Thursday, June 10, 2010

Kenduri 1 Malaysia



Tuesday June 8

Hari ni kami bertolak balik semula ke Titi Serong ... memang membazirkan duit minyak je ulang alik sana sini . Semuanya sebab nak makan nasik kenduri di THM . Semua orang tau nasik kenduri di Parit Buntar memang sedap . Kenduri yang kami pegi ni agak unik .... bukan kenduri orang Melayu kita tapi kenduri kahwin pasangan Cina yang dibuat dengan cara orang Melayu ..... mana nak cari kenduri macam ni ?

Pengantin lelaki , Ng Boon Guan atau di kampung lebih dikenali dengan Ah Guan adalah anak tokey kedai di kampung kami ... customers dioarang adalah orang kampung ni juga ... so memang patut la depa buat kenduri untuk orang kampung jugak .

Pengantin pompuannya seorang cikgu ... she looks friendly ..... orang Cina boleh hidup satu family je dalam komuniti Melayu tapi jarang kita tengok orang Melayu sanggup tinggal dan bercampur dalam komuniti lain ..... bukan nak kata orang ..kami pun tak sanggup .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails