Friday, August 27, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah majlis Khatam Al- Quran sempena Nuzul Quran berlangsung dengan lancar pagi tadi . Kak Una terlibat sama ..syukur dia dah 3 kali khatam . Nisha baru sekali ... kak una dah mampu conduct tadarus bila ustaz minta dia ke depan dewan . Kesian jugak dengan kakak ... lately banyak sangat tekanan , nampak sangat kakak penat ... selalu jugak kakak tak sihat ..UPSR dah makin dekat ... harapan ayah sangat tinggi pada kakak ... mak je yg boleh handle dengan peel ayah tu ... Biasa la kan anak-anak kalau nak mengadu , emak la tempatnya .

Dapat ke tidak 5A , mak tak kisah sangat .. kalau kakak dah berusaha insyaallah mungkin ada la rezekinya nanti ... mak pun percaya , kalau mak ikhlas dalam mendidik anak orang lain untuk berjaya , lambat laun Allah akan bagi rezeki pada anak mak juga . Banyak lagi perkara lain yang boleh mak banggakan dengan anak- anak mak . Moga kak Una berjaya dunia dan akhirat .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails