Saturday, December 18, 2010

kami takde hak ke ?

Tension sangat dengan orang itu ... semua orang dia nak control ... semua keputusan nak kena ikut cakap dia . Dia kata dia ketua keluarga , dia berhak buat keputusan . Habis hati dan perasaan orang lain , dia tak payah ambik kira ? Habis kami ni tak de hak nak buat keputusan dan pilihan sendiri ? Sejak dari kawin sampai sekarang , dia tak penah berubah .. selalu nak buat keputusan untuk kami . Kekadang akak melawan juga ... mana tahan , kita tak boleh buat pilihan sendiri . Dan kadangkala akak buat jugak keputusan sendiri .. kalau tanya dia , sure sakit hati . Sejak dulu akak banyak beralah dengan dia ... kerana sayang akak yang makan hati .

Sekarang ni dia nak tentukan masa depan anak-anak pulak .... dan masa depan adik dia juga ... Tak bagi peluang diaorang nak buat pilihan sendiri . Tak tau la apa nak jadi lepas ni . Mungkin akak & anak akan bertikam lidah dengan dia untuk pertahankan pendirian & pilihan kami .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails