Saturday, August 14, 2010
Goodbye ..till we meet again
Hari-hari terakhir dengan bos ke 6 sepanjang akak mengajar di SKPT2 . GB kami akan bertukar ke sekolah baru setelah berkhidmat hanya setahun 8 bulan di sekolah kami . Agak menyedihkan sebab bos ni amat bagus ...dan banyak perubahan telah dilakukan beliau dan masih banyak dalam perancangan beliau untuk sekolah kami . Apakan daya , kita semua hanya menuruh perintah . Patah tumbuh hilang berganti .
Alhamdulillah sepanjang di sekolah ni , akak takde masalah dengan pentadbir , dari dulu hinggalah sekarang . Kalau kita tak buat masalah , orang pun takkan cari masalah dengan kita ... betul tak ? Isnin ni kami akan dapat dapat GB baru ... seorang wanita ... selalunya orang pompuan ni cerewet sikit ... termasuk la pompuan si penulis blog ni .. :)
Apapun akak akan tetap jadi diri akak .... insyaallah akan boleh cope dengan semua GB .
Labels:
study and school
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment