Wednesday, December 1, 2010

Sunyi sepi kejap ..tapi kejap je la


Malam yang aman sekejap untuk buat entry . 3 bala tentera kami keluar ikut maklang dan maksu depa pi tengok wayang crite " Harry Potter" ... yang tinggal kak Una & baby Hakim . Kak Una dilarang ikut sebab dia kena study untuk test besok . Ada ujian kelayakan & interview untuk ke sekolah agama di Cheras ... pegi je semua , mana tau tak de rezeki ke SBP or MRSM nanti ... sekolah agama pun ok . Kalau tak dapat jugak kakak ke sekolah menengah biasa je la .. sekarang ni saingan kan sengit . Belum tentu ada rezeki nanti . Kita tawakal je la .

Mood nak study belum datang ... sepatutnya dah mula baca buku sikit-sikit ... esok la .. 1 hari 1 topik . Mood tak berapa seronok ni sebab belum tentu kami dapat balik kampung Jumaat ni ... rasanya lebih kepada tak boleh la . Abang misai dah apply cuti 20hb nanti..harap2 la lulus so dapat la kami balik kampung .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails