Saturday, March 13, 2010

apakan daya


Saturday March 13

Hari yang amat memenatkan .... sebelah pagi kami anak beranak ke sekolah ... ada kejohanan sukan tahunan . Majlis selesai jam 1.30 ...seperti biasa kak yan ditugaskan mengambil gambar ...satu job yang nampak senang tapi amat memenatkan ...sampai saat kak yan menulis ni , masih terasa sakit2 badan ... macam nak demam je .


Hari ni jugak bermulanya cuti pertengahan penggal 1 ... waaaaa kami nak sangat balik kampung..rindu benar dekat mak ... tapi apakan daya ...cuti abg misai dibekukan .... sekarang sibuk latihan kawad untuk hari polis dan rekrut jugak nak passing out sikit hari lagi .



Kami jugak teringin benar nak tengok rumah kami yg dalam pembinaan tu ...sapa pun tak nak tolong ambikkan gambar ... nak tau jugak setakat mana perkembangannya . please la adik2 ku...ronda2 la kat situ tengok .. lawyer pun dah minta bayaran ...nasib baik abg misai dapat mintak tawar sikit ... kami bayar separuh dulu... nampaknya next year merasalah kami balik ke rumah sendiri ...walaupun sebagai persinggahan time cuti sekolah je.

Minggu ni kak yan nak settlekan keja rumah ...nak spend time dengan anak-anak ...alhamdulillah semua keja dah lain dah beres . ringgan sikit kepala ni

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails