Monday, December 21, 2009

Welcome to the world


Permata hati kami yang baru.. Ahmad Hakim Ali bin Jamal Ali dilahirkan ke dunia pada 16 Disember 2009 , jam 3.14 pagi di Hospital Bersalin Kuala Lumpur . Ditemani abang misai kat sebelah , Hakim keluar dari rahim mak setelah menahan sakit hampir 2 jam .

Kami bersyukur dikurniakan baby yang sihat , cukup sifat dan comei ... bagi kami la... all babies are cute kan..rasa seronok sangat ... macam baru dapat anak sulung la pulak.. abang misai pun excited semacam...asyik diciumnya si Hakim ni.

Nama Hakim kami berdua yang pilih...moga menjadi insan yang arif lagi bijaksana sesuai dengan maknanya . Ahmad di hadapan dan Ali di belakang tu nak samakan dengan abang Haikal...nak letakkan Muhammad , rasa panjang sangat ejaannya .. lagipun abang misai cakap nama anak mula dengan A , nanti apa2 duduk di hadapan.


Kakak - kakak dan abang Haikal excited sangat dengan adik baru ni...macam lalat je..asyik nak keliling adik Hakim..lepas kak yan dibuatnya ... kejap2 nak cium..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails