Saturday, November 13, 2010

HAC 2010

Ibu mana yang tak gembira ... ibu mana yang tak terharu bila anak-anak berjaya dalam pelajaran . Inilah hadiah yang anak-anak bawa balik Jumaat lepas ... malangnya akak tak dapat nak tengok diaorang naik pentas ambik hadiah ... cukup terkilan tapi kesihatan anak juga sama penting ... akak terpaksa berada di wad jaga baby Hakim . 2/3 minggu ni keja akak berkampung di wad saja ... redha dengan dugaan ni .. Alhamdulillah anak-anak dah sihat .. Baby hakim pun dah tak cirit & muntah lagi . Dah berselera makan pun dia .

Berbalik kepada cerita anak -anak Jumaat lepas ... kak Una dapat Anugerah Pelajar Versatil selain dari hadiah- hadiah lain . Kak Una adalah Ketua Murid / Ketua Pengawas di sekolah ni .


Ayah naik pentas sama meraikan kejayaan kakak ... sedih akak sebab tak dapat join sekali .

Ini anugerah yang kak Una dapat di sekolah agama ... ayah gegaskan Meen ke sekolah agama untuk wakilkan ambil hadiah untuk kakak .

Nisa juga dapat hadiah ... tempat ke 3 dalam kelasnya . Kami faham setakat mana kemampuan Nisa and she have done her very best in the exam .

Kak Una bersama rakan-rakan yang berjaya dapat 5A tahun ni . Dapat hadiah wang tunai lagi dari PIBG .

Prestasi Meen merosot sikit kali ni ... cuba lagi next year .

Tak sangka akak pun dapat satu anugerah ...iaitu Pelaporan Hal Ehwal Murid Terbaik . Abang misai sekali naik pentas ambik hadiah bagi pihak akak . Kejayaan kami adalah kejayaan abang juga . Thanks sayang .

2 comments:

ch@ said...

respek habisla dgn kakYanti, anak-anak pencetus smgt ibubapa, rasa berbaloi bila tgk dorg berjaya kan kak?

Kenangan SKPT2 said...

Thanks cha .. rezeki anak-anak . lepas ni harapa sangat dia dapat masuk ke MRSM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails