Thursday, May 9, 2013

Cerita rojak

gambar takde kaitan ... rindu nak merempit ke kedai mamak


Salam malam Jumaat ,

Malam ni boleh la menempek depan pc sebab cuti bendera merah ... baru merancang nak turun ke surau tadi petang tapi hajat tak kesampaian .

Hati lapang sikit sebab budak-budak Tahap 2 dah start exam hari ni , so takde la sakit tekak mengajar .. hari Khamis kelas akak hampir penuh ... selepas rehat masuk kelas sampai balik ... tadi pegawai2 PPWK datang memantau sekolah kitaorang. Nasib baik la depa tak masuk tengok akak mengajar Tahun 2 .. ada seni dan BI petang tadi ... kakak sebelah meja akak kata apa nak takut bila dah siap semuanya ... memang la mengajar macam biasa ... lesson plan pun siap cuma perasaan tak selesa bila ada orang nak duduk tengok kita mengajar tetap ada walaupun dah lama mengajar .

Dah lama tak bercerita tentang anak-anak .. depa sekarang dah mula exam pertengahan tahun ... Meen dah 3 hari tak masuk kelas , dia wakil sekolah dalam pertandingan sofbol wilayah Keramat ... team perempuan sekolah kitaorang dapat tempat ke 3 ... dah hitam terbakaq kulit Meen . Nasib baik tak terpilih untuk mewakili W.Keramat ... dia dah banyak ketinggalan dlm pelajaran .. ayah dan mak dah mula risau ... Meen tak sama macam Kak Una ... takut prestasi dia jatuh kali ni .... so sekarang masa untuk dia study betul-betul . Kalau tak ok result kali ni , sorry la ayah nak bagi green light untuk join sukan next year ... bukan semua anak mak berpotensi untuk dapat 5A ... so kalau dah nampak macam ada peluang tu lebih baik gilap dari sekarang ... sukan tu , join sikit2 udah la . Kalau jenis yg boleh pergi dalam dua2 bidang mak dan ayah tak kisah ... tak nak la yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran .

Kak Una start exam next week ... tahun ni dia PMR ... tinggi harapan mak ayah agar dia boleh dapat 9A . Dia pun teringin nak merasa ke boarding school ... masa UPSR dulu dah takde rezeki ... hopefully kali ni ada peluang dia . Insha Allah .

Stop sini dulu ... mata dah berat sangat , cik bantal dah memanggil-manggil .



2 comments:

meera said...

Kak.. Sampai bila upsr n pmr ni? Slalu jek dgr kata x lama lg xde da upsr n pmr.

yantisa said...

meera, upsr ada lagi 2 tahun , lps tu PBS ..PMR rasanya thn ni last , anak akak yg form 2 tu dah start PBS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails