so anak2 boleh makan puas2 .

Habis masak kuah laksa ... iron baju sekolah anak-anak ... sambil2 tu basuh kain jugak ... ahhh penatnya nenek . Nak mintak tolong anak-anak , kesian pulak .. depa ada ujian besok .. dah kena kerah baca buku . Wish orang itu is with me now. Miss him already .


Sayang bini tinggal - tinggalkan

photo from google search - TQ

Dua hari tak masukkan entry baru ... mood ke laut sikit . Malas nak memikir & menulis , kalau boleh 24 jam nak menempek dengan abang misai . Pagi ni dia dah bertolak ke utara tanah air untuk tugas luar ... dan tugas kali ni agak lama , sehingga akhir Mac then sambung di Lembah Klang sehingga hujung bulan April .

Nak tak nak , rela tak rela , kena jugak lepaskan dia pergi ... walaupun dengan hati yang sangat berat . Itu dah tugas dia . Jumaat dan Sabtu dia tak keja , maybe minggu ni dia boleh balik kot untuk celebrate birthday bini kesayangan dia ni .

Bila abang misai takde ni , semua benda nak kena buat sendiri ... dari hantar anak ke sekolah agama hinggalah ke pegi buang sampah . Nak kena balik lambat selepas sekolah sebab kena tunggu Nisha balik dulu . Kalau ada meeting , semua anak kena pegi awal dengan akak dan Akim pun kena hantar awal ke pengasuh . Ahhhhhhhhhh stressnya nenekkkk .

Takpe ... kejap je tu .. pejam celik , pejam celik nanti abis la bulan Mac ni . Ada orang yang lagi tak bernasib baik macam kami , ditinggalkan hingga 2 bulan , nak pulak yang kena duty di Sabah , Sarawak , lagilah tak boleh balik .. at least duty abg misai bulan April ni di Lembah Klang so dia dah boleh bersama kami time tu .

* semoga segala urusan abang misai & rakan2 di sana dipermudahkan olehnya .


Friday, March 2, 2012

Kami bakal berpindah ke flat baru

rumahku syurgaku 1996-2012

Semalam abang misai pegi cabut undi untuk rumah baru kami nanti ... blok baru nanti ada 13 tingkat . Much better dari flat sekarang . Nama pun flat baru .. so semuanya di sana serba baru la kan . Rumah sana ada 3 bilik and 2 bathrooms . Akak tak sempat nak pi tengok lagi ... abang misai dah pernah bawak anak-anak masuk situ .

Sekarang ni ada satu lagi tugas baru ... packing barang2 . Ini 1st time kami berpindah sejak kahwin . Abang misai pulak nak ke utara selama hampir sebulan untuk recruiting . Kena la buat spring cleaning dengan anak-anak la jawabnya . Sayang nak tinggalkan rumah sekarang .... penuh kenangan manis . Susah senang kami lalui bersama di sini . Walaupun rumah ni sangat sempit untuk kami ber7 tapi di sinilah syurga kami .

Antara gambar rumah kami yang masih dalam simpanan ... simple je . Ini masih belum pack dengan barang & anak-anak .

Dah tak ingat ini gambar tahun berapa ... yang pasti masa ni akak belum sambung belajar lagi ... tu yang nampak kemas je .... dan time ni anak-anak masih kecik ... barang depa pun tak banyak macam sekarang .

Time ni giler dengan English style ... Hinglish sangat la konon ... duit takde so buat cara ala kadar je la . Tapi yang ni lebih cantik dari keadaan rumah kami sekarang ni . Tahun 2012 ni banyak perkara baru berlaku pada kami ..... Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi .

Tak sabar nak masuk rumah baru . Agak-agak korang la ... kami bakal pindah ke tingkat berapa ?

Thursday, March 1, 2012

Lapang sikit sejak meeting semakin berkurang



Dah 2 minggu takde meeting setiap hari ... rasa lapang sikit .. tak terkejar2 nak buat itu ini di sebelah pagi dan takde la penat tahap gaban bila balik dari sekolah . Entah sampai bila nak rasa macam ni .

Minggu depan budak2 dah start ujian . Cuti sekolah ni bakal busy menanda kertas ujian la jawabnya . Sebenarnya cuti sekolah ni kami dah ada agenda lain , dan mungkin terpaksa plan awal sebab ada satu good new yang baru kami terima semalam . Tak boleh cerita selagi perkara tu tak menjadi kenyataan . Doakan yang terbaik untuk kami .

To be continue .....



Makin sempit , makin berabuk , makin berkarat ... & hilang?

Ini adalah koleksi keychain akak ... start kumpul keychains ni sejak 2 tahun lepas ... adik2 rajin jalan ke overseas ... ada jugak dari kawan2 dan anak2 murid . Selalunya bila dapat keychain or fridge magnet ni .. letak rata2 ... lama2 hilang lagu tu je or rosak . Bila dah kumpul ni , nampak la kita ni menghargai pemberian orang .

Ruang dah makin sempit ni ... dan yang tak bestnya bila tengok ada yang dah berkarat besinya ... sebab tu sekarang ni bila sapa2 bagi keychain akak tak bukak dari plastik . Masih takde budget & kesempatan nak pi cari soft board yang ada cermin tu . Kat mana ada jual ? Ingat nak pi tempah je ... tapi tentu mahal kan ?

Beli masa pi Langkawi Januari lepas ... keychain Afrika tu adik belikan masa dia outstation kat sana . Sejak beli sofa baru ni , hari-hari ada je keychain akak yang missing dari board ni ... keja sapa lagi kalau bukan si budak kecik Akim tu ... kami terpaksa letak sofa di situ ... ngam2 untuk dia capai keychains yang bergantung di dinding belakang sofa . Nasib baik dia tak buang kat luar ... still boleh jumpa balik kalau dia buat main dalam rumah .

Antara yang dah berkarat besinya ... sayangnya . Nanti free nak cuci & wrap dengan plastik .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails