Kalau semalam kami banyak duduk rumah je sebab kak yan ada tutorial ... balik dari maktab dah penat sangat ... petang semua dah berkelempangan zzzzzz kat ruang tamu ... Hari ni kami ajak adik-adik mai rumah ... abang misai masakkan mee ketam ... kak yan dan anak-anak tolong siapkan semua bahan ... dia yang wat keja menumis semua ... jangan sangka cik abe ku itu lembut ya bila dia selalu tolong kat dapur ... dia lelaki kental .. kalau tak mana boleh jadi cikgu kawad . .. cuma dia ada special skill which is cooking ... so kak yan memang isteri yang bertuah gitu .
Lepas melantak bermangkuk mee ketam , kak yan dan adik2 bawa anak-anak ke TT ... si Haikal ni asyik minta nak naik kuda . Lagipun dah lama sangat tak melawat kuda-kuda kat situ . Dah jadi macam aktiviti tahunan la pulak .
Hampir 2 jam lebih kami kat sana ... pulang sebab dah hujan rintik ... nanti demam pulak budak-budak ni ... dah la Nisha memang demam today dan dia memerap di rumah je .. kak Una pun dah selsema . harap diaorang cepat sembuh .
Seperti biasa ... mak budak ni tak ler menunggang kuda mahupun naik kereta kuda ... maunya kuda pengsan kalau kak yan naik ... mana taknya berat akak lebih daripada kuda bunting .
No comments:
Post a Comment