10.10.10 ... tarikh yang cantik yang menjadi pilihan ramai . Malangnya semalam juga mencatat sejarah dengan tragedi ngeri yang meragut 12 nyawa ... kami sangat bersyukur kerana tidak termasuk dalam golongan 12 semalam ... kebetulan kami dalam perjalanan pulang dari Melaka .
Jam 6.30 ptg kami singgah solat Asar di R&R Air keroh .. lepas solat , kami sambung perjalanan .. tak sampai 5 minit , jalan yang awalnya lancar tiba-tiba jam ... kami dah gak mesti ada accident ...... sampai je di tempat kejadian , semua terkedu ... tak sangka seteruk ini .
Masa tu mangsa masih dalam bas .... anak-anak pun tergamam .. Meen nangis ketakutan . Kami tak boleh stop sebab akan mengganggu trafik .. jalan bertentangan memang sangkut terus . Sepanjang perjalanan semua senyap je .. masih trauma .
3 comments:
nampak lah mayat semua yer.. huhuuuu... tgk kat tv & papaer pun ngeri...
semoga semua keluarga mangsa tabah. AlFatihah
kami di laluan tengah arah ke KL .. tak nampak sangat sebab kereta bergerak .. masa kami sampai situ kejadian baru berlaku dalam 10 minit & keja2 menyelamat belum mula . Mangsa masih dalam bas .
* kejadian yang betul2 menginsafkan .
salam akak,
saya pula dari selangor nak balik ke melaka.
sangkut di situ dari jam 8malam - 12.30 malam.
perjalanan yg tinggal 20minit menjadi 4jam setengah.
esoknye MC. huhuuhuh
al-fatihah buat mangsa
Post a Comment