Wednesday, September 19, 2012

Wish you're here .



Mata belum boleh lelap walaupun badan dah terlalu penat .... mungkin sebab hati yang lara merindui orang di sana .... wish he is here with us ... sangat memerlukan dia . Penat nak urusan rumah , anak-anak dan tugas di sekolah tanpa bantuan dia .

Hari ni berada di sekolah lebih lama ... habis kelas bersambung dengan aktiviti kokurikulum , then aktiviti 1 murid 1 sukan berlarutan sampai pukul 6 petang . Terpaksa balik kejap lepas sekolah ambik budak Akim sekali . Tak nak menyusahkan pengasuh dan kalau boleh akak nak spend time with him too , kalau akim duduk dengan pengasuh sampai petang , jawabnya tak dapat la dia nak bermanja dengan emak ..sebab bila balik rumah dah senja , mak pun dah terlampau penat dan tak larat nak layan akim .

Akim well behave di padang tadi ... suka tengok dia main . Balik rumah dia terlelap lepas Magrib ... penat sangat la tu . Keja akak bersambung semula ... basuh kain baju sehingga selesai ... kemas rumah ala kadar je . Iron baju semua untuk pakai esok ... then , layan anak-anak tengok tv kejap ... now depa dah sleeping soundly ... mak depa juga yang dok terkebil-kebil tak boleh nak lelap .


* berdoa agar dia dapat balik minggu ni ... 

2 comments:

jay said...

Biasalah makcik...
penantian itu satu penyiksaan...

Dia pun musti sedang rindukan kalian jugak!

yantisa said...

time penat ni la air mata senang je mengalir .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails