Wednesday, November 19, 2008

Kesian anak-anak mak

Salam Selasa 18 Nov
Pukul 6.20 kak yan dah bangun..seperti biasa on laptop dulu...connect streamyx...then mandi..solat...kejutkan dua orang anak dara tu untuk solat subuh...Meen pun bangu sekali..dia offer diri untuk pegi beli breakfast di Blok D..nasi lemak 3 bungkus , meehoon goreng sebungkus dan donut 3 ketul...

lepas solat online kejap..pastu Siapkan diri untuk ke sekolah..7.30 hantar Haikal ke rumah kak Wik..hanya di tingkat atas je tapi penat jugak mendukung Haikal yang masih tidur..yang tak tahannya nak menapak naik 20 anak tangga..Hari ni kami cikgu-cikgu ada meeting guru kali ke 3...kalau dah meeting guru memang akan makan masa la..berlanjutan sehingga 4 jam. lengguh bontot dan otak dah tak mampu nak berfungsi lagi...perut pun dah berkeroncong.

Balik sekolah lepas lunch dan solat zohor , kak yan masuk bilik...zzzzzzzz...penat..lajak sampai pukul 5.30...tapi nasib baik abang misai tak balik lagi...bangun lapor la pulak...lagipun hujan renyai2 kat luar tu..bodek kak Una untuk ke Blok E beli apa-apa untuk dikunyah...dia bawak balik meehoon goreng , bubur lambuk dan pisang goreng untuk kami..rajin kakak ni..


Anak - anak dah menunjukkan boring asyik duduk di rumah je..kesaian sangat diaorang..tapi mak depa ni malas nak bawak pi jalan-jalan kalau abang misai tak ikut sama...bukan apa malas nak kawal Haikal sorang - sorang..boleh tension dibuatnya..dulu dia tak selasak sekarang..

Lepas Magrib kak yan print gambar utuk diaorang buat colouring..then Nisha buat sikit latihan Math...lambat betul anak mak sorang ni..kena betul-betul sabar nak mengajar dia..dah dia tak boleh buat banyak-banyak dalam satu masa...cukup hanya 10 soalan sehari...topik pun tak boleh dicampur aduk..


Kalau aktiviti macam ni dia suka la..yang tak menggunakan otak kiri...



Haikal cepat boring..lepas color sikit dah tinggalkan kertas sepah sana sini..ambik bola..then keluarkan mainan..Robot ni 2 hari lepas masih lengkap berkepala dan kaki..tengok la apa yang jadi malam ni...dah arwah dah..mau masuk dalam tong sampah la lepas ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails