Sunday, November 7, 2010

Saya tak sihat

Abang saya sudah balik rumah .... tapi saya pun ganti sakit ... hari ni saya demam pulak . Berjangkit dengan kuman - kuman di hospital tempohari kot . Kesian mak dan ayah saya ... tak putus-putus kena jaga kami yang tak sihat ni . Harap-harap demam saya ni tak lama .. tak best la demam ni .. saya tak boleh nak melasak .

Demam -demam pun saya masih boleh merempit . Mak bagi saya keluar ambik angin di koridor . Duduk dalam rumah memang boring . Saya perlu exercise untuk keluarkan peluh ... betul tak mak ?

Tapi mood saya tak berapa elok la petang ni ... badan saya pun rasa semacam je ... so aktiviti merempit terpaksa dihentikan lebih awal .

Saya rindu nak memanjat ... rindu nak dengar mak saya jerit macam tarzan bila tengok saya ada atas meja .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails