Sunday, September 30, 2012

Tahniah team sofbol bawah 11 tahun SKPT2







Tahniah Meen & the gang .... dan tahniah coach SKPT2 , cikgu Haiyazi  ... 
gambar-gambar : credit to Cikgu Haiyazi .




Sayang anak bini ditinggal - tinggalkan ...


Selamat berhujung minggu , minggu ni kami tak boring sebab orang tersayang pulang ke rumah ... anak-anak pun dapat bermanja dengan ayah depa ... budak kecik tu pun dah baik dari demam dan sakit tekak cuma masih batuk sikit-sikit ... tak nak pantang langsung , asyik bukak peti ais minum air sejuk .... sama degil macam mak dia kalau bab batuk ni ... sekarang akak pulak sakit tekak dan sakit2 badan ... rasa macam nak demam . Takpa , mak sanggup tanggung semua ni alaskan anak-anak mak sihat . 


Budak Akim ni sangat rindu dengan ayah lately , tido malam asyik meracau panggil ayah .... kesian dia . Tak sabar nak tunggu ayah habis duty di sana ... huru - hara hidup kami tanpa abang misai ... 2 bulan satu penyiksaan fizikal dan mental ... janganlah ditambah lagi tempoh yang ada ... kalau tak  , kami isteri-isteri yang ditinggalkan ni akak lebih tersiksa ... bukan senang nak uruskan rumahtangga dan anak-anak sorang diri . 


Kesian anak ayah yang sorang ni . Tak puas nak bermanja , ayah dah nak balik sana .... mak dia pun sama ... hehehe. Sapa tak sayang laki oi ?

Thursday, September 27, 2012

Makin lalu makan bila ditinggal - tinggalkan ....

Satu lagi entry sebelum beradu ... sebenaqnya mata dah ngantuk sangat ni . Saja gagah nak mengarang di malam Jumaat yang syahdu ni ... miss my boyfriend so much ... tadi call dia tengah main badminton dengan kawan2 . Elok la tu , perut dia pun makin ke depan . Kalau dia keja di sini , dalam seminggu ada la dalam 3-4 kali dia pi court badminton .

Bini abang misai pun tak kurang hebatnya ... orang lain kalau takdak laki , makan tak lalu , tidur tak lena , mandi sure-sure basah punya ... akak pulak terbalik , makan makin lalu dan tido selalunya letak kepala terus zzzzzzzzzzzzzzz .... badan dah terasa semakin memberat ... peha dah hampir bertemu ... takut nak naik atas penimbang .

ANAK-ANAK


Budak Akim tak berapa sihat minggu ni , bermula dengan sakit tekak , sekarang dah kurang tapi batuk la pulak ... badan dedar2 ... jangan la demam lagi . Tapi Alhamdulillah dia tetap aktif dan mau makan . Bila sakit asyik nangis sebut ayahhhhhhhhh .

Hero yang lagi sorang tu pun dah mula batuk dan selsema ... tapi dia tu banyak auta daripada fakta ... kadang2 alasan yang dia bagi tak boleh pakai . Hari ni dia tak ke sekolah agama ... katanya pening , nangis macam sakit sungguh ... malas nak layan , akak suruh je dia tidoq dan jangan harap nak keluar pi main dengan kawan-kawan ... kata tak sihat kan ? mana boleh keluaq rumah . Duduk la mengadap tv sampai malam .







Meen pulak terlibat dengan perlawanan sofbol luar musim sejak hari Selasa ... sekolah kitaorang dapat naib johan bagi team perempuan . Tahniah jurulatih ( juruletih) sekolah , Cikgu Haiyazi yang tak jemu2 latih diaorang pagi petang ... Meen dah lama tak pi sekolah agama sebab terlibat dengan latihan Sofbol ... akak bagi dia peluang dan galakkan dia sebab tak nak dia jadi kaki bangku macam mak dia .... semua game tak reti main . Kat maktab dulu aktif dengan aktiviti rekreasi luar je .. tapi di sekolah mana ada aktiviti macam tu .







Nisha pulak tak banyak cerita tentang budak debab tu .... makin membesaq bagai johan ... saingan tak sihat bersama mak dia ... cakap je nak diet , tapi entah bila nak start entah ... sikit hari lagi baju mak hang pun dah tak boleh Nisha pakai . Sejak ayah outstation ni Nisha kena pi dan balik sekolah jalan kaki ... muka monyok je bila balik ... penat sangat la tu . Takpa , bukannya mak tak boleh pi ambik cuma mak nak bagi Nisha exercise skit .

Husna dah banyak hari tak call rumah ... rasanya dia tengah busy dengan exam or test kot ? rindu la pulak dengan anak sulung kami ni .

Minggu Kempen Hijau


Satu lagi aktiviti yang dijalankan pada Minggu Kempen Hijau iaitu Peta Minda . Aktiviti dijalankan secara berkumpulan antara 3 - 4 orang murid . 








Moga apa yang dihasilkan dan dipersembahkan pada hari tersebut dapat sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak kecil ini akan pentingnya menjaga alam sekitar kita .


Wednesday, September 26, 2012

Operasi menghias bilik seni

Entry kali ni nak tepek gambar bilik seni ... bilik ni akak yang jaga ... asalnya makmal komputer ... bila sekolah dah dapat bangunan makmal komputer yang lebih besar , bilik ni jadi bilik SUP dan sekarang share dengan bilik seni .. dah lama minta nak adakan satu bilik seni , akhirnya dapat jugak .. GB pun dah usahakan untuk pasang sinki ... walaupun airnya tak berapa deras tapi ok la daripada tak ada . 

Masih lagi dalam proses deko - mendeko ... tak de masa sangat , dihimpit dengan beban tugas lain . Bilik ni jugak selalu kami guna untuk kelas tambahan tahun 6 . Akak suka bawak budak ke sini sebab bilik ni sejuk walaupun tak ber-aircond .

Pagi tadi kelas block .. so sempat la menghias mana-mana yang patut ... bila la nak free , nak jahit curtain simple2 untuk bilik ni .


Akak suka ambik gambar .... sebahagian gambar warga sekolah yang akak montajkan .

Bila kelas melebihi guru yang ada .... block


Semalam takde entry ... sibuk maklum la cik abang balik ...tapi baliknya sekejap sangat , sampai rumah pagi ..lepas Magrib dah bertolak balik ke PD ..naik motor pulak tu .. sungguh risau akak selagi dia tak selamat sampai ke sana . Bila dia call bagitau dia dah sampai ...barulah lega rasa hati . Syukur Alhamdulillah .

Hari ni pegi sekolah seperti biasa .... tapi cikgu yang tinggal di sekolah hanya beberapa kerat je , ramai sangat yang keluar kerana berkursus , game sofbol dan lain-lain ... bila bilangan kelas melebih guru yang ada di sekolah , maka jawabnya kena block la jadualnya .. duduk dalam kelas yang sama dari awal sampai la balik . 

Nasib baik sebelum rehat kami conduct aktiviti di dewan sempena Kempen Hijau . Akak dan sorang lagi cikgu incharge aktiviti kolaj Tahap 1 . dengan bertemakan kempen hijau macam - macam lukisan ( kolaj ) yang murid - murid Tahun 1 , 2 dan 3 hasilkan . Aktiviti kami buat di dewan so lebih senang nak handle murid . 

Ada yang meniarap , tekun memotong dan menampal ... tak kisah la , janji asal hasil yang menarik di penghujung aktiviti ... lupa pulak akak nak ambik gambar contoh - contoh kolaj yang cantik ... esok plan nak bawak kamera lagi , so boleh la tangkap gambar kolaj2 tu .


Monday, September 24, 2012

Akhirnya


Syukur Alhamdulillah , akhirnya ... pengorbanan yang berbaloi . Terima kasih semua .

Tak layak mengajar budak kecik

Salam hari Isnin ,

Monday blues ... keja banyak tapi penyakit M menguasai diri . Dah banyak hari tak masuk kelas tahun 1 ... sekali masuk dah pening kepala .... memang akak tak layak la mengajar tahun 1 ni ... akak tak cukup penyabar nak layan kereneh budak-budak kecik ni .... dan akak tak cukup garang nak suruh budak-budak yang aktif ni duduk diam .



Sejak akak mula posting tahun 1996 , akak dah terbiasa mengajar budak Tahap dua , tahun 4 , 5 dan 6 ... kalau kena ngajar budak2 tahap 1 pun hanya untuk subjek minor spt seni dan muzik . Budak - budak tahun 1 kali ni memang aktif semacam compare to previous years . Hanya 1 kelas dan dalam kelas tu la ada yang pandai dan ada yg tak tau baca ... ada yang dengar cakap dan ada yang tak makan saman ...depa bukan takut dengan akak ni ... nampak je garang .


Akim sakit mulut

gambar arkib kami


Dia tak nak makan 
Dia tak nak minum banyak 
Dia asyik merenget
Tido malam dia asyik tergangggu
dan tidur mak dia pun terganggu sama 
dia asyik merungut "Mak!.. Atim sakit mulut"
kesian baby mak ... cepat sembuh ya sayang.

Sunday, September 23, 2012

Weekend yang amat membosankan

photo from google search ..TQ


Weekend yang sangat membosankan tanpa dia .... takde mood nak buat apa , petang tadi sempat jugak buat taik mata . Nasib baik orang atas buat bising tak lama ... merasa jugak la mak tido petang .

Tido dikejutkan dengan kehadiran tetamu ... ex-pengasuh Haikal datang rumah ... tadi pagi kan dia bawak Haikal balik rumah dia masa akak jumpa dia di NSK . Hanya jamu air dan nugget je .... mood malas la ni .

Tetamu balik jam 8 malam , Lepas tu baru akak sambung buat keja rumah . Mop lantai malam2 sebab budak kecik tumpahkan macam-macam . Then iron baju sekolah anak-anak dan baju sendiri . Now dah penat . Anak-anak pun dah siap makan malam , now melepak layan kartun . Mak depa pun kejap lagi nak landing ... golek-golek menanti mata mengantuk .

Dia buat dah ?

Baru berangan nak zzzzzzzzzz lepas zohor nanti tapi boleh ke lena kalau orang atas dok membingit ? Dia buat pelamin baru la tu ... tengah drilling apa la pulak ... punya la kuat bunyi . Geram tapi apa kami mampu buat , kalau orang lain maybe dah pi ketuk pintu suruh dia jangan buat bising . Itu belum lagi operasi mengetuk , tunggu la kejap lagi . Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Keja rumah dah settle , semua dah makan ... sekarang ni tengah berehat-rehat . Nisha dah pun zzzzzzzz , si kecik tu je masih dok aktif main dalam rumah . Haikal pulak ikut ke rumah bekas pengasuh dia di Setiawangsa ... jumpa masa akak pegi beli barang dapur di NSK pagi tadi ... suami kakak tu akan hantar Haikal balik petang nanti .

* miss my abang misai very much ... hujung minggu tanpa dia sangat membosankan ... takde mood .


Saturday, September 22, 2012

Ketagih nak membokeh ... bila la nak ada kesempatan ?

Gambar-gambar yang akak ambik sekitar majlis penutupan Bulan Patriotisme di sekolah kami pada hari Selasa lepas ( 18 September 2012 ). Kadang kala tu terasa gian jugak nak menembak , nak bawak selalu sayang pulak camera akak tu ... sekali sekala boleh la . Cuti sekolah ni plan nak belajar ambik gambar dengan lebih baik . Banyak lagi nak kena belajar .

Pertandingan Pakaian Tradisional 

Persembahan cikgu-cikgu.
Nyanyian lagu patriotik






Boboi boy kami demam .


Semalam tido akak terganggu ...... mana boleh tidur nyenyak kalau anak demam . Dah la abang misai takde di sini , kalau tak boleh la bergilir-gilir tenggokkan anak . Boboi boy kami demam , time dia jaga tak la panas sangat suhu dia tapi time dia tidur badan dia agak garing . Risau akak , selebelum tido dah bagi minum ubat demam tapi dia muntah la pulak dan Akim dah tak nak minum lagi sekali . 

So sepanjang malam kerja akak ialah menjelum kepala dia dengan air ... takut dia tarik . Sekarang ni mata akak dah mengantuk sangat . Budak Akim pun dah bangun , pagi ni tinggalkan dia dengan Nisha kejap . Nanti dia dah siap mandi dan makan , akak akan balik ambik dia bawak pegi sekolah .... nak buat macam mana dah terpaksa . 

Kalau ikutkan hati mau je bercuti dan qada tidur di rumah .... tapi hati ni tak boleh diikutkan sangat . 

Friday, September 21, 2012

Terlepas rindu walaupun sekejap .



Balik sekolah tadi , masuk je rumah Nisha dok tersenyum sorang-sorang , lepas tu siap bisik-bisik dengan yasmeen .... ni mesti ada apa-apa . Akak syak ayah depa balik rumah ... so akak buat dono je ... terus pegi dapuq bukak lauk yang dibeli di kantin sekolah .... tak lama lepas tu ...semua pakat jerit termasuk la si abang misaiku itu " Suprise! " .... suprise la sangat .... suprise apa ke bendanya .. anak-anak ni memang tak pandai langsung simpan rahsia .... dari air muka korang mak dapat baca apa yang tersurat dan tersirat ... cheewaahhh .

Terkejut jugak sebab my boyfriend tu cakap weekend ni dia tak dapat balik ... tup-tup dah sampai rumah , rupanya balik sebab ada hal , nak ambik barang ... sampai rumah pukul 11.30 , then pukul 2.30 dah balik semula ke PD .... takpe la ... janji terubat rindu kami semua . Tambah pulak budak Akim tu baru je demam ..... walaupun amat memerlukan dia tika dan saat ini tapi terpaksaku relakan dia pergi ( huhh ... ayat jiwang karat ) .... katanya dia akan cuba balik Selasa ni ... cuti 1 hari selepas duty 24 hours .

Esok sekolah ganti .... akak tetap akan ke sekolah ... CRK hanya tinggal 2 hari je , so kena simpan ... mana la tau ada emergency case in future , tapi mungkin akak akan balik rumah kejap ambik budak Akim tu lepas Nisha siap mandikan dia esok dan bawak Nisha sekali untuk mengasuh adik dia .

Thursday, September 20, 2012

Kisah Birthday Boy

Kesian birthday boy kami .... hari istimewa Haikal Ali berlalu tanpa sambutan yang istimewa ... mak penat la sayang dan mak tak berani la nak drive malam-malam bawak korang keluar pi makan ... nanti ayah balik kita celebrate semula ya ... nasib baik dia pun faham keadaan mak dia ... tak sampai mengamuk nak itu ini . 

Bila tengok dia dah lena ni kesian la pulak .

Haikal ni boleh tahan jugak la lasaknya ... lepas balik sekolah agama mesti turun padang sebelah blok untuk main bola dengan kawan-kawan ... nak larang pun tak sampai hati .. dia budak lelaki , main dengan kawan2 sebaya tu jadi satu kemestian . Selagi dia tau balik rumah sebelum Magrib , dia akan dapat green light la untuk turun bawah . 

Last week masa exam UPSR , akak suruh dia duduk rumah je , tak payah ke sekolah . Lepas Nisha ke sekolah dalam pukul 12 tghari , Haikal bawak masuk gang dia yang sama-sama tak pi sekolah , ... on laptop mak dia dan entah apa laigi yang depa buat ... sejak hari tu sorry la mak nak bagi Haikal duduk rumah time mak takde ... macam mana mak tak suka Haikal pegi masuk main dalam rumah orang , macam tu la juga mak tak nak Haikal saja2 bawak masuk kawan ke rumah kita .... tambah-tambah lagi time mak dan ayah takde kat rumah . 

Jaga anak lelaki ni susah sikit bagi akak ... kalau anak pompuan tu senang dengar cakap .... tapi dua hero sorang ni suka buat something tanpa fikir akibat dari perbuatan dia dan dia adalah Tok guru terbaik bagi Hakim Ali  . 



Happy Birthday Haikal Ali


Happy 8th Birthday Ahmad Haikal Ali . Dah makin besar hero sulung kami ni .... tapi dia tetap lasak dan sedikit nakal ... biasa la kan anak lelaki , nakal Haikal masih boleh dikawal dan dia masih takut dengan mak dan ayah . Moga Haikal berubah menjadi anak yang lebih rajin dan tekun dalam pelajaran , jangan banyak main sangat .... love you so much . Tunggu ayah balik baru kita keluar celebrate birthday Haikal ya.


Wednesday, September 19, 2012

Wish you're here .



Mata belum boleh lelap walaupun badan dah terlalu penat .... mungkin sebab hati yang lara merindui orang di sana .... wish he is here with us ... sangat memerlukan dia . Penat nak urusan rumah , anak-anak dan tugas di sekolah tanpa bantuan dia .

Hari ni berada di sekolah lebih lama ... habis kelas bersambung dengan aktiviti kokurikulum , then aktiviti 1 murid 1 sukan berlarutan sampai pukul 6 petang . Terpaksa balik kejap lepas sekolah ambik budak Akim sekali . Tak nak menyusahkan pengasuh dan kalau boleh akak nak spend time with him too , kalau akim duduk dengan pengasuh sampai petang , jawabnya tak dapat la dia nak bermanja dengan emak ..sebab bila balik rumah dah senja , mak pun dah terlampau penat dan tak larat nak layan akim .

Akim well behave di padang tadi ... suka tengok dia main . Balik rumah dia terlelap lepas Magrib ... penat sangat la tu . Keja akak bersambung semula ... basuh kain baju sehingga selesai ... kemas rumah ala kadar je . Iron baju semua untuk pakai esok ... then , layan anak-anak tengok tv kejap ... now depa dah sleeping soundly ... mak depa juga yang dok terkebil-kebil tak boleh nak lelap .


* berdoa agar dia dapat balik minggu ni ... 

Tuesday, September 18, 2012

Susahnya menjadi seorang 'emak'

gambar arkib kami

Si emak duduk depan laptop menyiapkan lesson plan untuk esok , sambil2 mengadap fb dan buat a few entries di blog kesayangan ni . Anak-anak membingit di depan tv ... yang cerdik dok mengusik Akim yang tak berapa yang berakai tu ... tu la keja depa hari2 ... tak sah hidup depa kalau tak mengusik adik .

Kalau dulu akak marah jugak bila budak2 ni buat bingit , tapi sekarang ni akak biaqkan saja . Malam2 ni la depa nak main adik beradik , masa ni la akak boleh tengok bonding yang kuat antara depa . Macam akak dan adik-adik masa kami kecik - kecik dulu . Bila dah bertambah umur ni .. dah nak masuk angka 4 tahun depan , makin malas nak berleter . Simpan sikit untuk hari tua kata Tok Som .

Tapi kesabaran mak terduga jugak malam ni bila si anak ditangkap menipu Magrib tadi .... menipu apa ? ..menipu bab solat ... katanya dah tapi sebenarnya belum ... dah la berdosa dengan tuhan sebab tak solat , ditambah pulak dengan berdosa menipu emak . Tolong la ank-anak mak ... jangan la buat mak macam ni . Mak kalau boleh tak nak marah-marah dah ... korang dah besar , dah cerdik , dah tau yang mana boleh buat , yang mana tak boleh , yang mana dosa dan yang mana pahala . Dah lama sungguh mak tak naik tangan sebab mak tau korang dah besar panjang .. tapi tadi kesabaran mak dah tipis bak kulit bawang . Maafkan mak wahai anak , ambil pengajaran dari apa yang berlaku , jangan ulang lagi sifat yang tak elok tu . Mak pun bukannya suka nak marah-marah dan naik tangan ni .


DSV Tahun 2 : Mewarna teknik Gosokan

Selain mengajar BI akak mengajar jugak subjek Dunia seni visual ( DSV ) ... entry kali ni akak nak share salah satu aktiviti DSV Tahun 2 ... mewarna gambar robot dengan teknik gosokan .... aktiviti ni dah lama buat dengan diaorang ni , semester 1 cuma malas nak transfer gambar dari hp cap ayam akak tu ke laptop . Seperti biasa aktiviti DSV sangat ditunggu-tunggu ... aktiviti gosokan pada permukaan yang mempunyai texture ni asalnya kami nak buat di luar kelas ... murid2 dah siap turun bawak pensil warna dan kertas .... malangnya hujan la pulak on that day ... so plan terpaksa ditukar , dari outdoor menjadi aktiviti indoor ... bila dah buat indoor ni nak cari surface yang ada texture susah la sikit ... tak banyak pilihan ... hinggakan permukaan tingkap pun jadi ... tapi jangan risau aktiviti ni 100% di bawah pengawasan akak ... dan diaorang pun buat dengan berhati-hati .

Segala macam benda yang ada texture jadi bahan ujiakaji .... benda lain yang diaorang guna adalah duit syiling , hingga cover hp teacher Yanti pun jadi mangsa .


Alhamdulillah objektif P&P untuk hari itu berjaya walaupun dibuat dalam kelas .

*p/s..gambar kurang cantik , malas nak angkut DSLR ke sekolah .

Monday, September 17, 2012

Popular bila sudah tiada .... tak nak macam tu .

photo from google search ..TQ

Walaupun blog ni jarang ber-update masih ada yang sudi singgah ke sini saban hari ... korang lah semangat akak untuk terus menulis ... selain catatan harian kami , entry-entry di blog 'Kami in the house' juga sebagai bahan bacaan kawan-kawan cyber ... akak pun suka baca cerita di blog orang lain ... pengalaman suka duka , parenting , skodeng menu masakan yang mengancam .

Blog kami ni tak ler famous ... purata visitors ada la dalam 60 per day ... kalau terlebih rajin buat entry , maka lebih sikit la visitors yang berkunjung ke sini .... tapi akak perasan la kan ... ada blog yang famous setelah tuannya tiada lagi ... setelah musibah berlaku dalam hidup tuan punya blog . Tak nak la macam tu kan ? biarla orang kenal kita semasa kita masih ada ... bukan sebaliknya .

Buat pengunjung setia dari KL , Indonesia , Mountain View , Ipoh , PJ , Sarawak , Penang , Kedah Brunei dan lain2 akak hargai kunjungan korang ... sekali sekala tu tinggal la jejak terutama buat silent readers blog kami .

Penantian satu penyiksaan

Cik abang dah balik ke PD semula pukul 9 mlm tadi ... dengan berat hati terpaksa relakan dia balik bertugas di sana . Minggu depan belum tentu dia boleh balik ... dia kena duty on Saturday & Sunday ... unless kalau ada orang tukar , baru boleh balik jenguk kami ... sedih jiwa raga bila fikirkan tak dapat jumpa 2 minggu ... sabar je la.
Pejam celik pejam celik sebulan dah berlalu abang misai bertugas di PD ... tinggal lagi 1 bulan .. lepas Aidiladha dia akan kembali ke Pulapol . Harap2 tak kena sambung lagi lepas tu ... terasa susah sgt hidup tanpa suami ... anak-anak tanpa ayah ... hanya yang berada di tempat yang sama je akan faham . 

* sentiasa berdoa agar kami semua sentiasa dalam peliharaanNYA ... mintak dijauhkan segala perkara2 yang tak diingini .



Deko-deko bersama Abang Misai

Semalam seharian kami keluar mencari barang untuk deko rumah baru kami ni .... duit yang tinggal seredak tu kalau biar dalam tangan sure habis macam tu je ... so kami pun ronda2 la cari barang baru . Mula2 kami pi Fella Design sampai ke Bukit Subang sana ... niat nak beli stool ... suft kat internet katanya ada sale tapi bila pi sana takde la pulak ... so batal niat nak beli stool .. tunggu FD sale nanti . 

On the way balik dari Bukit Subang , my abang misai said " Apa kata kita beli lampu ?"... so kami pun singgah kedai lampu yang buat sale . Maka balik la kami dengan lampu baru untuk ruang menonton ... sesuai ke ? Romantik la sikit .... tapi romantik takde makna ... orangnya bukan duduk di sini pun . 



Lampu 3 beradik ni akak yang pilih .... cantik tak cantik kena terima la jugak .... bukan nak switch on selalu pun sebab ruang menonton ni kami jarang bukak lampu . Akak ni silau . 

* sejak pindah sini , abang misai rajin mendeko dan mengemas .... I likeeee . 


Jamuan Raya Tahun 6

Jumaat lalu , sehari selepas selesainya UPSR , murid2 tahun 6 sekolah kami adakan jamuan raya di bilik PSV . Best buat makan-makan ni time hati dah lega , lepas segala bebanan dan stress lately . Semua dah berusaha , tinggal tunggu hasilnya nanti . 

Murid-murid tahun 6 bawak makanan dan minuman yang cukup banyak .... macam-macam ada ... cikgu-cikgu pun pakai bawak sorang sikit . Akak buat nasi lemak , tapi sambal akak tu agak pedas untuk budak2 .

Muka - muka ceria dah habis periksa . Nanti keluar result macam mana la rupa korang ye ?

Makanan banyak sangat so adik-adik kelas bawah pun dijemput sama ke jamuan ni . Terima kasih buat semua guru dan murid Tahun 6 yang menjadikan majlis kita meriah . Selaku tuan rumah
 ( Penyelaras bilik PSV ) terima kasih akak ucapkan kerana cikgu2 sudi tolong kemas selepas acara makan-makan selesai .

Thursday, September 13, 2012

Operasi mencuci tetap diteruskan .

Dah lama plan nak cuci sarung sofa ni ... tapi asyik tertangguh je . Bila dah lapang sikit ni cuaca pulak tak elok .. dah berapa hari asyik hujan je  . Akak basuh jugak dan sidai dalam rumah je ... dah kering pun ... esok2 la pasang sarung ke sofa tu sebab malam ni sibuk masak untuk jamuan Tahun 6 esok . lesson plan pun tak siap lagi ni .

sidai di kerusi makan je ... nasib baik takde orang mai rumah . 
dua budak nakal ni pi bergomoi atas sofa putih tu pulak ... stressnya nenek .

terpaksa sidai kain baju di dapur dalam cuaca yang tak menentu ni ... balcony kami masih belum ada awning .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails