Yang sebenarnya bukan la busy sampai tahap gaban sekarang ni memandangkan exam dah habis cuba badan ni penat dengan keja2 yang putus-putus .... ermmmmm .. busy jugak la namanya tu kan ? Setiap hari Rabu kak yan akan ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum tapi pagi ni , I couldn't make it coz Hakim tak berapa sihat kesan kena cucuk semalam ... badan dia masih suam2...tak sampai hati la pulak nak tinggalkan dia pada pengasuh seharian ... my poor baby .
Hari ni kelas kak yan full ... cuma ada sejam rehat ..penat bercakap ... selain kelas BI , kak yan jugak ajar PSV ... bulan April ialah Bulan Kreativiti , so murid tahun 6 kena hasilkan montaj mengikut tema yang mereka sukai . Kalau kelas 6 A sure semua beria - ria bwak bahan , ni kelas yg bawah tak sampai separuh yg bawak , cikgu jugak la yg kena carikan old newspaper supaya semua boleh take part in today's activity . Sempat juga kak yan ambik gambar untuk dokumentasi .
Masa kak yan ambik Hakim dari rumah penasuh , dia dah ok...dah tak demam lagi . Sejak beranak kecik ni memang dah kurang tido kak yan ... banyak yang tegur kak yan nampak kurus ... nampak je kurus tapi tak kurus mana pun ... berat tak berubah pun , mungkin muka dah tak nampak tembam macam dulu sebab tak cukup tido ... kalau dulu kalau tak cukup tido mesti mood pun hangin je ... tapi sejak berumur ni dah tak berkira sangat , dapat rehat sekejap pun jadilah ... kalau kak yan tido memang nyenyak sungguh ... itupun kalau Hakim tak kacau la .... kalau dia nak susu kena la bangun juga .. kak yan masih breast feed Hakim tapi tak fully la ... malam memang breast feed sepenuhnya ... malas nak bangun buat susu .
Hakim ni kalau kak yan menyusu badan dia suka main2 ... kekadang digigitnya tuttttttttt mak dia ... geram macam nak penampar je .... macam je ... bukan nak penampar sungguh pun , sapa tak sayang baby oi .. sakit sangat walaupun gigit dengan gusi je .... terjerit jugak mak dia dibuatnya .
Itu lah crite yg sebenarnya ... tiada yg lain melainkan yg benar belaka .
2 comments:
mmg pn.ada anak kecik buatkan tidur selalu tak cukup.huhuu...
kecik2 kita tak cukup tido ... nanti besar skit , kita tak menang tangan pulak
Post a Comment