
Sempena Hari Ibu Ahad ni , sepanjang minggu asyik terkenangkan emak tersayang yang berada di kampung ... dah call mak semalam . Kalau akak busy or terlupa mak akan miss called ke akak . Kami adik beradik sangat rapat dengan emak .. mak adalah segala-galanya bagi kami selepas abah meninggal . Bila dah kawin , masing-masing dah punya keluarga sendiri , tinggallah emak di kampung dengan adik lelaki yang special tu . Nasib baik ada dia dan adik-adik lain yang tinggal berdekatan .
Akak dan emak punya persamaan .. masa muda - muda muka akak banyak ke arwah abah ... tapi bila makin berumur ni ada iras-iras emak la pulak . Senyum kami sama kan ? emak tetap manis walaupun semakin dimamah usia . Moga emak akan sentiasa dalam lindunganNYA dan sihat selalu .
Sayang emak forever .
* TQ adik Ann buatkan header yang cantik ni untuk cover fb kak ti .
No comments:
Post a Comment