Aku amat bertuah kerana keluarga amat memahami . Abang misai tak beri masalah kepada aku malahan dia pun nampaknya dengan ikhlas merestu perjuangan bininya. Anak-anak pun macam biasa saja...cuma aku kena biasakan diri belajar dalam keadaan bising. Meja makan dah diletakkkan di ruang tamu ..bagi aku biarlah anak - anak di depan mata ketika aku buat ulangkaji dan kadang kala kami buat ulangkaji sama- sama. Kalau aku buat keja dalam bilik , alamat anak-anak buat hal masing2 la. Printer pun aku dah ubah ke depan.
Inilah member-member kelas aku . M1.2 , kelas yang agak happening..kelas kami agak aktif dibandingkan dengan kelas - kelas lain. Best berada dalam kumpulan ni. Dengan rakan - rakan guru yang berbagai ragam , ada yang pendiam , ada yang riuh -rendah dan ada jugak yang suka buat lawak. Semua ni membuatkan kami kurang stress dan minat belajar...ia la tu.....he..he
No comments:
Post a Comment