
Entry kali ni bukan tentang rumah terbakar sebenarnya .... tapi sekolah ... bukan sekolah terbakar pun ... semalam ada latihan kebakaran kali pertama untuk tahun ni . Akak tau lebih awal sebab GPK HEM siap sms suruh bawak kamera . Macam biasa la tugas akak snap senario semasa latihan .... bermula dengan loceng yang panjang ..... Kalau murid-murid berjalan dengan pantas ke padang , akak kena berlari mendahului diaorang .

Abang-abang bomba bagi peluang guru dan murid untuk cuba padamkan api . Akak dah cuba last year , so bagi peluang cikgu2 yang lain pulak . Selesai aktiviti di padang , semua murid dan cikgu2 berkumpul di dewan ... ada ceramah keselamatan oleh abg bomba .


Semasa di dewan hujan turun selebat-lebatnya .... risau sangat... maklumlah minggu ni giliran akak duty ... penat jugak la semalam nak uruskan budak2 . Balik rumah dah tak larat nak buat apa...lepas isyak terus zzzzzzzzzzzzzzzz.
2 comments:
bestnye akak..siap panggil abg bomba lg..sek saya buat juga..tbkr tipu2..kelakar pulak jdnya..
ingatkan rumah sapa laa terbakar tadi hehehe
Post a Comment