Tuesday, December 7, 2010

Memerap di pagi yang sejuk


KAMI
Salam Maal Hijrah buat semua cyber friends . Pagi yang dingin ...lepas Subuh tadi akak ke Pasar PB dengan mak & kak una ... baby Hakim pun kena bawak sekali ..tak harap nak tinggal dengan anak-anak dara ni . Kalau dah mengadap laptop , adik pun depa boleh lupa . Hujan lebat pagi ni . Tarik selimut pun sedap . Tapi tak boleh la buat macam tu .. tolong mak kemas rumah dulu ... kain baju banyak nak dibasuh tapi hujan-hujan macam ni , bila nak keringnya . So ngadap laptop la dulu .

ANAK-ANAK
Pagi-pagi lagi dah buat mak depa naik angin ... Haikal & cousins mandi awal pagi ni walaupun hujan lebat di luar sana ... rupanya ada agenda tersembunyi ... masuk berendam dalam kolah tok som ... errrrrrrrrrr geramnya ..dah la kolah tu besaq ..nak salin air nanti tentu membazir ... tension mak depa pepagi ni . Time hujan ni ..kurang la sikit aktiviti luar..kalau keluar jugak , sure berlumpur kain baju nanti ... yang tak tahannya depa asyik buat bising .. baby hakim selalu lena tak nyenyak .. bila dia tak tido , dia akan merap mak dia ..satu keja pun tak jadi .

AKAK
Macam biasa bila balik kampung ..aktiviti bertenet tetap diteruskan . Berebut laptop dengan budak2 ni .. Laptop ada 2 tapi yang lagi satu charger dia dah KO .. nak keluar pekan pegi beli pun malas ... sebab ramai bala tentera nak mengikut . Semalam puas tunggu depa tido petang dengan harapan nak keluar ke PB .. tapi harapan tinggal harapan je la . Cadang petang ni nak ke PB ..saja nak gi survey perabut untuk rumah baru .

Next Monday nak exam tapi tak mula study lagi ...memang dah pegang , bukak pun dah cuma baca je belum . Nekad nak habiskan 2 topics today , kita tengok la nanti ..jadi kenyataan ke tak . Stop sini dulu , nak gi masak kejap .

* Rindu .. serindu rindunya dekat orang di sana .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails