Thursday, December 31, 2009

Prolong Jaundis


Seperti Haikal , Hakim pun mungkin kena prolong jaundis , cuma kuning Hakim tak lah seteruk Haikal dulu...dah beberapa kali kami ke klinik dan hospital untuk check darah Hakim ...tapi bacaannya tak berapa tinggi ...alhamdulillah.. Hakim masuk wad 2 hari pada 20hb Dis lepas ..lepas exam , kak yan terus ke HKL...kami dibenarkan balik keesokkan paginya kerana bacaan kuningnya semakin turun .

Macam - macam petua dari kawan2 dan jiran2 bagi...ada yg kak yan berani cuba dan ada yang kak yan takut nak cuba...dulu Haikal kami mandikan dengan air buah yg kami beli di sen sei ...makin kuning jadinya...adik ada petua supaya kak yan makan epal hijau..yg tu kak yan amalkan ...alhamdulillah nampak jugak hasilnya ..kak yan juga dah bagi susu formula pada Hakim..sebab Haikal dulu macam tu...bagi susu botol..terus turun kuningnya. mungkin sebab faktor darah kak yan , abang misai tak serasi dengan baby ..or sebab susu badan tak serasi .

apa - apa pun baby Hakim dah semakin pulih...itu yg penting .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails