Saturday, November 8, 2008

Lawatan ke Melaka


Jumaat 8 Nov - Seawal 7.45 pagi lagi kak yan dan 5 orang guru bersama - sama murid-murid Tahun 6 bertolak dengan sebuah bas sekolah untk lawatan satu hari ke Melaka ...kami singgah di R&R Seremban untuk sarapan pagi..kemudian bas meneruskan perjalanan ke Melaka..destinasi pertama kami ialah Taman Mini Malaysia& Asean. kami tiba di sini pada pukul 11.00 pagi...cuaca sudah mula panas..aduh penat sungguh nak round menjenguk semua rumah-rumah di sini.

Bergambar bersama - sama murid berlatar belakangkan tasik & rumah Brunei



Destinasi lawatan kami seterusnya ialah Menara Taming Sari...semua guru & murid berpeluang naik hingga ke puncak...berada di atas menara berpusing ini kami dapat melihat permandangan bandar Melaka...cantik juga view dari atas ni..

Murid - murid tengah excited nak masuk ..


Posing ketika di aras bawah


Cikgu diaorang pun tak nak ketinggalan posing..

Salah satu view dari atas Menara.


Kami juga ke Zoo Melaka..


Kami ke Bandar Hilir..lepak di sini yang paling lama..Nak naik beca..malas sebab cuaca panas sangat , so ambil peluang bergambar dengan salah satu beca yang dihias cantik..terima kasih abang beca pinjamkan kami sekejap beca ni..





Destinasi terakhir kami ialah Masjid terapung...murid-murid tukar baju dan solat di sini..seterusnya kami bertolak pulang ke KL pada pukul 6.45 petang..singgah di R&R Air Keroh untuk Solat Magrib dan makan malam..bas tiba di sekolah pada pukul 10.00 malam...anak - anak kak yan sudah sedia menungu dengan abang misai..nak tengok apa yg mak diaorang beli..Haikal nampak sangat rindu pada mak dia..cian kena tinggal seharian..bukan tak nak bawa tapi kalau bawa anak-anak akan menyusahkan pergerakan dan bertambahlah penat..sedangkan bawa diri sendiri pun dah pancit , inikan pula nak bawa anak-anak yg macam- macam karenah..tapi kak yan dah janji dengan diaorang cuti sekolah ni kami akan pegi holiday..destinasinya belum pasti lagi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails