Wednesday, June 10, 2020

Rutin PKP yang akan dirindui



Hikmah di sebalik musibah . Kami akan merindui rutin PKP ini . Sepanjang terkurung di rumah , banyak aktiviti keluarga yang kami buat . Aktiviti memasak dan makan-makan . Bercucuk tanam walaupun takdak laman . Yang paling akan dirindui adalah solat berjemaah lengkap sekeluarga diimamkan oleh ayah . Berterawih bersama dan bertadarus setiap malam dan selepas solat subuh . 


Bertadarus sekeluarga sepanjang Ramadan yang tak mungkin dapat dilakukan jika tiada pkp . Selama ni ayah dan anak lelaki akan bertadarus di masjid or surau . Tahun ni semua aktiviti Ramadan dilakukan  di rumah as a family . 


Kami masih lagi solat berjemaah sehingga hari ni sebab emak dan anak masih belum ke sekolah . Hanya ayah sahaja keluar bekerja . Emak WFH dan anak-anak hanya ada kelas online . 


Emak tetap teruskan belajar mengaji dengan ayah setiap hari selepas solat subuh . Bacaan emak masih banyak yang perlu diperbetulkan . Kami sama - sama belajar . Ayah masih sama , bangun seawal 4 lebih untuk bertahajud ... emak ikut serta tapi lewat sikit la . Ini ketenangan dan bahagia yang sebenarnya emak cari ....sebab emak tahu emak terlalu sikit bekalan dan terlalu banyak dosa . Ayah adalah pemimpin keluarga yg terbaik .... walaupun sedikit garang . 


* Best menulis di sini semula .... bebas untuk meluahkan tanpa takut apa tanggapan orang . 



Tuesday, June 9, 2020

Start using Goodnote 5


Tuesday , 9th June 2020


Hari ni emak start guna apps baru . App yang memudahkan emak untuk membuat nota . Ada banyak pilihan dan emak pilih Goodnote 5. Sebagai permulaan emak organize semula emak punya lesson plan sepanjang pkp ni . Biar nampak terurus sikit dan sebagai bukti kalau ada yang minta nanti . 



Emak juga tengah dalam proses print worksheets untuk murid . Nanti emak akan jadikan booklet dan parents boleh datang ambik di sekolah untuk latihan di rumah . Anak-anak murid di sekolah kami tak sama dengan murid lain . Kebanyakkan takde hp sendiri . Line internet pun limited membataskan cikgu untuk buat zoom or google meet classes . Cara mana pun ok , janji lesson ada berjalan walaupun sedikit . Emak memang rasa bersalah sebab tak dapat mengajar dengan sempurna . Moga cepat keadaan pulih dan kita dapat ke sekolah semula . 

#pkponlinelesson
#stayathomeday84



Monday, June 8, 2020

Tilam lama tujar baru



Tilam ! Tilam !
Tilam lama tukar baru !

Dah mintak banyak minggu dah nak beli tilam baru . Tilam yg ada sekarang dah rasa spring . Ayah beli murah- murah masa kami mula pindah ke blok baru ni dulu , back in 2012 . Emak kalau boleh nak tilam yg sedap tidoq . Ayah nak beli hat morah jugak tapi emak berjaya jugak pujuk beli hati elok sikit kali ni . Alah membeli , menang memakai ..... yo la tu .

Di rumah memang emak banyak duduk dalam bilik ... sebab sakit bontot ( tailbone pain ) emak masih belum pulih sejak awal tahun . Kalau balik rumah mertua macam mana la nanti . Emak memang banyak baring je kalau di rumah . Kalau duduk lama-lama memang terasa sakit sangat . 

Agak-agak tilam mana yang emak beli ? Adakah emak akan lebih lena tidoqnya ? Tunggguuuuuu 

Kenangan PKP 2020



Di sini emak copy and paste kenangan apa yg viral semasa pkp 2020 sebagai kenangan . Terima kasih penulis asal catatan ini .

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.
2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.
3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).
4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku br je left group ni kelmarin, too many pretentious people yg nak kan perhatian).
6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dgn aku-aku pun emo sama!)
7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah
8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)
9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).
10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.


Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah.  Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula.

C&p je..

PKP 2020 , Kenangan dalam hidup



PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails