Friday, October 15, 2010

Entry carca merba


2/3 hari tak berapa ada mood nak menulis . Otak serabut memikirkan assignments... baru start sikit je . Kali ni memang sungguh mencabar ... dengan subjek yang susah ... dengan baby Hakim yang makin lasak ... selalu mengacau ... emak menaip , dia pun sibuk nak menaip ... bagi mini laptop , dia langsung tak minat ... nak pc mak dia jugak .

Tengok belanjawan petang tadi ... bonus RM500 je ... nanti adik sure cakap ... ciput , lekat celah gigi je . Takpe la daripada tak dapat langsung . Depa punya bonus berbelas ribu .. tapi adik2 ni selalu share sikit rezeki lebih tu dengan kak long depa yang gaji ciput ni . Alhamdulillah .

Cuti bersalin ditambah 90 hari ... tak merasa la akak .. dah cukup kuota 300 hari sepanjang perkhidmatan . Untungnya hanya bagi mereka yang nak plan anak sikit je . Bagi yang nak beranak ramai akan jadi rugi jugak la . Ok... stop sini dulu ..banyak lagi keja menanti Lewat malam nanti nak terjah sikit lagi blog kengkawan yang join GA kami . Dalam hati ada taman bila tengok jumlah penyertaan yang semakin ramai .. esok or lusa kami nak pi cari hadiah .

Tungguuuuuuu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails