Kalau ikutkan bila dah habis UPSR , tentu keja pun berkurang ... tapi berkurangnya tak banyak mana .. sekarang kami kena plan aktiviti selepas upsr pulak untuk 7 minggu sebelum sekolah bercuti panjang supaya diaorang rajin ke sekolah . Kalau tak maunya ramai yang ponteng .
Kalau minggu lepas adalah minggu kecerdasan fizikal dengan beberapa game seperti futsal , bola jaring & takraw , minggu ni pulak giliran akak & the gang duty untuk minggu Pend Seni. Hari ni kami buat origami bertemakan "burung ".. memang bermacam - macam burung boleh dibuat dengan origami ni tapi entah la nak fahamkan satu pun susah .. last2 cikgu yang tension ....ops. . bukan tension tapi penat tunjuk cara ... malam semalam akak dah print a few instructions on how to do bird origami tapi semua pakat cakap " tak faham la teacher " .. penat la teacher macam ni ... but in the end diaorang dapat jugak buat dua kotak penuh dengan bird origami . Esok cadangnya nak cari ranting dan masukkan dalam pasu .. then gantungkan bird origami tu semua ..harap hasilnya cantik la nanti .
Esok pulak aktiviti ICT dalam PSV ... nak buat apa ya ? .. tengah fikirkan a few interesting activities .... boleh juga ajar diaorang guna picasa .. cara nak mengedit gambar . Tahun lepas ada ajar Photoshop tapi susah la untuk budak- budak 12 tahun .. ngajar cikgu - cikgi pun susah nak dapat , inikan pula budak-budak ... berapa kerat je yg dapat ilmu PS ni in the end .
No comments:
Post a Comment