ANAK-ANAK
Depa dok seronok nak bercuti panjang ...mak depa pulak sure pening kepala melayan perangai depa sorang-sorang 24 jam sehari .. nanti akan kedengaran la suara mak tarzan ni sepanjang cuti sekolah . Kami belum plan lagi nak buat apa time cuti sekolah ni ... tapi for surenya kami akan balik kampung . Raya Haji kami tak sempat nak balik sebab abang misai hanya cuti sehari je . Tak sabar rasanya nak balik tengok rumah kami di kampung .
PINK ku dah arwah
External hard disk yang akak panggil PINK telah jadi arwah Sabtu lepas ... entah tak semena-mena hilang semua ... tengah buat keja tetiba hilang begitu je ... mungkin virus kot .. memang takde jatuh pun . Terkilan dan sedih sangat sebab banyak gambar dalam tu ... cadangnya cuti sekolah ni la nak masukkan ke dalam Cd semua gambar-gambar tapi belum sempat nak buat ...dia dah KO dulu . Nasib baik gambar aktiviti sekolah masih ada pada cikgu2 yang copy dari akak untuk buat laporan ... nasib baik juga koleksi gambar baby Hakim ada akak copy dalam PC ... kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya ... pink tu selalu akak cucuk sana sini .. tu yang masuk virus kot . Moral of the story ... backup semua maklumat penting & gambar2 tu ... masuk CD .. jangan lengah-lengah ye cikgu Yanti . Nak buat macam mana benda dah nak jadi .
AKAK
Tengah busy giler dengan assignment ... selagi tak siap selagi tu la jiwa tak tenteram ... lagi setahun penyiksaan student tua akan berakhir . Esok hari terakhir persekolahan 2010 ... pastu kami akan bercuti panjang la jugak . Nama je cuti tapi akak tak cuti mana pun ... dengan nak exam la lagi . Tapi lapang la sikit daripada hari-hari biasa ... itupun kalau anak-anak tak buat hal . 4 orang cikgu di sekolah akak dapat bertukar tahun depan ... kesian jugak to those yang gagal . Dapat bayangkan kalau akak di tempat diaorang .. sehari pun tak sanggup berpisah dengan cik abang ... ini kan pulak bertahun .
* entry kali ni tanpa gambar ... nanti lapang akak upload.
No comments:
Post a Comment